part 9

794 36 2
                                    

Luke tergesa-gesa pulang ke rumah orang tuanya selepas jumpa dengan Dian dan Chai tadi.

Terkejut puan Adibah melihat kehadiran anak lelaki tunggal mereka dikediaman malam itu.Tiba-tiba saja luke muncul,padahal sudah seminggu tak nampak batang hidung.

"Mama,papa mana?"soal luke kalut.Dia kelihatan gelisah.

Puan Adibah turut sama jadi gelisah melihat gelagat anaknya.Dah kenapa dengan Luke ni?

"Ada kat atas.kenapa?"Dia tarik tangan luke supaya duduk disebelahnya.Risau pula tengok luke ke hulu ke hilir macam orang ada masalah besar.

"Panggilkan papa kejap."luke menyuruh.

"Kenapa cari papa luke?"

Belum sempat puan Adibah hendak panggil,suaminya sudah menapak turun.

"Pa.."luke berlari mendapatkan papanya.

Dahi Encik Amri berkerut.Pelik melihat kelakuan anaknya.

"Kau ni dah kenapa luke?"soal Encik Amri risau.Dia ikut saja bila luke tarik tangannya ke ruang tamu.

"Luke!jangan buat papa dan mama risau.Malam-malam kamu datang lepas tu macam orang sasau je."Celah puan Adibah.

Luke sengeh.Dia kemudian mengambil tempat tengah-tengah antara mama dan papanya.

"Luke nak mintak tolong dengan papa dan mama ni."ujarnya.Wajah mama dan papa di tenung silih berganti.

"Tolong apa?Duit?"tukas Encik Amri.

Luke menggeleng laju."Bukan yang tu.."

"Habis tu tolong apa?macam serius aje sampai tak boleh tunggu siang."Giliran puan Adibah pula bersuara.

"Serius sangat!ni soal hidup dan mati luke."jawabnya sungguh-sungguh.

Puan Adibah bertambah resah.Sakit lagi ke anaknya ini?

"Luke sakit ke sayang?"tangan luke dia genggam dan wajah itu ditatap penuh kasih.

"Biar papa call doktor murad sekarang."Encik Amri sudah berkira-kira hendak pergi mengambil henfonnya.Tak senang hati dia bila dengar hal yang melibatkan hidup dan mati anaknya.

"Bukan!"luke tarik tangan Encik Amri.

"Kalau tak sakit habis tu apa?"soal Encik Amri dan puan Adibah serentak.Geram pula dengan luke ni.Buat orang risau saja.

"Emm..Macam ni,mama dan papa bertenang dulu..tarik nafas and lepaskan..tarik..lepas.."Dah macam jurulatih sukan pula gayanya.

Puan Adibah dan Encik Amri akur saja mengikut kata anak mereka.

"Ok,dah tenang?"luke menyoal.
Kedua-dua orang tuanya mengangguk.

"Luke..sebenarnya nak mintak tolong papa dan mama pinangkan seseorang untuk luke."lambat-lambat saja dia memberitahu.

Melihatkan riak wajah mama dan papa luke jadi berdebar.Aduh..

"Siapa orangnya?"akhirnya mama bersuara setelah membisu beberapa ketika.

Papa pula diam saja.Sukar luke nak baca air muka papa,suka ke,tak suka?bila dengar dia nak kahwin.

"Ed."jawabnya sambil tundukkan kepala.Takut pula hendak bertentang mata dengan mama dan papa.

Perlahan-lahan puan Adibah dan Encik Amri mengukir senyum.Lucu tengok gelagat luke waktu itu.Nak kahwin rupanya anak teruna mereka ni..Buat orang risau saja..

"Bila?"tanya Encik Amri.

Luke angkat muka.Dia tersenyum simpul.Malu-malu gitu..

"Esok!"jawabnya teruja.

Hendak terkeluar jantung Encik Amri dan Puan Adibah mendengarnya.Persiapan apa pun tak buat tiba-tiba nak suruh pergi pinang anak dara orang esok hari.

"Kamu ni biar betul luke.."soal puan Adibah kurang percaya.

"Betullah..Esok.Luke serius ni ma.."

"Jangan buat gila luke.kot ye pun dah tak sabar nak kahwin janganlah gelojoh sangat."bantah Encik Amri.

"Ala..pergi meminang je pun..bukannya terus kahwin.."luke hempas tubuh atas sofa.kecewa bila permintaannya ditolak.

"Memanglah meminang saja..tapi kena juga buat persiapan,tak kan nak main serbu saja.Nanti terkejut pulak keluarga si Ed tu."tambah puan Adibah.

Luke diam membisu.Merajuk!

"Cincin dah ada?"soal puan Adibah cuba memujuk.Dia mengambil tempat disebelah luke.kepala anak terunanya itu digosok lembut.

"Dah!"jawab luke teruja.Dia keluarkan kotak cincin dari dalam poket sweaternya.

"Hmm..nampak sangat dah tak sabarnya anak awak ni."sela Encik Amri.

Luke tayang sengeh.Gelojoh sangat ke aku ni?

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now