30BL** SIAPA DIA

272 16 5
                                    

POV ADRIAN

Ayah yang masih terlantar baring tidak sedarkan diri di atas katil aku renung dengan hati yang sayu. Setitik demi setitik air mata jatuh membasahi cadar katil ayah. Aku tak boleh bayangkan kalau tadi, ayah meninggalkan kami. Mujurlah, ayah dapat diselamatkan.

Tapi kenapa ayah tiba-tiba je kena heart attack? Nak kata penat sangat, aku rasa tak jugak. Sebab sekarang semua tander dah diserahkan pada aku dan adik lelaki aku untuk diuruskan. Ayah pun dah tak selalu pergi office. Pergi office pun semata untuk pantau projek-projek berapa peratus dah siap.

Tiba-tiba aku teringat pada sampul coklat yang aku jumpa di atas dashboard kereta. Segera aku keluarkannya.

Siapa sebenarnya perempuan ni? Aku langsung tak kenal dia. Malah, kenapa rekod panggilan ni diserahkan kepadaku?

Aku melihat nombor pada rekod salinan. Aku rasa.... Aku macam kenal nombor ni.

Aku lantas membuka phone dan mencari nombor yang sepadan dengan nombor yang tertulis pada rekod.

AYAH! NI NOMBOR AYAH!

Ya, ni nombor kedua ayah. Satu untuk kegunaan peribadi, dan satu lagi untuk kegunaan kerja. Dan ini nombor kerja ayah.

Aku melihat tempat pula. Tempatnya adalah di sekitar Ipoh. Tak pelik, sebab ayah memang ada waktu tu.

Terdapat satu nombor yang dibulatkan dengan pen hitam di bahagian nombor penerima. Dan nombor penerima pun berada dalam bandar Ipoh.

.
.
.
.

"Kenapa kau kejam tinggalkan dia, Ian? Kenapa?" Farah, sahabat baik Aisy memukul-mukul bahuku bersama linangan air mata. Tangannya yang terus-terusan memukul bahuku langsung tak terasa sakit kerana pukulannya terlalu lemah.

Aku menggenggam telapak tangan dan membatukan diri. Ya, salah aku! Ni salah aku! Aku menunduk dan mengemam bibir kuat. Air mata yang hampir saja jatuh, aku tahan sekuat hati.

"Kenapa kau buat macam ni?" akhirnya Farah terduduk di kerusi dan menekup muka, menangis.

"Maafkan aku, Farah..." bisikku perlahan. Masih tak berganjak dari berdiri di hadapannya.

"Kenapa kau tinggalkan dia sendirian waktu tu?"

"Aisy tu kawan aku. Aku kenal sangat-sangat dia. Aku kenal dia luar dalam.  Dia takkan buat semua tu. Dia takkan..." air matanya berjatuhan menyimbah ke bumi.

"Kalau aku ada waktu tu... Aku akan bela dia. Kalau aku ada waktu tu... Dia... Takkan mati macam ni..."

Aku mendesah perlahan. Berjuraian air mata membasahi pipiku. Aku berusaha menarik nafas yang seakan tersekat di kerongkong.

Aku tahu, Farah tak mampu hadapi semua ini. Apatah lagi selepas dia melihat jenazah Aisy yang baru dikebumikan tadi. Dia sempat pengsan sekejap waktu ikut memandikan jenazah Aiys sebab terlampau terkejut.

Jenazah Aisy, cuma disaksikan oleh orang-orang terdekat saja. Jenazahnya cuma diletak di ruang tamu rumah apabila siap dikapankan sempurna. Meskipun telah dikapankan, tetap ada bau hangus dari tubuhnya.

"Ian, cuba kau baca apa dia whatapps pada aku ni. Kau baca," Farah menghulurkan handphonenya padaku. Aku menyambutnya.

"Farah, tolong aku. Ambil aku kat pejabat polis Ipoh. Jangan bagitahu mak ayah aku apa-apa. Aku nak kau je datang sini."

"Kau tengok, dia suruh aku amek dia kat balai polis. Tu maknanya memang ada sesuatu terjadi kat dia. Bukan dia curang dekat kau. Tapi mungkin dia betul-betul kena...." Farah menyambung tangisnya kembali.

"Tapi bila aku call dia.. Tanya apa yang berlaku, dia dah off phone. "

"Aku rasa.... Dia kena bunuh. Mungkin masa tu, ada orang culik dia dan bunuh dia. Lepas tu letak mayat dia dalam kereta and bakar kereta tu..." Farah sambung menangis lagi.

Aku duduk di sebelahnya, tepat memandang dia.

"Aku janji, Farah... Aku akan cari siapa yang buat semua ni pada Aisy. Aku tahu, masa tu... Aku silap. Aku silap pada Aisy. Aku tak percayakan dia. Aku tak nak dengar kata-kata dia. Aku janji... Aku akan tebus semua salah aku. Aku akan balas setiap apa yang orang tu buat pada Aisy. Dan.. Kalau aku jumpa dia ... Aku akan bunuh orang tu. Sama macam dia bunuh Aisy," janjiku di hadapan Farah. Farah menatap dalam-dalam anak mataku yang berkaca retak seribu.

Ya, aku janji.... Aku akan buat macam apa yang dia buat pada Aisy!

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now