**6BL- PERTEMUAN DENGAN TETAMU DARI BERLIN.

408 25 0
                                    


Love is not what the mind thinks but what the heart feels - Greg Evans.

.......

"Encik Adrian, tetamu dari Berlin tu dah ada kat bilik encik. Baru je tadi saya suruh dia masuk," kata Vivian, secretary aku. Aku cuma mengangguk dan bergerak ke ruangan bilik.

Tak sangka pulak dia sampai 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Mahu berlari jugak aku dari tempat parking ke office.

Apabila aku membuka pintu, terlihat seorang wanita yang sedang duduk di sofa membelakangiku. Dia sedang membaca majalah.

Aku ingatkan yang akan berjumpa denganku ialah wanita Berlin yang seksi dan berambut blonde panjang mengurai. Tapi sangkaanku meleset.

Di hadapanku, ialah seorang wanita yang bertudung litup, cuma pakaiannya nampak formal, sesuai dengan pakaian pejabat.

Aku mula mendekatinya dari belakang. Tiba-tiba, aku ternampak cincin pada tangannya. Dadaku berdegup kencang. Cincin tu....

"Aisy..."

Dia menoleh ke belakang dengan sebuah senyuman.

"Hai, assalamualaikum," sapa wanita Berlin itu. Wajahnya... Dia bukan Aisy. Tapi suara tu...

"Hey, are you there?" katanya lagi. Tangannya melambai-lambai di hadapan mukaku, mengejutkan aku dari lamunan.

"Oh... Sorry. Waalaikumussalam," jawabku. Aku berusaha mengoyak senyuman.

"Kenapa you macam terkejut tadi? Muka I ada macam hantu ke?" katanya, melawak. Aku ketawa kecil.

"Hahaha, taklah. I teringat seseorang tadi. I ingat you ni dia. Eh, you boleh cakap Melayu?" baru aku terperasan, dia cakap bahasa Melayu dengan aku.

"Mestilah. My mom is Malay. Cuma I tinggal kat sana," ucapnya lagi sambil tersenyum.

Senyumannya... Sama macam senyuman Aisy.

"Ohh, sebelum lupa. I Adrian," ucapku memperkenalkan diri.

"I Jasmine. Jasmine Loh," jawabnya.

"Sorrylah sebab lambat tadi, jalan jam sikit. Silakan duduk," kataku lagi seraya duduk berhadapan dengannya. Dia cuma tersenyum dan mengangguk.

Tingkahnya santun, sama macam Aisy. Dia sentiasa tersenyum, sama macam Aisy. Suaranya pun, sama macam Aisy. Dan cincin di tangannya tu, sama macam cincin pertunangan Aisy!

Kenapa diri dia aku rasa terlalu sama dengan Aisy?

"Let me guess, Aisy is your girlfriend right? Sebab tu you teringat-ingat. Sampai I pun you ingatkan dia tadi," katanya ramah. Aku tersenyum mendengarnya.

"Yup, she's my girlfriend, fiance and my soulmate," ucapku yakin. Dia terjeda seketika sebelum tersenyum kembali.

"Wow... How so lucky she get someone like you!"

"Nope. Dia malang sebab dapat orang macam I," jawabku sambil tersenyum hambar.

"Owh... Ok...." wanita Berlin mula nampak kekok.

Aku baru terperasan yang aku sedang bercakap soal personal dengannya.

"Owhh... Sorry. I just kidding. I tak patut cakap personal macam ni dengan you," kataku. Kenapa aku ni, boleh tiba-tiba je cakap macam ni dekat dia, orang yang baru aku jumpa tak sampai seminit.

"Hahaha, it's okay. You know what, I ni bukan je client yang bagus, tapi I jugak pendengar dan kawan yang baik. You'll see," katanya ramah. Aku tersenyum.

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now