part 8

795 30 3
                                    

Luke tersenyum lebar melihat susuk tubuh Chai menghampirinya.Sahabat itu tak banyak berubah masih sama seperti dulu,tapi Chai yang sekarang ni dah makin kacak!

"Hello bro.."tegur chai mereka berjabat tangan.

"Amboi kau..tak reti bagi salam dah."perli Luke.

Chai sengih tayang gigi sambil garu kepala."Aku ingat kalau jumpa orang yang baru balik dari UK tak payah bagi salam."ujarnya berseloroh.

Luke tayang penumbuk."kau ni..Aku masih melayu dan islam ok!"getusnya.

"Yelah..yelah..kau ni gurau sikit pun tak boleh."

"Sikit tak apa..tapi kalau banyak ini dapat."
Luke tayang buku limanya lagi,saja hendak menyakat Chai.

Rindu pulak nak bergurau-gurau bila dah lama tak jumpa ni.

"Perangai gangster kau ni masih tak berubahkan.."Chai koyak senyum..

"So apa cer orang UK,ada apahal balik malaysia ni?Rindu orang disini ke?"soal chai sambil senyum penuh makna.

Luke sengih..Orang disini?fahamlah dia siapa yang Chai maksudkan..Tentulah rindu..Rindu tahap gila dah ni.

"Sebab rindulah aku balik sini.."ujarnya perlahan..

***
Dari jauh Luke perhatikan saja susuk tubuh yang dia rindui itu.Ini bukan kali pertama,tapi sudah berkali-kali.Sejak pulang ke tanah air itulah kerjanya.Dia tak ubah seperti seorang spy,mengekori jejak langkah Ed  ke mana jua gadis itu pergi.

Masih tak banyak berubah.komennya,bila melihat Ed masih saja bersikap cuai dan selalu kelam kabut.

Sesekali luke mengukir senyum.Rasa macam tak percaya saja sudah dua tahun dia tinggalkan orang yang paling dia sayang.Bukan senang masa mula-mula nak belajar hidup tanpa Ed.ke sana ke mari bayangan wajah gadis itu menemani hidupnya.seksa betul menanggung rindu.

Kalau tak kerana peristiwa dua tahun yang lalu tak mungkin dia tinggalkan Ed walaupun waktu itu hatinya benar-benar tersayat luka.

Ya..dua tahun lamanya dia menderita seorang diri,lantaran tak mahu Ed melihat keadaannya ketika itu dia memilih untuk pergi jauh,jauh dari kehidupan Ed..

***
Dua tahun yang lalu..

"Luke..betul ke kau tak nak bagi tau Ed tentang keadaan kau sekarang ni?"soal chai.Tak sampai hati dia lihat luke terbaring lemah seperti ini.

Luke menggeleng lemah,kelopak matanya berair.Dia tak mampu untuk bersuara,hanya bahasa tubuh yang agak terbatas sahaja dapat dia gunakan.

Chai mengangguk tanda faham.Dia tak mahu memaksa kalau itu sudah kehendak luke.Tapi jauh disudut hati,dia tahu luke perlukan Ed.

"Ok.Aku takkan bagi tau Ed.Tapi apa aku nak jawab kalau dia tanya pasal kau nanti?"tanya chai lagi.Kehilangan luke pasti menjadi tanda tanya pada Ed,dan orang pertama yang Ed akan cari untuk bertanya soal luke tentu sajalah dia..

Mata luke berkedip-kedip seperti hendak menyatakan sesuatu.

Bodoh!
Chai menyumpah diri sendiri.Dalam keadaan sekarang manalah luke boleh jawab soalan-soalannya.Nak bersuara pun luke tak mampu apatah lagi hendak menjawab pertanyaan.

Apalah kau ni chai..sendiri fikirlah..Getus hatinya.

"Emm..Oklah nanti pandai-pandailah aku jawab dengan si Ed tu.Yang penting sekarang ni,kau kena banyak-banyakkan bersabar,ingat Tuhan,jangan putus asa.Inshaallah..kau akan sembuh."Jari jemari luke dia genggam seakan menyalurkan sedikit kekuatan buat sahabatnya itu.

Butiran jernih air mata membasahi pipi luke,sungguh dia tidak berdaya.Dirinya sudah seperti mayat hidup terbaring lemah dan kaku,hendak menggerakkan jari pun dia sudah tidak mampu.Ya Allah..hatinya merintih..

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now