33BL** DEGIL JEZZ NI!!

324 20 13
                                    

"Nah, makan!" satu bekas ubat diletakkan di atas meja aku. Empat biji pil itu aku renung sambil mengatup mulut. Mana tahu, pil tu ada kaki lompat masuk dalam mulut aku tak ke naya.

"Buat apa renung? Orang suruh makan ubat, pi renung pil tu ingat boleh baik demam tu," bebel Adam kalah mak nenek.

"Patutlah demam tak kebah-kebah. Rupanya pi buang pil tu. Sebulan duk hospital pun tak baik-baik," sambung Adam lagi sambil memeluk tubuh. Aku menjeling ke arah dia. Kecik besar kecik besar je aku tengok.

"Kau bising-bising macam ni, lagilah bertambah demam aku," bidas aku.

"Dah degil sangat. Ada pulak pegi buang pil dalam tong sampah. Ingat kau budak kecik lagi ke."

Aku mencebik. Rasa nak nangis pun ada jugak bila kena marah macam tu. Makkk....

"Ala... Pil tu pahit. Tak nak yang pahit..." kataku separuh berbisik.

"Dalam dunia ni mana ubat yang manis woi. Telan ajelah!"

Aku merenung lagi pil di atas meja. Tiba-tiba, otak aku terlintas satu idea.

"Adam... Adam..."

"Nak apa?" jawabnya dengan nada dingin.

"Kalau kau bancuhkan pil ni boleh tak?"

"Aku tak boleh telan. Pil ni besar sangat," aku tersengih. Please Adam... Please...

"Iyela. Kejap." Ehhh... Adam dengar cakap aku? Ajaib! Adam mencapai botol air di atas meja dan membancuh pil di dalam sudu. Setelah itu, disuakan semula padaku.

"Nah. Dah bancuh dah."

"Errr... Kalau letak gula sikit boleh tak?"

"Astagfirullah hal azim...." dia meraup mukanya. Pada raut wajahnya, tergambar kekesalan yang mendalam. Aku menggigit jari melihatnya. Sis takuttt. Canner kalau Adam bertukar jadi Hulk.

Ala... Aku bukan nak gedik dekat dia. Tapi aku memang anti dengan ubat. Aku tak pandai makan ubat. Selama hidup ni... Aku susah nak sakit. Tapi bila sakit, susah nak baik. Jadinya aku tak biasa makan ubat.

Bukan aku nak gedik, Adam...

"Kenapalah kau ni dari dulu susah sangat nak makan ubat..." ucapnya perlahan dengan nada penuh kekesalan.

Aku menongkat dagu dengan kedua tangan ke meja, merenung wajahnya. Aku menarik nafas perlahan. "Kenapalah dari dulu aku tengok kau ni hensem sangat..."

Wei... Wei... Tu bukan fakta. Macam aku pernah cakap, tu cuma aku nak mengadu domba...

Dan akhirnya, macam biasa... Adam tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Hai," tiba-tiba Maya masuk ke bilik dengan berjalan malas.

"Maya!!!" aku terus mendepangkan kedua-dua tanganku sambil acah-acah menangis. Wei, lama tak jumpa dia wei. Dia melawat aku sekali je haritu lepas tu terus tak lawat aku. Kuang asam punya kawan!

"Woi!" Tak guna! Dia ignore je tangan aku yang dah 180 darjah depan dia ni ha. Maya terus je duduk di kerusi bersebelahan denganku.

"Aku tak de masa nak peluk-peluk lah. Penat, letih, habis melekat badan aku ni ha," kata Maya. Dia terus tersandar dan memejam mata. Aku menggaru kepala lihat dia kepenatan. Dah kenapa penat sangat ni?

"Mana aiskrim?" tanya Adam.

Maya mendengus lalu membuka tote bagnya dan mengeluarkan sebungkus aiskrim. "Nah!" Sempat dia menjeling geram pada Adam sebelum meletakkan aiskrim dengan kasar di atas meja. Setelah itu, dia sambung menyandar dan memejamkan mata kembali. Aku melihat ke Adam, dia rileks je dengan muka selamba... Macam tak de apa-apa yang berlaku.

"Ni... Makan ubat lepas tu makan aiskrim. Nanti hilang pahit tu," kata Adam sambil membuka penutup aiskrim cornetto flavour red velvet. Ais krim kesukaanku.

Aku terkebil-kebil melihat tingkah-laku Adam dan Maya. Dorang berdua ni gaduh ke apa? Tapi sebelum kena marah lagi teruk, aku telan jugaklah pil tu dan lepas tu, makan aiskrim.

"Maya... Kau ok tak ni?" tegurku.

"Ok? Kau tanya aku ok? Cuba kau tanya boyfriend kau ni, dia ni ok ke tak?" kata Maya sambil menunjuk kepada Adam yang dah duduk di kerusi di sebelah kananku. Aku menoleh melihat Adam. Dia selamba je bukak apps Clash of King.

"Kenapa?" soalku pada Maya lagi.

"Ada ke patut dia suruh aku siapkan semua kertas kerja. Dia suruh aku check semua fail syarikat yang patutnya semua benda-benda tu, kau yang buat. Lepastu, suruh aku arrange tarikh meeting kau, postpone sampai 2 minggu akan datang. Mana yang tak boleh, dia suruh aku awalkan lepas tu dia yang datang semua meeting tu," luah Maya sungguh-sungguh.

"Ha?" ternganga aku dibuatnya. Tiba-tiba macam tak faham pulak bahasa Melayu.

Aku pandang pada Adam pula.

"Kenapa buat macam tu?"

"Kau tu kena banyak rehat. Kau sakit ni pun sebab secretary kau ni tak buat kerjalah. Semua benda kau kena buat," kata Adam selamba. Matanya masih merenung pada skrin handphone.

"Banyaklah kau tak buat kerja! Aku buat semua kerja akulah. Jezz, kau tengok, boyfriend kau ni buli aku. Bagi aku kerja banyak-banyak!" marah Maya pulak dari sebelah kiri.

"Kau buli kawan aku?" soalku.

"Buli apa pulak? Betullah tu. Dia sebagai secretary kau untuk mudahkan kerja kau. Sekarang nilah dia kena buat kerja lebih sikit bila kau tengah sakit."

"La... Sehari dua lagi keluarlah ni. Lepas tu kan aku balik office balik. Nanti aku siapkanlah semua kerja yang terbengkalai tu."

"No. Lepas keluar wad nanti kau cuti seminggu. Aku tak nak kau pengsan macam haritu lagi. Faham?" kata Adam tegas dan matanya membulat memandang aku. Setelah itu, matanya kembali melihat gamenya tu.

"Adam. Biar kerja aku, aku yang siapkan ok?"

"Adam..." Adam terus dalam dunia Clash of Kings dia tu.

"Kau tengok... Dia buat tak dengar je. Dia boleh main Clash Of Kings dia macam tak de apa-apa. Jezz, kau clash jela dengan dia ni. Geram aku!"

"Hahaha. Nak clash apa? Bercinta pun tak," sangkalku lalu ketawa.

Aku ketawa sambil pandang Adam. Adam diam. Lama dia diam. Aku ketawa bagai nak rak pun dia buat tak tahu je. Tiba-tiba dia bangun.

"Eh, Adam. Kau nak pergi mana?"

"Aku ada hal sikit," kata Adam lalu beredar pergi.

Adam.... Kenapa?

**hurmm... Kenapalah rasa macam... Scene Adam lagi banyak dari Adrian? Hahaha

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now