**3BL- KEPERITAN SEMALAM

462 24 0
                                    

I'm not crying because you left me sad, but I'm crying because it's hard for me to forget the love that once existed in our life.

........

Aku mencapai sejambak red rose yang terletak elok di atas meja seraya membaca kad yang terselit.

"Dinner with me ?"

Sekali lagi! Haihh... Setiap hari nak bagi bunga. Membazir betul!

"Morning, Jezz," sapa Maya yang tiba-tiba masuk ke bilik aku dan terus duduk tanpa aku pelawa.

"Hai, Maya. Please take this 'rubbish' out from my room. Semaklah semak!" kataku padanya dan disambut dengan ketawa.

"Hahaha, kenapa kau ni? Bunga cantik-cantik macam ni dikata sampah. Jauh beza ok."

"Kau tengoklah bilik aku ni. Aku tak tahulah nak kategorikan sebagai taman atau kedai bunga. Penuh dengan bunga kot," bebelku.

"And one more thing, si mentol Philips tu tak faham-faham ke ape? Kalau aku tak balas mesej dia, ignore calls dia, means aku tak suka dialah. Pastu nak lagi membazir duit beli bunga bagai. Macam-macam jenis bunga pulak tu dia hantar. Tengok ni, ajak aku dinner lagi. Eiii, geramlah aku!" sambungku lagi lalu menghempaskan badan ke kerusi. Stress k stress.

Mana taknya, dalam seminggu ni je, dah dua kali dia ajak aku dinner, tiga kali ajak aku lunch melalui bunga. Apekah semua ini.

"Alah, kau tu sombong sangat. Bukan mentol tu je kau buat macam tu, semua lelaki kat alam fana ni kau layan sama je. Kengkadang aku terfikir, lesbi-kah kawan aku ni."

Aku tersengih nakal, satu idea menyelinap masuk ke mindaku.

"Maya...."

Aku bangun dan duduk di sebelahnya, tempat letak tangan pada kerusinya. Selepas itu, aku mengelus-elus rambut dan sisi wajahnya.

"Kau pahal dowh?" Maya mula membuat muka cuak. Wajahnya mula pucat lesi.

"Kau tahu kan? Kawan aku kat dunia ni cuma ada sorang je, iaitu kau," kataku perlahan seraya menghadiahkan satu kenyitan mata yang menggoda. Kalau aku kenyit macam ni dekat si mentol Philips tu, konferm dia pengsan.

"Lepastu?"

"Bagi aku, kau bukan sekadar kawan. Kau lebih dari tu."

"Ahhhh! Shit! Aku straight ok? Dahlah, malas aku nak cakap dengan kau ni. Eiiii, aku nak pergi mandilah. Geleman aku!" katanya dan terus keluar dari bilik aku. Aku bantai ketawa sakan.

"Maya, I love you!" jeritku lagi. Dia terus menggeletek kegelian dan membuatkan aku makin kuat ketawa. Hahahaa, tahu takut.

Aku memerhati ruangan bilikku yang penuh dengan pelbagai jenis bunga. Ya, memang ada bunga yang aku simpan. Dan ada bunga yang aku buang. Bunga yang aku suka atau rasa macam rare tu, aku simpanlah. Yang tak suka tu, aku buang. Kalau tetiba mood baik, aku bagi kat pekerja lain.

Baikkan aku?

Tuk, tuk, tuk.

Seorang lelaki masuk ke dalam bilikku. Aku menyambutnya dengan senyuman.

"Nicholas!"

"How today?"

"Fine? How about you?"

"Terrible!" aku tergelak kecil. Hahaha, mesti dia stress sebab aku bagi dia banyak sangat kerja. Bersabarlah, nak.

"So, where that file?"

"Urghh, can you welcome me with a cup of coffee first?" Nicholas membuat muka menyampah. Aku ketawa lagi.

"Ok, ok. I'm sorry. Please, have a sit. "

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now