22BL** MERAJUK

270 13 2
                                    

Aku menyuap mee goreng mamak ke dalam mulut. Uhhh... Sedapnya! Dahlah panas-panas. Sedap pulak tu! Nikmat manakah yang kau hendak dustakan wahai Jasmine.

Sekurang-kurangnya, terubatlah sikit hati dan perasaan aku yang tengah bercelaru sekarang ni. Abang Ian nak tunang dah wei! Dah nak tunang! Mana aku tak bercelarunya.

Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Hati aku sakit sangat-sangat- sangat.

Tapi, hakikatnya, siapa aku pada Abang Ian sekarang? Aku bukan lagi 'Aisy'nya. Aku cuma Jasmine, business partner dia je.

Haihhh....

Bunyi ringtone lagu Beautiful berbunyi. Aku melihat skrin phone.

Adam.

Ni lagi sorang hamba Allah yang menyakitkan hati.

"Arghh!"

Aku membalikkan skrin phone ke meja dan sambung makan. Aku call dia pagi semalam. Malam ni baru nak call balik?

Lantaklah kau nak berbunyi ke apa. Tak nak jawab!

It’s a beautiful life
Beautiful day
Neoui gieogeseo naega saltende
Beautiful life
Beautiful day
Nae gyeoteseo meomulleojwo

Beautiful my love
Beautiful your heart
It’s a beautiful life
It’s a beautiful life

"Eiii, bisingnya phone ni!"

"Engko dah kenapa?" soal Maya senada.

"Tak de apa-apalah!"

"Eh, marah kita lak," gumamnya sendiri. Dia sempat berkumat-kamit tanda membebel sendiri.

It’s a beautiful life
Beautiful day
Neoui gieogeseo naega saltende
Beautiful life
Beautiful day
Nae gyeoteseo meomulleojwo

Beautiful my love
Beautiful your heart
It’s a beautiful life
It’s a beautiful life

Sekali lagi phone berbunyi. Dua kali .... tiga kali.... empat kali...

"Engko nak apa?!"

"Woi, asal jerit ni? Sakit gegendang telinga akulah!"

"Eiiii. Jangan kacau akulah. Aku sibuk!" aku terus meletakkan phone dan sambung makan.

"Sibuk? Ni boleh dikatakan sibuk ke?" Maya mencelah.

"Sibuklah ni. Nak suap, nak kunyah. Sibuk!"

"Erghhh... Tak faham aku budak dua ekor ni. Gaduhlah tu. Sorang kat utara, sorang kat selatan pun nak gaduh. Sekali aku kahwinkan kang..."

"Eiii... Tak hinginla aku nak kahwin dengan mamat selenga macam dia tu."

"Eleh.... Selenga tu jugak yang kau sayang."

"Eh sorry okay. Aku cuma kawan je dengan dia. No lovey-dovey. Yuckksss!!" aku buat reaksi nak muntah.

It’s a beautiful life
Beautiful day
Neoui gieogeseo naega saltende
Beautiful life
Beautiful day
Nae gyeoteseo meomulleojwo

Beautiful my love
Beautiful your heart
It’s a beautiful life
It’s a beautiful life

"K, benda alah tu dah dekat 20 kali bunyi. Kalau beliau bunyi lagi, jangan tanya kalau aku campak beliau dekat longkang besar depan tu," ugut Maya.

K... Ni tak boleh buat main. Kalau betul dia campak iphone 7plus aku, mohon menangis seminggu, tiga hari tiga malam kenduri arwah.

Maya ni bukan boleh buat main-main. Nekad dia lain macam sikit.

"Hello."

"Ha... Angkat pun. Kau dah kenapa ni? Tiba-tiba je marah-marah? Datang bulan eh? Ni mesti hari pertama, tak pun kedua," soal Adam selamba. Ya ampun... Soalan dia. Bersabarlah aku dapat kawan macam dia ni.

"Tak lah. Aku tengah gerhana matahari ni. Lepas tu puting beliung pulak datang."

"Hurmm... Kenapa ni?"

"Apa? Tak ada apa-apalah."

"Angin tiba-tiba ni?"

"Mana ada aku angin. Aku cool apa."

Terdengar Adam mengeluh panjang.

"Ok, sorry ok. Semalam masa kau call, aku tak perasan mana aku letak phone. Rupanya..."

"Rupanya kat rumah Raina. Kan?" tiba-tiba aku menyinga kembali.

"Errr... Mana kau tahu?"

"Aku tahulah. Raina yang jawab!"

"Oooo...."

"Dahlah. Aku sibuk ni. Bye!" aku menutup phone kasar.

Makan lagi baik! Daripada melayan si mangkuk ni.

Sekali lagi phone ku berbunyi. Dua kali... Tiga kali... Maya cuma menggelengkan kepala je melihat aku.

Kali ini phone Maya pulak yang berbunyi. Dia lantas menjawab phone miliknya.

"Hello... Ha... Ade ni... Ha kejap."

"Nah," Maya menghulurkan phonenya kepadaku.

"Siapa?"

"Mamat selenga kau lah," matanya digulingkan ke atas.

"Cakap je aku tak de."

"Angkat ajela. Hishhh... Berhantula kau ni. Masuk saka ke apa?" marah Maya pulak pada aku sebelum sambung menyuap roti canai miliknya.

Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan dan terus mengambil phone di atas meja. Cool... Cool...

Kipas mana kipas?

"Ye... Nak apa?"

"Kau kenapa angin tiba-tiba? Ha? Aku buat salah apa-apa ke?" soal Adam tenang.

"Mana ada. Aku tak cakap apa-apa pun!"

"Ya, aku tertinggal phone kat rumah Raina sebab aku ada hantar file kat rumah dia. Lepas tu dia ajak aku masuk rumah dia kejap, minum air. Lepas tu bincang-bincang sikit. Tu je," jelas Adam di talian.

"Suka hati kaulah..."

"Aku tak ingat langsung mana aku letak phone. Aku ingat hilang. Bila Raina datang office bagi phone aku balik, baru aku tahu yang aku tertinggal phone kat rumah dia."

"Aku tak de tanya pun kan?"

"Eleh... Aku tahu kau jeles dengan aku, kan? Jangan risau, sayang. Aku setia tunggu kau kat sini. Hahaha..." Adam ketawa gila. Sakai mamat ni.

"Oh, God. Sila tampar muka sendiri sekarang," ucapku lantas matikan panggilan.

Hurmm.... Hantar file je, kan?

Ok.

BLOSSOM LOVEWhere stories live. Discover now