**16 - AKU AKAN PULANG

331 19 9
                                    

"Jasmine urut sikit kaki mak cik, ye?" ucapku sambil mengurut lembut pergelangan kaki mak hingga ke betis. Mak mengangguk sambil tersenyum. Minyak yang aku capai tadi di dalam almari, aku lumur sedikit di kakinya.

Mak duduk di atas kerusi dan aku bersila di bawah sambil melumur kaki mak. Mak menegah aku duduk di bawah, katanya aku tetamu, kena duduk atas. Aku cuma cakap, tak apa.

Aku suka keadaan ni. Kalau dulu, selepas mak sibuk mengemas di halaman rumah, aku akan mengurut kaki mak yang lenguh. Sambil mengurut, sambil berbual tentang zaman kami beradik kanak-kanak. Ada je cerita yang menghiburkan hati. Walaupun kadangkala cerita mak berulang, tapi aku tetap suka dengar dan ketawa.

Aku pun tak tahu, bagaimana sekelip mata, aku boleh rapat dengan mak. Tadi memasak nasi ayam bersama dengan mak. Selepas itu, makan bersama, melihat pokok-pokok orkid di halaman rumah, sambil mak menceritakan tentang pokok-pokok yang ditanamnya itu. Dan sekarang, aku sedang mengurut kaki mak!

Adakah ini keajaiban untukku? Kalau betul, terima kasih, Tuhan! Terima kasih!

"Pandai Jasmine mengurut. Haa... Situ... Situ memang sakit tu," kata mak sambil menunjuk betisnya yang sedikit menegang. Aku tersenyum senang. Kaki mak aku angkat dan letak di paha.

"Eh, tak payahlah. Berat kaki makcik ni," mak menegah sambil menarik kakinya ke bawah.

"Tak delah, makcik. Tak berat pun. Kalau macam ni lagi senang nak urut," balasku sambil tersenyum. Pada mulanya wajah mak seakan menolak, tapi melihat aku senang begitu, mak membiarkan sahaja kakinya aku riba.

"Mak cik ni penat sangat ni. Tengok, tegang betul urat kat sini," kataku sambil mengurut-urut di tulang keting.

"Tak penat manapun. Alaa... Dah tua ni, Jasmine. Buat kerja sikit pun letihnya macam buat kerja sehari."

"Mak cik buat kerja apa je selalu sampai penat ni?"

"Ala mengemas rumah ni. Takde budak kecik pun berseraknya macam ada anak sekandang. Tu si Anis tu, bukannya tahu mengemas," sempat mak menempelak Anis yang sedang menonton tv. Anis mengerut dahi dan menjeling.

"Mak ni. Kita pulak kena," gumam Anis.

"Eh, apa tak betul?"

"Hummm...suka hatilah mak..." balas Anis lalu berlalu masuk ke bilik.

"Merajuklah tu. Makcik mengumpat pasal dia depan kamu," bisik mak. Aku tertawa kecil. Mak ikut ketawa sekali.

Aku dapat rasakan, betapa bahagianya keluarga aku. Walaupun aku belum melihat abah dan belum berjumpa along sekarang, tapi melihat suasana di dalam rumah ini, aku yakin mereka bahagia.

Aku dengar, abah dah 2 tahun pencen. Along pula sejak berkahwin, dah pindah ke rumah suaminya. Jadi tinggallah mak, abah dan Anis saja di rumah.

"Abah mana mak?" tiba-tiba Abang Ian datang bersama sebalang biskut dipelukannya. Dia yang muncul dari dapur tiba-tiba terpaku dan memandang pada aku.

"Tak tahulah. Dari pagi tadi keluar. Jumpa kawan katanya. Hurmm... Abah kamu tu dah pencen pun bukannya melekat kat rumah. Asyik hilang jeee," balas mak. Aku tersenyum mendengar kata-kata mak.

Aku menjeling ke arah Abang Ian, dia masih terpaku melihatku. Dah kenapa? Aku membalas matanya hanya dengan senyuman dan mengangkat kedua kening ke atas.

Abang Adrian seakan tersedar dari lamunan, terus tersenyum dan menghampiri kami.

"Wahh... Untunglah mak ada orang urutkan."

"Kan... Sedap pulak tu Jasmine mengurut. Kena semua tempat-tempat yang sakit."

"Lepas ni urutkan saya pulak taw," seloroh Abang Ian. Intonasinya seakan memang meminta aku mengurutnya, tapi matanya menyimpan senyuman yang disembunyikannya.

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now