Aisyah Hani memandang ke arah persekitarannya. Dia menunduk sedikit pandangannya dan melihat jam tangan di pergelangan tangannya.
Dah nak dekat pukul 8.30. Bisik hatinya.
Oleh kerana tidak mahu dilabel sebagai orang yang tidak beradab dan tidak menepati masa dia sampai di ZarH Holding sedikit agak awal.
'Hmm pukul 8 je, bukannya awal manapun.' bidas otaknya.
'Awal lah. Kau apa tau.' sergah dia balik.
"Cik Aisyah.." seorang wanita memanggil Aisyah Hani. Pakaian wanita itu pun nampak terlebih cantik daripada pakaiannya yang hanya memakai baju kurung inggeris berwarna susu.
Aisyah Hani segera bangun daripada tempat duduknya lalu dia mendekati wanita tersebut.
"Mr. Zariel will see you now..." wanita itu tersenyum manis.
"Mari, saya tunjukkan biliknya."
Aisyah Hani mengekor langkah wanita tersebut. Jika semalam dia dibawa di tingkat 3 kali ini dia dibawa ke tingkat yang paling atas iaitu tingkat 39.
Wanita tersebut mengetuk perlahan pintu dihadapannya.
"Come in.." suara garau seorang lelaki menggamit mereka masuk.
Aisyah Hani mengecilkan pandangannya dan memandang ke arah lelaki yang sedang duduk sambil jarinya ligat menaip sesuatu di laptopnya.
Lelaki tu.....Alamak lelaki nih lah yang membuatkan dirinya berasa malu dihadapan lift semalam.
'Haraplah dia tak ingat aku....' gumamnya dalam hati. Pandangannya dihala ke bawah. Hampir sahaja dia terlanggar bahu wanita dihadapannya ini.
Zariel Hakim menghalakan pandangannya menatap wajah wanita yang berdiri di tepi pintu.
Dia melarikan pula matanya memandang ke arah belakang wanita tersebut dan melihat seorang lagi gadis sedang menundukkan pandangannya.
Zariel Hakim mengangguk perlahan ke arah wanita tersebut. Wanita itu pun memalingkan mukanya dan menolak perlahan Aisyah Hani yang seperti termangu-mangu sendiri. Dia pun menutup perlahan daun pintu kembali dan berlalu pergi.
Pandangan Zariel Hakim bagaikan mata helang mencari mangsa. Dia meliarkan matanya sekitar tubuh badan Aisyah Hani dan bersuara.
"Have a sit first Miss Aisyah." Dia menunjukkan tangannya ke arah kerusi dihadapannya.
"Ah ump okay..." Aisyah Hani mengangguk. Dia berjalan dekat menuju ke kerusi dan duduk.
Setelah beberapa minit mereka berdua diam tanpa bersuara, Zariel Hakim mengambil gagang telefon dan menelefon seseorang. Manakala Aisyah Hani hanya mampu berdiam diri, menunggu permulaan bicara daripada lelaki dihadapannya ini.
Zariel Hakim meletakkan kembali telefon, matanya tunak ke arah Aisyah Hani. Pada perkiraannya si gadis dihadapannya ini masih muda lagi. Mengikut pada maklumat yang telah diberikan kepadanya, Aisyah Hani hanya berkerja sebagai seorang pelayan di sebuah kafe walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang dalam spm.
"I have a propositional for you." ujar Zariel Hakim, matanya rakus memandang sejenak wajah lembut milik gadis dihadapannya.
Aisyah Hani mengangkat sedikit kening. Dia mengagak bahawa tujuan dirinya berada disini mungkin kerana ingin membincangkan soal dana perubatan adiknya. Namun, mengapa dia merasakan sebaliknya?
"Err....ini soal dana perubatan adik saya ke Encik Zariel?"
"Partially, but that wasn't the purpose of me summoned you here today." Zariel Hakim diam seketika. Tangannya mengagau mencari kembali file yang mempunyai maklumat gadis ini.
Aisyah Hani diam membatu. Dia ingin Zariel Hakim memulakan perbicaraan terlebih dahulu. Jantungnya juga sudah tidak betah menahan degupan yang semakin laju mengepam sistem darahnya ke saluran badan.
"I want you to get marry to me." Sebaik sahaja keluar perkataan itu Zariel Hakim bangun daripada tempat duduknya.
Kini dia mulai langkah mendekati Aisyah Hani perlahan.
Aisyah Hani terdiam. Betulkah apa yang dia dengar tadi? Ataupun telinganya sahaja yang tersilap dengar? Tapi kalau tersilap dengar takkanlah otaknya boleh membina perkataan marry iaitu yang bermaksud kahwin. Otaknya mula berperang sesama sendiri.
Zariel Hakim tekun melihat Aisyah Hani berdiam diri namun disebalik personaliti tersebut dia tahu yang Aisyah Hani bukan seorang perempuan yang naif. Lihat sahaja lah keputusannya. Kemungkinan gadis dihadapannya ini sengaja membuat muka polos.
"You're not wrong. You're heard it right." balasnya terlebih dahulu apabila melihat gadis itu mahu membuka mulut.
Aisyah Hani menarik nafas dalam-dalam. Dia mendongakkan kepalanya dan memandang tepat ke arah Zariel Hakim.
"Encik Zariel ni dah gila ke? Kenapa Encik Zariel nak kahwin dengan saya? We're practically strangers and you said you wanted to married me?" berdas-das soalan Aisyah Hani keluarkan. Wajahnya juga sudah kelihatan sedikit merah.
"Woah slow down girl." balas Zariel Hakim sinis. Lihat sahajalah, gadis dihadapannya ini sudah bertukar personaliti.
"Okay back to your questions, nope I'm not crazy. If you agree to marry me I'll tell you my purpose of dealing this marriage to you and yes I did realized that both of us are practically a stranger other than that time when we met each other in your working place." Zariel Hakim membalas senada.
Aisyah Hani menggelengkan kepalanya perlahan. Betullah cakap orang, orang gila tak semestinya mengaku dia gila. Lelaki dihadapannya ini memang kelihatan menjengkelkan selain daripada kelihatan tampan dan menawan.
"Sorry but not sorry, saya takkan terima Encik Zariel sebagai suami saya kerana encik tidak menyatakan alasan yang kukuh dan saya berada disini hendak membicarakan perihal dana perubatan adik saya sahaja." tegas Aisyah Hani berkata. Dia tidak mahu maruah dirinya dipijak-pijak sesuka hati oleh lelaki ini.
"Kalau you nak I donate a few amount of money to your sister yes I can do that tapi dengan syarat you kena kahwin dengan I." Zariel Hakim kembali duduk dikerusinya.
"Takkan pernah terjadi perkahwinan antara kita Encik Zariel." Aisyah Hani mengetap bibirnya.
"Is that so? And you tak nak lah derma yang I nak bagi pada adik you for her hospital treatment and her immediate surgery?"
Sungguh tak disangka Aisyah Hani, lelaki ini begitu pandai bermain kata. Dia menarik nafas seketika.
"Encik Zariel, saya datang kat sini untuk bincang mengenai dana perubatan adik saya bukannya diajak berkahwin dengan Encik Zariel!" keluhan kasar terbit dari gadis tersebut.
"I know that. Kalau you nak bincang pasal perkara tu, I nasihatkan agar you buat keputusan cepat sama ada you nak kahwin dengan I atau tak.
Otherwise, you boleh lupakan tentang dana perubatan for your sister." Zariel Hakim sudah malas berbicara dengan gadis dihadapannya ini maka itu sahajalah keputusan yang harus dibuat walaupun dia sebenarnya tidak tergamak ingin memutuskan kontrak dana tersebut.
"Are you kidding me? Oh so sekarang Encik nak ugut saya pula?" luah Aisyah Hani tidak percaya. Terdapat nada kekesalan pada suaranya.
"I'm not blackmailing you, but you make me think this way." tenang sahaja suara Zariel Hakim bersuara. Dia mula mencapai sesuatu didalam laci dan dikeluarkan.
"You've got yourself a week to think about this. Kalau you tak setuju juga, I boleh terminate the dana."
"I don't need a week Encik Zariel! Saya takkan kahwin dengan Encik Zariel no matter what happen." sejurus meluahkan apa yang terbuku dihati, Aisyah Hani berdiri dan melangkah keluar.
"Feisty. Hmm." Zariel Hakim tersenyum sinis. Biarpun Aisyah Hani sudah memberi keputusan dia yakin bahawa gadis itu akan tetap berpaling memilih dirinya.
***
end of the chapter.
YOU ARE READING
Breathless. (UNDER EDITTING)
Romance"But," tambahnya lagi. Zariel Hakim mengangkat wajahnya dan merenung tajam ke arah Aisyah Hani buat beberapa saat membuatkan gadis itu mula tidak selesa. Aura lelaki itu tersangatlah kuat! "You dah setuju dengan syarat I, so do your deeds while I do...