part 2

1.3K 33 7
                                    

Ed berjalan malas menghampiri Joe yang sedang menantinya di cafe.Setelah berjumpa dengan Luke tadi banyak benda yang bermain difikirannya.

Betulkah dia sudah banyak berubah?
Bukankah yang sudah banyak berubah tu Luke?Dulu Luke tak macam tu,Luke tak pernah meninggi suara padanya,luke selalu dengar luahan hatinya,luke lah yang menjadi tempat dia meluah rasa.Tapi sekarang dia rasa luke sudah semakin jauh darinya dan luke yang dia kenal sekarang tak macam luke yang dulu..

Ed tersenyum kelat bila dia sudah berdiri tegak dihadapan joe.Lelaki itu tersenyum manis padanya.
Bila teringat semula bagaimana perkenalan dia dengan joe,dirinya bagaikan tidak percaya.Budak lelaki paling popular di kolej mereka itu sudah menjadi teman lelakinya..

Dulu dia paling benci joe.Bagi dia joe seorang lelaki yang menjengkelkan,bajet bagus dan poyo.Tapi tak sangka lelaki itu sudah tiga bulan menjadi teman lelakinya.

"Hei!nak berdiri sampai bila?tak nak duduk ke sayang?"soal joe dengan senyuman meleret.Dia bangun lalu menarik kerusi di hadapan tempat duduknya untuk Ed.Romantik!
"Duduk sayang."tuturnya lembut.
Macam manalah perempuan tak terpikat dengan si joe ni..
Sikapnya tak ubah macam prince charming yang selama ini Ed angan-angankan..

"Terima kasih joe.."Ed duduk.Senyumnya menguntum..

"Sama-sama sayang.."
"Kenapa lambat Ed?lama joe tunggu tau."ujarnya dengan muka yang sengaja dibuat seperti merajuk.

Ouch!
Cair...

"Sori..tadi Ed jumpa luke."jawabnya jujur.

"Dia nak apa?"soal joe kurang senang.Dia tak suka Ed rapat dengan luke.

"Saja sembang kosong.Ed kan dah lama tak jumpa dengan dia."Nama saja satu kolej,satu kelas tapi nak nampak muka masing-masing memang susah.Dulu rajinlah mereka lepak bersama,sejak dia bercinta dengan joe ni dia lebih banyak menghabiskan masa dengan lelaki itu saja.

"Oh!"joe membetulkan duduknya.
Tangan Ed dicapai.

"Lepas ni kalau boleh jangan jumpa dengan luke selalu.joe tak suka."Anak mata Ed direnung.Jujur dia memang tak suka Ed rapat dengan mana-mana lelaki termasuklah luke.Walaupun dia tahu Ed dan luke sudah lama berkawan sejak di sekolah menengah lagi.

"But why?dia kan bestfriend Ed.."Ed membantah.Mukanya mencuka.

"Tak kisahlah kawan ke apa,yang penting joe tak suka.Mana ada perempuan dengan lelaki jadi bestfriend."tutur joe tegas.Wajahnya bertukar bengis.Pantang betul dia bila Ed tak mahu dengar cakapnya.
"Tapi kami berkawan dah lama..sebelum Ed kenal joe lagi.Joe pun tahukan Ed tak ada kawan lain selain si luke tu."Ed cuba memujuk.

"Joe tak cakap pun Ed tak boleh kawan dengan dia.Joe cuma tak nak korang rapat sangat..Faham?"
Ed mengangguk lemah.Tak kuasa sudah dia hendak berlawan cakap dengan si joe ni.Tapi tak perlu joe cakap,hubungan dia dengan luke memang dah renggang pun.

"Dah!jangan nak buat muka sardin.Kita makan ye.joe dah lapar gila ni."joe bersuara lagi.kali ini mukanya tidak setegang tadi..
Ed senyum sambil mengangguk...

****
"Hoi!pak cik.Apasal muka macam katak tertelan bola golf ni?"tegur chai atau nama penuhnya khusyairi.Dia roommate luke.

Luke diam tak menjawab sebaliknya dia hanya menjeling chai.Budak ni main sergah je,tak reti nak bagi salam ke..marahnya hanya terluah dalam hati.

"Emm..kalau muka macam ni sah-sah gaduh dengan Ed."tutur chai.Faham sangat dia dengan perangai si luke ni.Tak ada benda lain yang boleh membuatkan dia mudi macam ni selain si Ed tu.

"Kau diamlah."jawab luke dingin.

"Yelah-yelah..kalau dengan aku semedangnya nak marah,kalau dengan si Ed tu kau sabar je."chai buat-buat merajuk.Dia tarik kerusi dan duduk di meja study.

"Kalau tak nak pecah bibir tu chai baik kau jangan sebut pasal Ed."luke memberi amaran.

Gulp!
Telan air liur chai dibuatnya.Ini betul-betul bad mood ni..

"Ok..ok..aku tak sebut dah."chai terus berlalu masuk ke dalam bilik air.Baik cabut dulu sebelum kena belasah.si luke ni bukan boleh kira anginnya.Nanti tak memasal dia yang dapat sakit.

Kenapa Ed?kenapa kau berubah?kau bukan lagi Ed yang aku kenal dulu..Aku rindukan kau yang dulu Ed..

Air mata luke bergenang.Dia letak sebelah tangan di atas dahi.Takut kalau chai nampak air mata jantannya nanti tak pasal-pasal kena bahan.Tadi macam gangster sangat tetiba menangis pulak.

***
"Luke..luke..bangun.Dah asar ni."suara garau chai membangunkan luke dari lenanya.
Dia masih terbaring.Matanya berkedip-kedip memandang chai yang sedikit membongkok merenungnya.Dahi lelaki itu berkerut.

"Luke.Kau nangis ke?"soal chai takut-takut.

Giliran luke pula yang berkerut dahi.
Tanpa menjawab dia memegang kedua-dua belah pipinya.

Basah!
Luke bangun dan duduk dibirai katil.
"Mana ada.Dah kenapa pulak aku nak nangis."tanpa merenung chai yang tegak berdiri disisi katil,dia berjalan mencapai tuala yang tergantung di tempat penyangkut baju.

"Peluh ni."dia kesat dengan tuala kemudian berlalu masuk ke dalam bilik air.

Chai menggeleng kepala.Luke..luke..macamlah aku baru kenal kau semalam...

***
Ed menangis teresak-esak.Luke pula sudah bingung,tidak tahu bagaimana caranya lagi hendak memujuk gadis itu.

Dia mengepal penumbuk bila teringatkan joe.Tak guna punya jantan!taulah aku hendak mengajar kau nanti.ujarnya didalam hati.

"Dahlah Ed..jangan nangis macam ni lagi..Aku tak suka tengok kau bersedih macam ni."kepala Ed diusapnya lembut.

Tak sanggup rasa melihat Ed nangis kerana budak tak guna tu.

"Aku tak sangak joe mainkan perasaan aku.Aku ingat dia ikhlas sukakan aku.Rupanya tidak.."tutur Ed tersekat-sekat menahan tangis.

"Sampai hati dia bertaruh dengan kawan-kawan dia untuk dapatkan aku."sambungnya lagi.

Luke ketap bibir menahan amarah."itulah kau..cepat sangat percayakan orang.Aku dari mula lagi dah dapat agak yang dia tu ada niat tak baik pada kau.Tapi kau langsung tak nak dengar cakap aku."

Ed renung wajah keruh luke dengan mata yang bergenang."aku tak sangka dia akan buat macam ni pada aku..Aku fikir dia dah berubah.."

Hmm..
Luke mengeluh panjang mendengar kata-kata Ed.Air mata gadis itu dia seka dengan jarinya.Marahnya mula mengendur bila tengok muka Ed.

"Sudahlah..lupakan si joe tu.Nanti taulah macam mana aku nak ajar dia."pujuknya

"Aku betul-betul dah sukakan dia..kenapa dia buat aku macam ni..?"luah Ed.Sungguh dia memang sudah benar-benar sayang pada joe,walaupun mereka baru lagi bercinta.

"Ye..ye..Aku tau..Tapi Ed,tak berbaloi kau serahkan sayang kau tu pada lelaki macam dia..Kau dengar cakap aku ya.Lupakan dia.."tutur luke lembut.Anak mata Ed ditatap penuh kasih.

Sakit hatinya bila melihat gadis yang paling dia sayang terluka begitu...

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now