part 7

855 30 9
                                    

Ed merentap tangan dari luke.Dia benar-benar tidak puas hati.Kenapa luke tak suka dia bercinta dengan joe?sedangkan joe seorang lelaki yang baik,bukan seperti yang mereka fikirkan selama ini.

"Ed!tunggu.Dengarlah cakap aku Ed.Dia hanya nak main-mainkan kau.Dia tak ikhlas pada kau."tutur luke.Dia berdiri dihapan Ed,menghalang langkah gadis itu.
Badannya dikeraskan ketika Ed cuba menolaknya.

"Tepilah luke!aku dah lambat ni."

"Kau nak pergi mana?jumpa joe?"

Lambat-lambat Ed mengangguk.

"Pleaselah Ed..dia bukan lelaki yang baik untuk kau."ujar luke merayu..

"Habis tu siapa yang baik untuk aku?kau?"mata Ed mencerlung tajam menjamah wajah Luke.

Lelaki dihadapannya ini bukan tidak kacak,wajah kacukan itu menjadi kegilaan ramai anak-anak gadis di kolej ini.Tapi luke tak pernah melayan,dia hanya tahu berkepit dengan Ed kesana kemari mereka berdua.

Sejak Ed mula bercinta dengan Joe dia sudah jarang meluangkan masa bersama luke.Dan mungkin kerana itu dia rasakan luke cemburu dengan joe.

"Aku tak cakap yang aku layak untuk kau,tapi setidaknya kau carilah orang lain,bukannya si joe buaya darat tu."luke bercekak pinggang.Panas hati bila teringatkan si joe tu.

"Dahlah luke!simpan je nasihat kau tu.Aku dah lambat ni.Aku cau dulu."tubuh luke ditolaknya kasar.Hampir sahaja lelaki itu hendak terjatuh.

Luke tidak mampu berbuat apa lagi.Dia hanya menghantar gadis itu pergi dengan renungan mata penuh kecewa.
Ed..andainya kau tahu isi hati aku ini dapatkah kau terima..?

***
Air mata membasahi pipi Ed seka.Malam-malam begini dia sering teringatkan luke.Teringat bagaimana sikapnya pada luke dulu.Dia selalu saja sakitkan hati lelaki itu.setiap ucapan kasarnya pada luke dulu terngiang-ngiang ditelinga.
Maafkan aku luke...

Kalaulah dapat diundurkan  masa dia mahu kembali ke zaman persekolahan mereka,zaman yang banyak meninggalkan kenangan indah dalam hidupnya bersama luke.Waktu itu hanya gelak tawa yang menghiasi hari-hari mereka.Pertengkaran jarang berlaku kerana mereka selalu bertolak ansur dan luke sering saja sabar melayani keletahnya.

***

"Luke.Kalau aku tak ada nanti kau jangan lupakan aku ye.."tutur Ed sewaktu mereka berjalan pulang dari sekolah.

"Kau tak ada?pergi mana?"luke tanya soalan bodoh.sengaja dia buat-buat lurus bendul

Ed senyum.luke..luke..
"Pergi mana-manalah,oversea ke.."jawab Ed.Tapi bukan itu sebenarnya yang dia maksudkan.

Luke mengangguk."Oo..tak apa.kau jangan risau,ke mana saja kau pergi,ke hujung dunia sekalipun aku akan ikut."ujarnya sungguh-sungguh.

"Betul ni?"soal Ed bagaikan tidak percaya dengan kata-kata luke.

"Betullah..Kau jangan harap nak pergi jauh dari aku.Aku akan ikut kemana saja kau pergi macam bayang-bayang."luke pandang Ed disisi yang sudah berbunga-bunga.

"Serius?"tanya Ed kurang yakin dengan jawapan Luke.

Luke mengangguk laju."yes!aku serius.Aku takkan pernah tinggalkan kau sampai bila-bila.Tapi..."kata-katanya mati disitu.

"Tapi apa?"Ed mula menggelabah.

"Tapi aku rasa kau yang akan tinggalkan aku suatu hari nanti.."

Lamunan Ed terhenti segala kenangannya bersama luke bagaikan berlalu pergi bersama angin.
Dia renung Dian disisi,keningnya bertaut.Geram!gara-gara gadis itu menyiku lengannya tadi.

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now