20BL** FALL IN LOVE

297 18 4
                                    

"I Want
I Want
I Want
I Want
I Want You

Muah4x

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida"

Aku menggelengkan kepala berkali-kali. Apa yang aku mampu lakukan.. Hanyalah duduk diam, makan, dan memerhati dari meja makan. Sis try adapt. Sis try...

Maya masih lagi tergelek-gelek sambil menyanyikan lagu I Am Me itu. Di tangan kirinya, dia memegang sudip dan kuali dipegang di tangan kanan. Bersama apron Hello Kitty dan topi ala-ala chef restoran 5 bintangnya, dia sibuk bersilat sambil mencapai bahan di sana-sini. Alkisahnya dulu dia bercita-cita nak jadi chef, tapi mama papanya larang. Katanya, kalau masak, mama pun boleh ajar. Tak payah belajar tinggi-tinggi.

Dan sekarang... Itulah... Chef Maya in da house.

Cuma malamni, dia buang tebiat sikit. Tak pun semalam tercekik putik deghian, tapi panjang umo lagi, tak sempat arwah.

Mana taknya oi, tetiba nak masak ikan patin masak tempoyak! Sanggup pergi Pahang pulak tu tengah hari tadi semata nak beli ikan patin sungai dan drive patah balik sini petang tadi sebelum pukul 5. Aku ingat kenapalah tiba-tiba mintak cuti emergency, rupanya nak pergi Pahang. Dahlah mc tipu. Cett!!

Selamat aku boss dia. Kalau orang lain, dah kena pecat agaknya. Sebagai tanda maaf, tu yang dia beria nak masakkan aku ikan patin tempoyak. Tahulah tu makanan kegemaran aku. Dasar pekerja kaki bodek!

Tapi, selama hidup aku kenal sejenis manusia bernama Maya ni, dia mana makan makanan Melayu. Apatah lagi yang pedas-pedas. Lagi dia tolak. Dia cuma tahu makan spaghetti, lasagna, chicken chop dan seangkatan dengannya. Masakan Melayu bukan selera dia.

Ni angin apa pulak masak ikan patin masak tempoyak? Siap dengan sambal tempoyak yang bapak punya pedas tu. Bukankah itu dinamakan buang tebiat?

"Okay, dah siap!" Maya menghidangkan tempe goreng yang baru siap digoreng tadi. Ulam-ulam pun ada dihidang bersama.

Mata aku bersinar-sinar. Jajan cikedis ditolak ke tepi. Sedapnya oi! Memang selera aku ni.

"Gile hebat! Kau masak semua ni ke?" aku menjerit penuh keghairahan. Ibarat dah 10 tahun terkurung dalam gua, tak jumpa makanan.

"Mestilah! Aku masakkan untuk kau. Cepatlah, rasa!"

"Perghh... Okok, aku rasa," aku mencedok nasi ke dalam pinggan. Setelah itu, aku mencedok ikan ke dalam pinggan.

"Seyes tak tipu, sedap!!" aku menjerit ikhlas sebelum sambung melahap. Maya menepuk tangan gembira.

"Tambah lagi. Tambah," Maya mencedok lagi ikan ke dalam pingganku. Sambal tempoyak dan ulam pun diletakkan sekali ke dalam pingganku.

Aku melihat pinggannya yang kosong.

"Kau tak makan?"

"Hehehe. Takpelah. Makanlah dulu."

Aku mengecilkan mata, memandangnya dengan penuh syak wasangka. Aku dapat bau sesuatu!

Aku syak, dia sebenarnya tak nak makan pun tempoyak ni. Tapi dia masak ni untuk aku😳😳😳

Ohhh... Mungkinkah kerana aku kawan dunia akhiratnya? (ehem...ehem..) sebabtu dia sanggup bersusah payah untuk aku? (lap air mata)

Dia sanggup pergi Pahang semata nak carikan aku ikan patin. Dia sanggup redah hujan panas, ribut taufan, gunung berapi semata-mata untuk aku. Lepastu balik dari Pahang, dia sanggup masakkan untuk aku. Dan aku pulak mengumpat dia dalam hati lepas aku balik dari kerja, tengok dia tengah siang ikan. Sobsob. Jahatnya aku! Aku insaf!

Ya Tuhan, ampuni aku!😭😭😭😭

Boleh tak aku nak menangis sekarang?

"La... Kau tak makan ke? Eh, spaghetti semalam ada lagi kat peti sejuk, kan? Kau nak aku panaskan kuah tak?" ucapku penuh prihatin. Ya, mulai hari ini aku menyimpan azam. Aku bercita-cita lepasni aku pun nak prihatin macam dia jugak.

"Tak payah lah. Kau makan jelah," katanya sambil mencedok kuah tempoyak ke pingganku.

Oh...air mata. Sikit lagi nak mengalir air mata aku.

"Kau kenapa tengok aku macam tu? Seram tahu tak!" tangannya dipeluk ke tubuh dan Maya menjerit nyaring. Dia memandang aku penuh ketakutan.

What??! Aku tak buat aku apa-apa pun!

"Kau dah kenapa?"

"Pandangan kau... Macam perogol bersiri."

"Choyy! Kau ingat aku apa? Aku baru nak turn on mood terharu sebab kau sanggup masakkan semua ni untuk aku."

"Hehehe. Iyeke?"

"Spoil moodlah kau ni."

Aku sambung makan. Hurmm... Aku tarik balik perasaan terharu aku tu.

"Jeeezzz.... kau nak tahu sesuatu tak?" katanya meleret-leret. Hujung apron yang melekap lagi ditubuhnya dipintal-pintal penuh mengada.

Ok, ni rare punya mood ni. Apesal aku rasa insecure?

"Apa dia?"

"Aku kan..." dia terhenti seketika.

"Aku kenapa?"

"Aku.... Aku...." hujung apron masih dipintal-pintal. Bahunya dikepit-kepit dan tersengih-sengih malu.

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Kot-kot ada senduk ke kuali ke belanga ke, boleh aku buat ketuk kepala dia ni.

Mengada semacam...

"Kau dah kenapa? Demam? Ke tersampuk hantu sungai masa cari ikan patin?"

"Choyy!! Hantu-hantu jangan main arr. Ni malam jumaat tahu?"

Aku tersengih. Tahu takut!

"Aku... Jatuh cinta."

🐝🐝🐝🐝🐝🐝

Yahoooo!!!! Sis dah habis final exam!!!!!💃💃💃💃💃💃 ekceli dah habis dari minggu lepas lagi. Tapi lepas balik rumah, bayar topup tido, topup makan, topup layan drama Korea, topup memasak... Tu yang lambat update. Hua, hua, hua.

Doa-doalah saya boleh update selalu. Bukan apa, duk rumah ni makin busy sebenarnya.

Busy apa?

Busy jadi seorang penganggur. Hahaha

Anyway, kepada sesiapa yang memerlukan seorang pekerja yang berwawasan tinggi, rajin, dan berhemah serta berpandangan jauh ke hadapan, bolelah beritahu saya ye. Sebab saya memang tengah menganggur ni.

Mak suruh tanam ubi keledek belakang rumah sebab tak de kerja nak buat. Tapi.... Tapiiiii

Huwaaaa... Tak nak hitam!!! Susah oi nak putihkan balik nanti😭😭😭😭😭 (collagen mane collagen)

Oklah, tu je nak beritahu. Bye!!

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now