part 6

831 30 1
                                    

Sudah enam bulan Ed langsung tak terima khabar dari luke.setiap hari dia mesej dan hantar e-mel pada luke namun hampa,tiada balasan daripada lelaki itu..

Selepas kejadian dirumah sewa chai dulu dia ada pergi ke rumah luke,tapi rumah itu sudah kosong.Ed ada bertanya pada mama dan papanya,tapi mama dan papa pun tak tahu ke mana keluarga luke berpindah.keluarga luke pun tak ada bagi tahu apa-apa pada mereka semuanya terjadi secara mengejut.Tau-tau saja rumah itu sudah kosong.

Ed sudah buntu,dia tak tahu nak cari luke dimana lagi.Siang malam dia tak pernah berhenti berdoa agar di pertemukan kembali dengan Luke.Sungguh perpisahan ini menyiksa jiwanya.Dia terlalu rindukan Luke...

Gitar milik luke dia renung.Rasa seperti terbayang-bayang luke sedang memetik gitar, menyanyi sambil tersenyum manis padanya..

Luke..
Sungguh!aku menyesal...
Kau kat mana sekarang ni luke?aku rindu..rintih hatinya.

Sejak luke tiada air matalah menjadi penemannya.setiap apa yang Ed lakukan pasti dia akan teringat pada luke.
Oh!Tuhan kuat aku..

***
Enam bulan yang lalu...

"Why Ed?kenapa Ed buat macam ni pada joe?"soal joe resah.Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja dikatakan oleh Ed.

"Ed dah tak mampu nak teruskan hubungan kita ni."tuturnya lemah.Sungguh dia memang sudah tak mampu.Apatah lagi setiap kali pandang muka joe dia akan teringat pada luke.

"Janganlah macam ni sayang..joe betul-betul cintakan Ed."kedua-dua belah bahu Ed digenggam,dia tunduk cuba mencari anak mata gadis di hadapannya itu.

Ed diam membatu.Dia tak mampu hendak membalas pandangan mata lelaki itu.

"Sebab luke ke Ed nak putus dengan joe?"dagu gadis diangkat supaya merenungnya.
"Mesti sebab dia kan?"melihat pada air muka Ed joe sudah dapat mengagak.

"Dia tak ada kena mengena dalam hal kita."dalih Ed.

"Tipu!semua ni memang sebab dia.Kalau tak Ed tak kan mintak putus dengan joe.Terimalah hakikat Ed,si luke tu dah tak ada."keras joe bersuara.Dia sudah semakin hilang sabar dengan Ed.

Dia betul-betul sayangkan Ed.Dulu pada awalnya memang niat dihati hanya sekadar hendak main-mainkan perasaan Ed,kerana baginya gadis ini amat menjengkelkan.

Dia bertaruh dengan kawan-kawannya untuk membuat Ed jatuh cinta pada dirinya.Tapi sudahnya dia pula yang sangkut dan terlebih sayang pada Ed.Dia tak mahu kehilangan Ed!

"Joe..jangan libatkan luke dengan apa yang berlaku pada kita sekarang ni,luke tak salah.Ed yang bersalah dalam hal ni.Ed dah tak mampu nak terus kan hubungan kita.Ed tak nak terus lukakan hati joe,sebab tu Ed mintak putus.Ed tak nak terus menipu diri sendiri joe..."Dia berterus terang.Kali ini anak mata lelaki itu ditatap penuh pengharapan.

"Kenapa Ed tak boleh teruskan?Ed dah tak sayang joe?"joe masih lagi tidak puas hati.Wajah polos itu tatap penuh kasih.

Ed mengangguk lemah.
"Sayang Ed pada joe dah tak sama macam dulu.Dan cinta Ed pada joe pun dah semakin pudar."

Terasa longlai seluruh jiwa dan raga joe mendengar pengakuan Ed.
"Apa yang kurang pada diri joe,Ed?Bagi tau joe akan perbetulkan."ujar joe separuh merayu.kini dia mula meluntut dihadapan Ed yang sedang duduk dikerusi kayu itu.

"Joe tak kurang apa-apa pun.Joe baik.Joe pandai ambil hati Ed,joe selalu ada dengan Ed.Tapi.."Ed berjeda seketika.

"Tapi apa?"soal joe tidak sabar.

"Tapi..Ed lebih perlukan luke..."jawab Ed perlahan namun tetap didengari oleh joe.

"Luke!luke!luke!!!tak habis-habis dengan jantan tak guna tu.Apa kurangnya joe ni Ed?Tak boleh ke Ed terima kenyataan budak tu dah tak ada."kali ni joe benar berang.Kemarahannya sudah memuncak.

"Ed sayangkan luke!Dalam hati Ed sekarang ni cuma ada luke."beritahu dalam tangis.sakit hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.Dia mahukan luke,dia rindukan luke..

Joe kehilangan kata-kata.Dia jadi lemah melihatkan air gadis itu.kenapa Ed tak boleh sayangkan joe macam mana Ed sayangkan luke?soalan itu hanya terlafaz dibenaknya.

"Sori joe..Ed betul-betul minta maaf."ujarnya bila lihat joe hanya diam.Riak wajah jejaka itu jelas menggambarkan bahawa dia benar-benar kecewa.

"Ed harap joe faham keadaan Ed..kita hanya boleh jadi kawan,tapi untuk lebih dari itu Ed tak mampu.."katanya lagi.wajah kusut joe dia tatap,mata mereka saling bertaut.

Oh!Tuhan..mungkin ini adalah balas pada diriku yang sebelum ini sudah berniat tidak baik pada Ed.Dan balasan kerana aku sudah pisahkan dia dari luke..sakitnya hati ini..Ampunkan aku...

Tanpa melanjutkan bicara joe bangun dan berlalu pergi meninggalkan Ed.Wajah itu langsung tidak dipandangnya.Dia takut kalau menatap renungan redup mata Ed dia tak mampu untuk lepaskan gadis itu.Gadis yang telah banyak mengajarnya erti cinta..

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now