**1BL - INTRODUCTION

620 35 5
                                    

POV JASMINE

Aku mempercepatkan langkah ke dalam office. Huru-hara di dalam  bilik meeting kedengaran sampai luar kot. Apa ke gila perempuan ni sampai nak terpekik- terlolong dalam office aku. Where her manner?!

Sesampai saja kakiku di dalam meeting room, semua pekerja terus terdiam. Tidak lagi sibuk meredakan kegilaan perempuan gila tu. Cuma tinggal dia sahaja yang terjerit-jerit tanpa berpaling ke belakang menghadap aku.

Dia mencampak fail-fail ke lantai. Habis semua bertaburan! Pasu bunga di atas meja turut sama dilempar ke bawah. Hancur berderai! Sebiji komputer di atas meja turut diangkat dan dihumban ke tanah.

"Auchh!?" dia menjerit kesakitan apabila aku terus menarik rambutnya kasar dari belakang.

Pakk!! Satu tamparan kuat aku hadiahkan khusus pada wajahnya. Perempuan yang tadinya mengamuk sekarang menyeringai kesakitan dan menekup wajahnya yang tertepek bekas tapak tanganku.

"You're bitch!!" tangannya diangkat untuk menamparku kembali. Tapi pantas saja aku memaut tangannya dan menampar ke pipi kiri pula sampaikan dia terjatuh menyembah ke bumi.

Perempuan gila itu tak mampu untuk bangun lagi. Dia terus saja terduduk ke lantai. Mungkin tak mampu nak bangun sebab kepalanya berdengung hasil tamparan siam aku. Ataupun dia takut untuk bangun lagi. Cuma matanya saja masih galak memandang aku.

Tuk...tuk..tuk..

Bunyi ketukan di pintu kedengaran. Membuatkan aku dan semua pekerja memandang ke arah pintu.

Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai sedang bersandar di tepi pintu sambil tersenyum senget ke arahku. Bahu kirinya disandar pada pintu sedangkan tangan kanannya dimasukkan ke kocek seluar dengan lagak steady.

Aku tersengih.

"Setan berjambul!"

🎭🎭🎭🎭🎭🎭🎭

"Suka-suka kau je tampar dia. Dia tu vvip client kita tau. Kalau dia batal kontrak gitu je, we'll lost millions usd in one second," bebel Adam, si setan berjambul. Aku yang sedang menyelak majalah hiburan cuma membiarkan halwa telinga tersebut berlalu bagaikan bayu yang bertiup.

"Kau dengar tak ni? Aku cakap dengan kau, bukan dengan meja," sambungnya, bengang.

"Ye, aku dengar."

"Buat tak tahu je. Pergilah mintak maaf dengan dia balik. Ni boleh sedap-sedap je baca majalah kat sini. Kau tahu, kalau dia sue kau sebab tampar dia, habislah bisnes kita. Hancur taw our goodwill dalam bisnes ni. Tak pasal-pasal, melingkup sampai kiamat tak bangun balik," bebelnya lagi.

Adam yang lagi tadi berdiri dan berjalan mundar-mandir terkejut apabila aku menghempaskan majalah ke meja.

"Kau ni asyik bising ajelah. Kacau konsentrasi aku betul!"

"Konsentrasi kepala atuk kau! Pergi mintak maaf dengan dia cepat! Aku tak kira. Sekarang!"

"No, man. Dahlah dia tiba-tiba datang office buat kecoh kat meeting room. Pastu kata aku ni tergila-gila kat suami dia pulak. Eiii, pleasela. Orang tua tu not my taste, ok."

Aku menggelitik geli ibarat ulat bulu terkena ke kulit. Terbayang wajah Hans Willian yang berambut ikal kekuningan yang mencecah ke bahu. Satu garisan jambang halus yang turut kekuningan tersisir rapi di sisi wajahnya. Ditambah pula dengan hidungnya yang mancung dan seulas bibir tebal yang sentiasa tersenyum. Ianya memang menjadi daya penarik dan memberi aura yang tersendiri.

Lelaki 40-an itu memang jenis mesra alam. Tapi, 'teman tapi mesra' menjadi prinsip hidupnya. Cuma bertukar-tukar dan bermain-main wanita. Bininya tetap sorang. Bininya tetap seorang singa jadian yang terjerit-jerit di dalam office tadi.

Itulah punca utama bininya selalu berubah menjadi singa yag tengah lapar. Jenis kuat cemburu. Tak payah nak tunggu bulan purnama ke, gerhana bulan ke untuk berubah menjadi singa. Pantang dengar kalau suaminya kenal dengan perempuan lain. Mesti diserang perempuan tu. Kalau tak di rumah, di pejabat pun boleh. Bukan sekadar teman tapi mesra suaminya yang menjadi mangsa, rakan sebisnes pun dibabitkan sekali!

"Kau ni degil betullah! Kepala batu besar ada duduk," marah Adam lagi. Aku ketawa dalam hati. Apa punya tatabahasa dia pakai ni.

"Kau ni memang tak supportive betullah. Dahlah dia nak serang aku. Tapi kau buat tak tahu je. Still nak defend kat singa jadian tu."

"Dia nak serang kau? Aku tengok kau je yang bertepuk tampar dengan dia?"

"Iyela, tamparan pertama aku sebab nak suruh dia diam. Tamparan kedua aku sebab dia nak tampar aku balik. Ok what. Aku buat bersebab," aku still nak menang.

"Jezz, susah nak cakap dengan kau ni. Sepatah aku kata, 10 patah kau bidas," Adam mula terduduk layu di sofa dan memicit-micit kepala. Aku pula cuma mengoyak sengihan.

"Alaa... Rilekslah. Nanti bila Hans datang sini, aku jelaskan elok-elok. Jangan risau, aku dengan orang tua tu cenggini ha," aku menunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam erat dan akrab.

"Bini dia dah datang sini, kau masih nak berkawan lagi dengan dia tu?"

"Aku kawan je. Hans dah macam bapak aku kot," balasku semula. Hahaha, walaupun hakikatnya umur Hans jauh lebih muda dari usia abahku.

"Suka hati kaulah. Yang aku tahu, semua ni kena selesai," Adam mula melangkah keluar dari ruangan bilikku.

"Eh, kau nak pergi mana?"

"Tengok hotel," jawabnya pendek. Aku cuma mengangguk sebelum melambai tangan tapi langsung tak dilihat oleh Adam. Kuang asam!

Adam... Atau nama kat ic, Adam Michael. Dia ni memang sejak aku kenal dia, antara kami tak pernah berdamai. Mesti nak gaduh (or... Memang patut aku cari gaduh?). Dia dengan perangai kasar dan selebet dia, aku dengan perangai nak menang. Macam aku cakap dulu, slogan 'Budi Bahasa Budaya Kita' aku dah campak dalam logi dah kalau dengan dia ni. Dengan orang lain? Hehe, aku tetap wanita melayu terakhir.

Cuma satu perkara yang menghubungkan kami, yang membuat aku perlukan dia, dan dia perlukan aku di bumi Berlin ni. Aku tahu rahsia dia, dan dia tahu rahsia aku. Itu je.

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now