part 4

808 32 7
                                    

"Luke!"jerit Ed.Dia tak peduli bila semua mata memandangnya didalam cafe itu.

Dengan wajah yang menyinga dia mendapatkan Luke yang sedang makan bersama chai.Kedua-dua lelaki itu pegun merenungnya seperti sudah disumpah menjadi batu.

"Kenapa kau tumbuk joe?"soalan itu diajukan sebaik saja tiba di meja tempat luke dan chai makan.
Luke masih beriak tenang sedangkan chai sudah menggelabah.Takut dia tengok muka bengis Ed.

"Aku tanya ni.kenapa kau diam?!"makin sakit hatinya bila luke hanya membisu.
"Kau tanyalah sendiri dengan boyfriend kau tu."balas luke.Suaranya masih tenang.

"Kenapa luke?kenapa kau tak pernah biarkan aku dengan joe tenang?apa yang kau sakit hati sangat dengan dia?"bertalu-talu Ed menyoal.
Luke koyak senyum sinis.Aku tak puas hati dengan dia?

"Dia ada cakap kenapa aku tumbuk muka dia?"luke menyoal kembali.
Kali ini Ed terdiam.Dia tak tanya pula pada joe tadi.

"Kau tak tanyakan.."ujar luke bila dia lihat Ed hanya membisu.

"Walau apa pun sebabnya perlu ke sampai kau tumbuk dia?kau memang melampau luke."bentak Ed.

"Aku melampau!?kau tu yang melampau Ed!!!"jerkah luke habis bertaburan pinggan dan cawan di atas meja di tepisnya.
Marahnya sudah memuncak.Dia tak mampu lagi bersabar bila lihat Ed dihadapannya sekarang ini bukan Ed yang dulu,Ed yang tak pernah menuduhnya dengan melulu,Ed yang sentiasa rasional.Dia sudah kehilangan Ed.Dadanya sebak!

"Luke..sabar luke..bawak bertenang."chai yang dari tadi membatu kini mula bersuara.Takut dia lihat keadaan luke ketika itu.
Sementara Ed sudah tergamam.Ini adalah kali pertama dia lihat luke marah seperti ini.Dalam hatinya terdetik rasa kesal.kesal kerana berkasar dengan luke.

"Kau sayang sangat dengan boyfriend kau tu kan..so pergi mampuslah kau dengan dia!lepas ni jangan cari aku lagi.Anggap je kau tak pernah ada kawan yang bernama lukman rizqin.."tutur luke dengan suara yang kuat.

Beg galas dicapai kemudian dia berlalu pergi meninggalkan cafe itu.
Ed kaku.Luke..nama itu hanya bergema didalam hatinya.Benarkah apa yang dia dengar sebentar tadi?

"Ed.Aku kecewa dengan kau..sepatutnya kau lebih kenal siapa luke.Dia bukan jenis yang suka bertindak terburu-buru,dia takkan kacau orang melainkan orang tu yang kacau dia dulu..kau sepatutnya lebih tau macam mana perangai luke..Apa dah jadi dengan kau Ed?"soal chai.Jujur dia memang kecewa dengan sikap Ed.

Tak sangka Ed berubah sampai begitu sekali.Benarlah kata orang cinta itu boleh merubah segalanya..cinta itu buta..

***
Arghhh!!!!
Luke pecut laju motornya ditengah kesibukkan jalan raya.Dia tak peduli apa nak jadi jadilah.Hati dia dah cukup sakit!Air matanya tumpah.Tak sangka seorang Luke akan menangis kerana seorang perempuan dan perempuan itu ialah Ed.

Tak guna!!!jerit hatinya.
Sampai hati Ed kau buat aku macam ni..kenapa Ed..?Aku nak kau yang dulu..aku rindukan kau yang dulu..
Semakin laju luke memecut motornya belah jalan raya.

Dush!!!
Pandangan Luke kelam yang dia nampak hanyalah kepekatan malam,badannya terasa melambung ketika itu wajah mama,papa dan..Ed..terlayar dimemorinya..
Ed..apakah ini adalah pengakhiran pada persabatan kita???

***
Luke!!!jerit Ed ditengah malam.Entah kenapa dia mimpikan luke.Dia nampak tubuh luke berlumuran darah.Dia nampak...mata luke merenung ke arahnya seolah-olah merayu jangan tinggalkan dirinya.
Ya Allah..
Luke..

Serta-merta Ed teringat kembali.Petang tadi selepas pertengkaran itu Luke ada menelefonnya berkali-kali tapi dia tak angkat sebab waktu itu dia bersama joe.Ed tak mahu joe sakit hati,dahlah kena tumbuk dengan luke lepas tu luke call Ed pula,nanti apa pula kata joe..

Ketika pulang ke rumah sewa Dian tergesa-gesa mendapatkannya.Kata dian ada orang hendak bercakap dengan dia.

Ed tau luke yang call.Tak dapat call dia,luke call dian pula..

"Ada apa luke?"soalnya tenang.Dia tak mahu marah-marah ,takut luke mengamuk lagi.

"Ed.."suara luke rasa tersekat dikerongkong dek kerana menahan sebak.

Untuk beberapa ketika mereka saling mendiamkan diri.

"Luke.Kau nak cakap apa,kenapa diam?"soalnya.Namun luke masih juga tak bersuara.

"kau menyesal sebab putuskan persahabatan kita?menyesal dengan apa yang kau cakap pada aku tadi?"Ed menyoal luke bertalu-talu.Hilang sabar rasanya bila lelaki itu membisu.

Beberapa minit berlalu luke masih juga diam.

"Sudahlah luke.kalau kau tak nak cakap tak apa..aku pun malas nak dengar apa-apa lagi dari kau."Akhirnya Ed memutuskan untuk matikan talian.Tapi..

"Ed!"suara luke sedikit menjerit dihujung talian.

"Yes luke.."

"Aku..aku..rindukan kau yang dulu..Aku rindukan Edrika hannah yang pernah aku kenal sebelum ni.Ed yang garang,Ed yang suka merajuk,Ed yang selalu buat aku ketawa dengan lawak bodoh dia,Ed yang selalu pujuk aku kalau aku merajuk....dan Ed yang tak pernah tinggalkan aku.."

Senyap...
Luke diam mengumpul kekuatan untuk menyusun bicara bersama rasa sebak yang sudah menggunung.
Ed pula diam kerana tersedar dia memang bukan lagi Ed yang dulu..Edrika hannah sahabat kepada lukman rizqin.

Pipinya basah,lidahnya kelu tak mampu berkata apa..Luke..nama itu meniti dibibirnya tapi tak kedengaran ditelinga luke.

"Maaf..kalau selama ini aku bukan sahabat yang baik untuk kau..Maaf kalau sepanjang persahabatan kita kau banyak terluka dengan sikap aku.Dan..untuk pengetahuan kau.Edrika Hannah adalah sahabat terbaik yang pernah aku ada dan dia adalah perempuan yang paling aku sayang dalam dunia ni selain daripada mama.."

Tutt..tutt..tutt..
Talian dimatikan sebelum sempat Ed berkata apa-apa.Dia cuba mendail kembali nombor luke,tapi gagal.
Luke....

Hikayat Cinta Seorang LukeWhere stories live. Discover now