Deringan telefon menggamit Zariel Hakim itu mendekat dan mengangkat.
"Tuan, pukul 1 nanti tuan ada lunch date dengan Tan Sri Ammar." suara perempuan kedengaran di hujung talian.
"Hmm...before 1 o'clock you ingatkan I lagi"
"Baik, tuan."
Mata Zariel Hakim tetap fokus dengan beberapa keping gambar yang berada di tangannya. Beberapa helai kertas yang mengandungi maklumat mengenai wanita diteliti dan diasingkan.
"Mel, suruh Naufal masuk bilik I sekarang." arah pemuda itu kepada pembantunya.
"Baik tuan"
Tak sampai sepuluh minit, pintu biliknya diketuk.
tok tok tok
"Masuk."
Pintu dibuka. Seorang pemuda yang kelihatan memakai baju pejabat kemas itu melangkah masuk dan terus duduk berhadapan kawannya yang boleh juga dikategorikan sebagai boss.
"Semua ni yang kau cari?"
"Yelah, dah kau yang nak aku senaraikan perempuan yang boleh kahwin dengan kau."
Dia pun mendengus perlahan. Bukan ini yang dia cari.
"Kau cari kat mana? Aku suruh cari yang ada latar belakang yang low profile. Ini kau bagi peremmpuan jenis ni? Membebel mama aku nanti."
Terkulat-kulat Naufal ingin menjawab.
"Aku kenenkan lah dengan taste kau. Taste engkau kan semua matang-matang lepastuh seksi pulak tuh." bidas Naufal. Entahlah kerja yang disuruh sahabatnya ini pun dia main arah sahaja budak bawahnya yang tolong carikan.
Hanya cakap sahaja nak perempuan yang macam mana memang confirm lah dia boleh dapatkan.
"Aku tak kira. Sekarang nih aku nak kau cari yang baru. List nih semua memang tak boleh pakai." belum sempat Naufal ingin membalas kata-kata sahabatnya dia pula kena potong.
"Yerlah nanti aku carikan yang baru." duduknya dibetulkan lagi sebelum berbicara.
"Riel, malam ni macam biasa lah lepak jom." tangan Naufal lincah mengetuk meja Zariel Hakim perlahan namun tetap jua kedengaran.
"Malaslah. Kau mesti bawak perempuan tuh kan." ujar Zariel Hakim. Penat bekerja, bahunya pun terasa lenguh lalu dia menyandarkan tubuhnya.
"Alah chill lah, Arisa tuh kau tak payah layanlah. Jomlah yang lain pun ada kot." pujuk Naufal kepada Zariel Hakim.
"Tengoklah dulu. Kalau rajin aku pergilah, kalau tak...kau faham faham je lah...." seloroh Zariel Hakim lalu dia membuat isyarat tangan -kau keluar sekarang- kepada Naufal.
Naufal hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dalam hati dia berkata 'Tak apa, bolehlah perempuan semua datang kat aku. Kalau ada si Zariel nih memang taklah perempuan nak pandang.'
Tersengih-sengih Naufal sambil keluar dari bilik pejabat Zariel Hakim. Dia menganggukkan kepalanya sambil senyum manis ke arah Amira iaitu setiausaha si Zariel Hakim sedang kebetulan sedang melangkah menuju ke bilik pejabat tuannya.
tok tok tok
Tidak lama kemudian kedengaran sekali lagi ketukan di pintu bilik pejabatnya.
"Masuk" Zariel Hakim mengarah.
"Boss, time for your lunch date dengan Tan Sri Ammar." Amira memberitahu.
"Now?"
"Yess boss."
"Okay, get ready. Siapkan kereta." Zariel Hakim mengemas kembali kertas kerjanya yang bersepah-sepah diatas meja. Lalu dia mengambil beg briefcasenya itu dan menuju ke arah pintu keluar.
***
"For the time being I think our management could get more benefits for our future companies if we get this together." Zariel Hakim mula memotong kepingan daging steak yang dibakar menjadikan ia sebagai hirisan halus untuk memudahkan penghadaman.
"Yeah, I do think so. So, do you agree with this agreement?" Tan Sri Ammar berkata. Dalam hati dia mula berasa gembira jika syarikat dia dan syarikat Zariel Hakim mula bergabung dan bekerjasama.
Ini akan membuatkan syarikat mereka lebih gah lagi dari sebelumnya. Dia berasa syarikat yang dibangunkan oleh Zariel Hakim ini walaupun baru lebih lima tahun barunya namun syarikat itu telah berupaya menandingini syarikat yang lebih berpengalaman.
Masakan tidak walaupun berusia lima tahun, syarikat Zariel Hakim mampu melabur sesebuah jumlah wang dengan lebih besar untuk projek-projek yang akan dibina.
"I'll get my secretary get done with the paper works." kunyahannya terhenti namun sambil mengangguk Zariel Hakim berkata.
Dia berharap semoga gabungan antara dua syarikat ini mampu menghasilkan lebih banyak untung berbanding gabungan yang lain. Sebenarnya keuntungan bukanlah matlamat dirinya, Zariel Hakim hanya mahu menguji dirinya dengan mengendalikan urusan seperti ini.
Jika dia bernasib baik dan bekerja keras lagi, pasti kejayaan akan menjadi miliknya. Prinsipnya mudah sahaja, jika dia berusaha dia pasti akan dapat mencapai keinginannya.
Sebelum dia menguruskan syarikat miliknya ini, dia pernah mengendalikan sebuah syarikat yang mempunyai pengaruh lebih besar lagi milik datuknya. Namun dengan saudara-mara yang ramai mahu memiliki syarikat tersebut membuatkan dirinya berfikir seribu kali.
Datuknya sendiri pernah memberitahu mahu dirinya mengambil alih posisi sebagai ceo di syarikat tersebut tapi dek desakkan sesetengah pihak yang tidak mahu dirinya disitu membuatkan dia berasa tawar hati.
Malahan, datuknya yang tidak mahu selain daripada cucu kesayangannya ini mengambil alih syarikat miliknya, makanya dia meletakkan satu syarat sebagai persetujuan. Syarat tersebut ialah seseorang itu haruslah berkahwin dan mempunyai kelayakkan yang setanding dirinya.
Tapi kini atas desakkan papanya yang mahukan dirinya diletakkan sebagai ceo sebarisan bersama membuatkan fikiran menjadi keliru. Namun dalam waktu yang sama dia mahukan cabaran diluar imaginasi. Dia mahukan rintangan yang pernah dihadapi dirinya ketika memulakan syarikat miliknya ini.
Dalam beberapa tahun sahaja dia sudah berjaya membawa nama syarikatnya ke tahap ini. Hal ini membuatkan lagi orang ramai terutamanya para ahli business kagum dengan prestasi yang dibawa Zariel Hakim. Ada sahaja diantara mereka itu tidak segan silu mahu menjodohkan dirinya bersama dengan anak gadis mereka. Namun ditolak dengan penuh hermat oleh Zariel Hakim.
Bagi dirinya urusan jodoh biarlah dirinya sahaja yang uruskan. Tidak ada siapa pun boleh mencampuri. Sikapnya pula lebih senang sebenarnya. Dia bukanlah seorang yang cerewet mahupun pemarah. Malah dia lebih bersikap terbuka dengan seseorang yang dia kenali.
Penampilan dirinya yang bertugas sebagai seorang ceo memaksa dirinya lebih bersikap 'intimidating' dan juga lebih bermisteri. Bukan dirinya yang memaksa berperangai sebegitu namun ianya dengan secara tidak langsung terpamer.
Pada Zariel Hakim bagi urusan kerja pula haruslah dilakukan di tempat kerja. Tidak boleh dibawa balik ke rumah sama sekali.
Pernah sekali dia membawa urusan kerja dirumah namun dibebel pula oleh ibu kesayangannya. Tidak mahu dilabel sebagai kaki gila kerja, dia sudah pun bermula berhenti setakat disitu dan mula menjalankan aktiviti berfaedah bersama dengan Naufal.
Beberapa jam kemudian, Zariel Hakim meminta diri untuk pulang. Setelah selesai membuat pembayaran, dia mula mengeluarkan telefon miliknya untuk membuat panggilan.
***
end of the chapter.
YOU ARE READING
Breathless. (UNDER EDITTING)
Romance"But," tambahnya lagi. Zariel Hakim mengangkat wajahnya dan merenung tajam ke arah Aisyah Hani buat beberapa saat membuatkan gadis itu mula tidak selesa. Aura lelaki itu tersangatlah kuat! "You dah setuju dengan syarat I, so do your deeds while I do...