40BL** HANNAH HANNISA

311 15 5
                                    

POV ADRIAN

Selepas sahaja mandi, aku terus mendaratkan tubuh ke katil. Hurmmm... Rasa segar sangat! Rasa bahagia sangat!

Terbayang wajah Jasmine yang comot  dengan sos di tepi bibirnya tu. Aku ketawa sendiri. Dia memang suka sos banjir. Tapi tulah, makan tak ingat dunia! Habis comot sana sini!

Perangai yang tak pernah berubah sejak dulu.

Aku mencapai handphone dan membuka aplikasi Whatapps.

Adrian:
2.45 a.m,
Dah tidur?

Lama aku tunggu. Sampai 5 minit, Jasmine masih tak balas-balas Whatapps aku. Hurmm... Dah tidurlah tu.

Aku meletakkan semula handphone di  tepi bantal. Sempat aku set alarm untuk bangun pagi esok.

Tiba-tiba handphoneku bergetar. Aku tersenyum. Mesti Jasmine. Eh, tak tidur lagi dia ni?

Karim:
2.50 a.m,
Maaf tuan, kacau tuan malam-malam buta ni. Tapi sebab tuan nak benda ni cepat, saya hantar malam ni jugak.

Ni biodata tentang perempuan yang tuan suruh saya cari tu.

Aku membuka satu file yang dihantar kepada aku. Tertera gambar wanita itu bersama biodata mengenai dirinya. Namanya, tempat tinggal, asal, pekerjaan.

Nama: Hannah Hannisa binti Abdul Rahman.
Tarikh lahir: 20 April 1988.
Asal: Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pernah menjadi setiausaha Syarikat Sedia Maju sebelum berpindah.

"Syarikat Sedia Maju?"

Keterangan: Telah berpindah ke Australia sejak 7 tahun lepas. Tapi sampai sekarang, tiada apa-apa rekod tentangnya ditemui. Beliau diklasifikasikan sebagai orang hilang.

"Hilang?"

Aku melihat ke bawah lagi.

Tertulis tarikh di mana dia keluar dari Malaysia dan waktu bila dia sampai di Australia.

Ok, kalau dia ni memang hilang kat Australia, kenapa gambar dia dikirim pada aku berserta dengan log panggilan telefon ayah? Apa kaitan dia dengan ayah?

Dan kenapa ayah tiba-tiba sakit jantung bila dapat sampul surat yang sama macam aku dapat?

Ya, aku jumpa sampul surat yang sama di atas meja ayah masa aku pergi office dia petang tadi. Gambar wanita yang sama. Log panggilan yang sama.

Aku membalas Whatapps Karim sebentar tadi.

Adrian:
2.56 a.m.
Siasat apa sebenarnya kaitan perempuan tu dengan ayah saya.

Tolong siasat log panggilan keluar masuk perempuan tu dan di mana lokasi dia.

Hatiku rasa tak sedap. Apa sebenarnya niat orang yang hantar kiriman ni? Nak ugut keluarga aku? Atau ada benda yang dia nak beritahu kami?

Atau... Dia saja nak porak-perandakan keluarga aku?

🐝🐝🐝🐝🐝🐝


"Morning, bonda," tegurku pada bonda yang sedang mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Aku melabuhkan punggung di hadapan bonda dan briefcase aku letak di kerusi sebelah.

"Morning. Ian nak nasi goreng? Bonda cedokkan?"

"Tak pelah. Ian breakfast roti dengan juice je," tolak aku perlahan.

"Ian petang nanti pergi jenguk ayah tak?"

"Hurmm." aku menelan juice yang baru aku teguk. " Waktu lunch nanti Ian datanglah. Ni mama siap-siap nak pergi hospital ke? Nak Ian hantar tak?"

"Tak pe. Lagipun Fiona nak datang ni. Nanti Fiona yang temankan bonda."

"Dia datang sini ke?" terberhenti sekejap aku nak menyapu jem pada roti.

"Haah. On the way kot."

Ahh....malasnya aku nak menghadap dia ni. Mesti tak habis-habis nak membebel nanti! Cakap itulah, cakap inilah. Tak puas hati itulah, tak puas hati inilah.

"Eh, Ian balik semalam pukul berapa? Bonda tak sedar pulak bila Ian balik."

"Lewat sikit semalam. Hehe, Ian pergi jumpa kawan," aku menggaru kepala yang tak datang.

"Kawan mana pulak? Jarang-jarang balik lambat ni."

"Alaaa... Kawan... Kawan bisnes. Saja.. Lepak dengan dia."

"Ouh. Ha iyelah. Baguslah kalau Ian keluar, jalan-jalan. Jangan nak hadap kerja je. Stress nanti, lagi bahaya. Tapi jangan sampai lewat malam. Risau bonda," ucap bonda perlahan. Aku cuma mengoyak sengihan.

Haha, bonda memang selalu macam ni. Bagi bonda, anak-anak dia ni masih kecil lagi. Masih sekolah menengah.

Hahaha.

Ting tong.

"Liza, tolong bukakkan pintu tu, ada orang tekan loceng," laung bonda pada Kak Liza yang sedang mengemas di dapur.

"Baik Datin."

Aku terus cepat-cepat menghabiskan suapan roti yang terakhir. Dah tahu sangatlah siapa yang datang tu.

"Bondaa!!!"

"Heyy, Fiona!"

Fiona dan bonda berpelukan sebentar. Aku cuma mengendahkan sahaja adegan bertanya khabar, bergurau- senda dan saling ketawa itu.

Setelah mengelap bibir dengan tisu, aku terus mengambil briefcase untuk ke pejabat.

"Eh, sayang dah nak pergi kerja ke?" soal Fiona yang tiba-tiba berlari ke hadapanku.

"Haah."

"Eh, nantilah. I nak breakfast dengan you dulu. You teman I makan sekejap takkan tak boleh?" tangannya memaut lenganku. Perlahan, aku menarik lenganku dari pautannya.

"I dah lambat, I kena pergi dulu."

"Alaaa... Sekejap je. Lagipun I dengan bonda nak pergi lawat ayah nanti. You hantar, ok?" Fiona membuat muka manjanya di hadapanku. Tanganku masih lagi dipautnya kemas.

Aku mengeluh nafas perlahan. Sesakkk.

"Fiona, you datang sini naik apa?" soalku lembut.

"Kereta," dia menjawab dengan ceria.

"And you boleh pergi hospital naik kereta jugak, kan? Tak de masalah, kan?" aku terus melepaskan tangannya yang memaut lenganku dan hendak berjalan keluar.

"Alaaa..." Fiona menarik lagi tanganku.

"Kalau you malas nak drive, suruh Pak Mail yang drivekan untuk you. Sorry, I bukan your driver," ucapku lantas pergi meninggalkan Fiona yang tengah tergedik di situ.

"Alaaa... Sayaaaaangggg... Bondaaaa... Tengok tuuuu."

Oh, God! Menyampahnya aku dengar rengekan tu! Aku terus menutup pintu rumah dan terus ke kereta.

Makin lama aku dengan Fiona tu, makin nak gila rasanya!

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now