Seminggu telah berlalu..Dan selama seminggu itu juga Ed tak nampak kelibat Luke dikolej.Dia ada bertanya pada chai,tapi jawapan lelaki itu 'tak tau'.Mustahil duduk satu rumah,satu bilik tapi tak tahu ke mana perginya Luke.
Ed tahu chai menyembunyikan sesuatu daripadanya.Puas sudah dia mendesak tapi chai tetap kata tak tau.
Mana kau pergi luke?
Hari itu adalah hari terakhir dia berbicara dengan luke,selepas daripada itu ada juga dia call banyak kali tapi luke off fon.ke mananya hilangnya si luke ni?
Ed gigit bibir.Otaknya jauh melayang memikirkan luke,joe yang ada depan mata pun dia tidak hiraukan.
"Sayang..kenapa senyap aje ni?"suara joe mengembalikannya ke dunia nyata.
Wajah tampan lelaki itu direnung dengan pandangan yang kosong...
Kenapa perasaannya pada joe sudah tidak sama seperti mana mula-mula mereka bercinta dulu?dia menyoal dirinya sendiri."Hei!kenapa ni Ed?Ed buat joe macam tunggul aje."joe sudah mula tidak puas hati.sejam mereka disitu dan si Ed hanya diam saja dari tadi.Mau dia tidak berapi.
"Sori."hanya itu yang terluah dari mulut Ed.
Huhh..
Joe mengeluh panjang."kalau macam ni lebih baik kita tak payah keluar Ed.Buang masa!"ujarnya begang.."Ed nak balik."tutur Ed yang sudah siap sedia berdiri.
Joe tersentak.
"Sejam duduk sini macam orang bodoh tiba-tiba Ed kata Ed nak balik?"soal joe tak puas hati.Ed benar-benar menguji kesabarannya."Kalau joe tak nak hantar Ed boleh balik sendiri."tanpa menunggu jawapan daripada joe,Ed terus sahaja meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga..
***
Chai berlari ke arah pintu rumah setelah di ketuk bagai nak roboh dari luar.udin berdiri di tepi tangga melihatkan gayanya seperti dia baru keluar dari bilik mandi,berkemban dengan tuala dan rambut masih ada sisa shampoo..Si Bob pula tercengang-cengang kerana terjaga dari tidur.
Kalut mereka satu rumah bila diserang malam itu.Dan penyerangnya adalah Ed!Sebaik sahaja pintu dibuka Ed terus meluru masuk.Gila!menceroboh rumah anak teruna.Ah!dia sudah tidak peduli.Apa yang penting sekarang adalah luke!
Berkerut kening chai merenung Dian dimuka pintu.Gadis itu hanya menjongketkan bahu tahu chai menghantar bahasa isyarat bertanyakan kenapa dengan Ed padanya.
Dian tak tahu apa-apa.Bila Ed suruh dian bawanya ke rumah itu dian hanya patuh sahaja.Tak berani dia hendak banyak tanya bila lihat wajah Bengis Ed ketika itu.
"Kau cari siapa Ed?"tanya chai.sengaja dia bertanya padahal dia tahu jawapannya.
"Luke.Mana luke?mana luke,chai?"matanya melilau mencari kelibat luke.
"Luke mana ada..kan aku cakap aku tak tahu dia pergi mana."chai sudah begang.Geram pula dia dengan si Ed ni.Masa ada depan mata dia buat bodoh saja,sekarang si luke dah tak ada sibuk pula dia mencari.
"Tipu!aku tau dia ada dalam rumah ni."tempik Ed.Dia kemudian segera berlari ke tingkat atas meredah masuk ke dalam bilik udin dan bob.Tapi luke tak ada.
Kemudian dia turun berlari ke dapur pula.Tak ada juga.Setelah itu bilik ditingkat bawah pula menjadi sasarannya.
Matanya kaku melihat ke dalam bilik itu.Chai menghampiri Ed yang berdiri didepan muka pintu biliknya.
"Kan aku dah cakap,luke tak ada."
Luke..
Hati Ed merintih.Ada sesuatu didalam bilik itu yang membuatkan dia rasa hendak rebah.Gitar..
Hadiah pemberiannya kepada luke sempena hari lahir lelaki itu yang ke 21 sedang elok terbaring di atas sebuah katil kosong.Melihatkan mata Ed yang kaku merenung gitar itu lalu chai bersuara."Dia hanya tinggalkan tu saja Ed.Barang yang lain semua dia dah angkut.Almari baju dia pun dah kosong."
Kaki Ed lemah.Dia sudah terduduk di atas lantai.Air matanya kian laju sebaik saja mendengar kata-kata chai.
Dian sedari tadi hanya menjadi pemerhati menghampiri Ed.Bahu gadis itu digenggamnya seakan mahu menyalurkan sedikit kekuatan pada Ed.
Chai buka laci meja study.Dia keluarkan sesuatu dan serahkannya pada Ed."Luke suruh aku bagi pada kau.katanya hadiah terakhir dari dia untuk kau Ed"
mendengar kata-kata chai itu membuatkan tangisan Ed semakin kuat.
"Luke!!!"
"Aku nak kau luke.."
"Luke..aku minta maaf..""Dahlah Ed..tak guna kau meraung dekat sini.luke pun bukannya boleh dengar kau panggil-panggil nama dia.Kau baliklah..dah malam ni,tak elok kalau kau lama-lama kat sini.."tutur chai lembut.kesian pula dia tengok si Ed ni.
"Betul tu Ed.kita balik ye."giliran Dian pula memujuk.
"Luke..."Ed masih lagi menyebut-nyebut nama luke dalam tangisnya.
"Menyesal pun tak guna Ed..semuanya dah terlambat."tokok chai lagi..Bukan niat dia hendak menambah sedih di hati Ed,tapi memang itulah kenyataannya..sesal tiada guna...
***
Lupakan dia cintailah diriku
Kaukan bahagia bila kau bersama aku
Buanglah dia yang ada dihatimu gantikanlah aku...
Aku tahu aku tak patut memaksa
cari yang bila masa yang kau inginkan tuk menerimaku..
Tuk hidup bersamaku..Sayup-sayup kedengaran suara Luke menyanyikan lagu ciptaan dua orang anak muda yang menggelarkan diri mereka Firzo bersama iringan gitar..
Ed kesat air mata.Butang play pada perakam suara itu ditekan lagi.setiap malam itu lah rutin hariannya sebelum tidur.Tak jemu-jemu dia mendengar suara luke.Suara insan yang paling dia rindukan..
Perakam suara tersebut adalah hadiah terakhir dari luke untuknya.Ed genggam kuat-kuat perakam tersebut bersama Air mata yang seakan-akan tidak mahu berhenti dan akhirnya seperti malam-malam sebelum ini dia lena bertemankan air mata..
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Seorang Luke
Romance"Luke.Kalau aku tak ada nanti kau jangan lupakan aku ye.."tutur Ed sewaktu mereka berjalan pulang dari sekolah. "Kau tak ada?pergi mana?"luke tanya soalan bodoh.sengaja dia buat-buat lurus bendul Ed senyum.luke..luke.. "Pergi mana-manalah,oversea ke...