part 10

1.2K 32 2
                                    

Berdebar jantung Ed bila tengok ada dua tiga buah kereta lain yang terpakir dihalaman rumahnya ketika dia baru balik dari tempat kerja.

Kereta siapa ni?Apasal macam ramai je dalam rumah tu,ada kenduri ke?Ed melangkah keluar dari perut kereta dengan perasaan yang berdebar-debar.

Ish..kenapa rasa lain macam je ni..Dia beri salam sebelum melangkah masuk.Bila sudah menapak didalam rumah semua mata pegun memandangnya.Gerun pula Ed rasa.

Ed renung kak long.keningnya terjongket menghantar isyarat meminta jawapan apa yang sedang berlaku.

Kak long hanya sengeh saja.Mama disebelah pula menggamit tangan memanggilnya.

Perlahan-lahan dia atur langkah ke arah mama.Semua mata ketika itu masih tidak lepas merenungnya.Terasa diri macam seorang pesalah pula.

"Ma..apasal ramai-ramai ni?ada orang masuk meminang kak long ke?soalnya dengan nada berbisik.Tapi si kak long ni telinga lintah dia boleh dengar apa yang Ed bisik kan pada mama.Laju saja tangannya mencubit peha Ed.

Ed ketap bibir.Sakit!

"Kau gila..kak long kan dah anak dua,takkan diorang nak meminang kak long pulak."giliran kak long pula berbisik padanya.

Bodoh!Ed mengutuk diri sendiri.Boleh pula dia lupa yang si kak long tu dah kahwin.Ini semua nervous punya pasal...

"Macam mana Encik Hamdan jadi ke?"seorang pak cik yang lebih kurang sebaya dengan papanya menyoal memecah kebisuan semua orang.

"Tuan punya badan dah balik.Jadi eloklah kita tanya sendiri pada dia.kalau ikutkan hati saya,saya setuju aje."balas encik Hamdan dalam nada berjenaka.

Tuan punya badan?Aku ke?bertambah kerut dahi Ed dibuatnya.Dia rasa macam ada seribu ekor rama-rama terbang dalam perut ketika semua mata tertumpu padanya kembali.

Sah!memang aku.

"Cik Edrika,saya ni mewakilkan keluarga Encik Amri,kami datang ni hendak meminang cik Edrika untuk anak teruna kami,namanya lukman.Sudikah kiranya cik Edrika menerima pinangan kami ni?"pak cik tadi bersuara lagi.

Ed tunduk, tak mampu rasanya hendak menatap mata semua yang ada pada ketika itu.Tekak tiba-tiba terasa kering.

"Ed."mama menyiku lengannya bila dia hanya diam tidak berkutik.

Ed renung mama kemudian dia renung pula pada semua yang ada ketika itu.Setelah itu dia tunduk kembali.

"Tak nak.."jawabnya perlahan tapi dapat didengari oleh kak long dan mama.

Belum sempat mama membuka mulut kak long lebih pantas menarik tangan Ed mengikutnya ke dapur.

"Wei!kau ni dah kenapa?"soal kak long geram.Ikutkan hati mahu saja dia cubit-cubit si Ed ni.

"Kenapa apanya?Ed tak nak.Tak payah la nak paksa-paksa."Ed rentap tangannya yang masih digenggam kak long.

"Kenapa kau tanya?siang malam kau duk meroyan hendakkan si luke tu,tapi hari ni bila family dia masuk meminang kau tolak pulak."sela kak long.

Ed melopong."Luke!?"

"Iyelah..Luke lah siapa lagi..kau ada kenal lukman lain ke selain si Luke tu?"pelik pula kak long tengok si Ed ni.

Laju Ed menggeleng,bibirnya mula menguntum senyuman lebar.

Tak sempat kak long hendak melanjutkan bicara Ed sudah terlebih dahulu berlari ke ruang tamu.

"Saya setuju!"ujarnya separuh menjerit.

Papa dan mama tepuk dahi.Aduh!anak siapalah ni..Bikin malu saja.

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now