part 3

932 28 6
                                    

"Ed!!!"jerit Luke apabila mukanya sudah berlumuran kek gara-gara gadis itu menekan mukanya ke atas kek sebaik saja dia selesai meniup lilin.

Patutlah beria-ia suruh dia tiup lilin cepat-cepat.
Riuh satu padang bola bila mereka berdua saling berkejaran dan menjerit-jerit.Mujur malam tak ada orang kalau tidak buat malu saja.Dah macam budak tadika perangai mereka.

"Hei!membazir betullah budak-budak ni."rungut chai bila melihat kek tersebut sudah bersepah di atas padang.

"Tak sempat aku nak merasa."tuturnya lagi.
Dian disebelah sudah tersenyum simpul.Dia pun nak buat macam Ed lah..nak jugak lari satu padang dengan si chai ni.Tak kan nak tengok je budak berdua tu..

Dia ambil seketul kek yang berlumuran krim diatas tanah kemudian dilumurnya ke muka chai.
Apa lagi menjeritlah lelaki tu.
"Dee!!!"jeritan chai bergema.
Dian sudah jauh berlari meninggalkannya.

Dari jauh Dian menjelir lidah.Saja nak bagi panas si chai.Apa lagi memang tak cukup tanah dia berlari bila chai sungguh-sungguh mengejarnya..

"Nah!"Ed hulur satu bungkusan kepada luke.
"Hadiah untuk aku ke?"luke buat-buat tanya.Tentulah untuk dia,hari ni kan birthday dia..
"Tak lah untuk si chai."Ed tarik muka.Budak ni buat-buat tanya pulak.

Hihihi..
Luke tersenyum gembira.cepat-cepat dia ambil bungkusan itu dan membukanya.

Huarghhh!!!jeritan Luke bergema.
Seekor katak melompat keluar daripada kotak yang berbalut pembalut hadiah tersebut.

Ed sudah gelak sambil guling-guling atas padang.

Hahaha...
Seronok betul dia bila dapat mengenakan Luke.Pucat muka lelaki itu di buatnya.

"Kau gila Ed!?kau nak bunuh aku ke apa?"soalnya tidak puas hati sambil memegang dada.serius jantungnya seperti mahu melompat keluar.

"Hahaha..padan muka kau."ujar Ed yang masih berguling di atas padang.
Puas hati dia bila dapat kenakan luke.si luke ni nama saja jantan tapi geli dengan katak.

Yes!berjaya juga dia balas dendam.ketika hari lahirnya dulu luke kena kan dia dengan menghadiahkan dia satu kotak cacing kerawit.kali ini rasakan balasannya..
"Kau ni.."luke tarik telinga Ed.Terjerit gadis itu dibuatnya.

"Ampun luke..ampun..."jerit Ed.

"Rasakan.Nakal sangat kau ni.."Giliran luke pula ketawa macam orang tak betul.Akhirnya dia juga turut rebah diatas padang bersebelahan Ed.Tawa mereka berdua masih bersisa sambil mata pegun merenung langit yang dihiasi bintang-bintang.Oh!indahnya...

Senyum Luke mati bila terasa bahunya dipegang seseorang dari belakang.Hilang semua kenangan lalu antara dia dan Ed.

Dia toleh ke belakang.Terus wajahnya bertukar riak.Bila melihat si empunya tangan.
"Kau nak apa?"soalnya kasar.Mata mencerlung tajam menjamah wajah dihadapannya.
"Aku nak cakap sikit dengan kau pasal Ed."
"Ed?"
"Ye..Ed.Awek aku tu."joe juga turut merenungnya tajam.
"Aku tak suka kau rapat dengan Ed."tuturnya berterus terang.
"Apa masalah kau kalau aku rapat dengan Ed.Dia tu bestfriend aku."Luke mencekak pinggang,panas dihati sedaya upaya ditahan.

"Bestfriend?"joe tersenyum sinis.
Terangkat kening luke memandang si joe.

"Kau ingat aku nak percaya kau kata Ed tu bestfriend kau.Jangan bohong lah bro..Aku pun lelaki.Aku tau apa yang ada dalam hati kau tu.Dia tu bukan sekadar kawan je bagi kau kan!?"suara joe mula meninggi.Dari perubahan air muka Luke dia sudah dapat mengagak bahawa tekaannya itu benar.

"Jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan.Kau tak kenal siapa aku!"Dia juga turut meninggikan suara.Air mukanya cuba dikawal.

"Sudahlah luke..Aku tau isi hati kau tu.Tak payah kau nak kelentong.Tapi semua tu tak penting bagi aku.Yang penting sekarang ni aku nak kau jauhkan diri kau dari Ed.Aku tak nak kau jumpa dia lagi."ujar joe.Riak wajahnya benar-benar serius.Hal yang berkaitan dengan Ed sungguh dia memang serius.

"Kau tak ada hak nak halang aku berkawan dengan Ed!"suara Luke melenking.Dia sudah menghiraukan pelajar-pelajar lain yang mula mengalih perhatian pada mereka.

"Dia awek aku dia hak aku."suara joe juga tak kalah kuatnya.

Dush!
Satu tumbukan padu hinggap dipipi joe.Lelaki itu terduduk di atas jalan.
Puas!itu yang dirasakan oleh Luke ketika itu.Puas sebab dapat menumbuk muka lelaki yang sudah buat dia dan Ed berantakkan.Lelaki yang sudah buat dia kehilangan seorang Edrika!

"Kau jangan memandai kata Ed tu hak kau.Selagi aku hidup dia tetap akan jadi kawan aku sampai bila-bila,dan kau kena terima hakikat tu."tutur Luke sebelum berlalu pergi dari situ.

Joe memegang pipinya.Darah yang mengalir dibibir dikesat dengan jari.Matanya mencerlung tajam merenung luke yang sudah semakin jauh.
Aku akan pastikan kau takkan hidup lama Luke...

***
Puas!
Luke merenung jari jemarinya yang terasa sakit kerana menumbuk muka joe tadi.

Ah!sakit ni hanya sikit kalau nak dibandingkan dengan sakit dihati aku ni.

Teringat dia akan peristiwa dua bulan lepas,bukan main sungguh-sungguh lagi Ed nangis dihadapannya kerana dimainkan oleh joe.Dialah yang menjadi tempat gadis itu meluah rasa,dan berkongsi sedih.

Luke tak sampai hati tengok Ed bersedih waktu itu,tapi pada masa yang sama dia merasa lega,kerana Ed sudah kembali padanya.

Tapi..kelegaannya itu tidak lama apabila baru-baru ini Ed kembali menjalin cinta dengan joe.Entah apa yang difikirkan gadis itu sampai dengan mudahnya dia melupakan apa yang telah dilakukan oleh joe sebelum ini.

Sudah jenuh dia menasihatkan Ed,tapi gadis itu seperti biasa keras kepalanya hanya Tuhan saja yang tahu.

Beria-ia dia menyebelahkan si joe.Katanya joe sudah menyesal dan minta maaf padanya.Dan joe juga berjanji kali ini hubungan mereka bukan lagi olok-olok.

Dan sejak itu dia kembali kehilangan Ed..

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now