Satu.

236 32 83
                                    

Awam hitam bergulung-gulung

Mengabarkan berita pahit

Aku harus gimana pada cintaku

© Syurga Yang Kurindukan

°°°

"Dengar cakap mama! Mama nak Seojun kahwin dengan Jihyo," Mama mula meninggikan suara. Aku tersentak.

Hampir saja air mata aku gugur mendengar kata-kata mama.

Seojun...kahwin dengan Jihyo?

"Apa ni ma? Kahwin dengan Jihyo?" Tanya Seojun tidak faham. Aku tahu dia sudah menganggap Jihyo seperti kakaknya sendiri. Dia langsung tiada hati pada wanita itu.

"Ya, mama tahu Jihyo dapat jaga kamu dengan baik. Jaga makan dan pakai kamu. Bukan macam perempuan tu!" terus mama menghalakan jarinya ke arahku.

Aku menundukkan kepala. Tidak mahu mama perasan riak wajah aku. Jujur, aku rasa nak menangis.

"Ma! Apa ma cakap ni? Hyo Joo isteri Seojun. Satu-satunya wanita yang Jun cinta," jelas Seojun. Aku dapat rasa dia sedang menahan dirinya daripada marah.

Aku lihat mama tersenyum sinis. Aku tahu mama memang daripada dulu lagi tak sukakan aku memandangkan aku ni bukan anak orang berada.

Aku tinggal dengan makcik sejak ibubapa aku meninggal dunia ketika aku berusia lapan tahun. Aku bernasib baik sebab makcik sentiasa menjaga makan dan pakaiku seperti anak sendiri.

Kini, sudah empat tahun aku mendirikan rumah tangga dengan Seojun dan kami dikurniakan seorang puteri, Jung Min yang baru berusia tiga tahun.

Aku sangka mama akan dapat menerima aku selepas kelahiran Jung Min namun jangkaan aku meleset. Dia masih tidak merestui perkahwinan kami

Malah, dia semakin membenci aku. Jung Min juga dibencinya.

Apa salah aku? Salahkah Seo Jun mencintai aku?

"Heh. Fikir lah Jun. Dia cacat. Makan pakai dia Jun yang jaga sedangkan patutnya tu tanggungjawab dia kepada Jun," tambah mama lagi.

"Dia mampu buat apa je?? Duduk macam ma'am besar," ujar mama sinis sambil menjeling kepadaku.

Hati aku sekali lagi terguris mendengar kata-kata mama. Air mata yang aku tahan menitis juga.

Ya, aku cacat. Aku menghidap strok pada bahagian bawah badan sejak beberapa bulan yang lalu selepas terlibat dalam kemalangan kereta.

Sungguh, aku rasa down sangat. Tapi Seojun selalu bagi aku semangat. Dia tak nak aku lemah. Lebih-lebih lagi di depan Jung Min.

Berkat semangat yang Seojun beri, aku dah semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan aku. Aku tak nak susahkan dia membuat segalanya untuk aku dan Jung Min.

Aku isteri dia. Aku patut laksanakan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku pun ada ego aku sendiri.

"Mama! Look, Jun pun tak mahu kurang ajar dengan mama but please ma, tolonglah faham. Jun tak ada hati kat Ji noona. Jun anggap dia sebagai kakak je, tak lebih and Hyo is my life. I wont leave her. I don't know if i could survive without her or not. Dahlah, Jun penat lah ma. Jun nak masuk tidur dulu. I'm sorry,"

Sejurus itu, Seojun melangkah ke arah aku. Aku sempat bertentangan mata dengan mama yang menjeling tidak puas hati.

"Sayang, it's okay, abaikan je apa yang mama cakap ya? You know that i love you and Jung Min right? Saya takkan tinggalkan awak. Awak sempurna di mata saya," Sempat Seojun berbisik di telingaku sebelum menolak kerusi roda yanh aku duduki ke arah bilik tidur kami.

Aku mengangguk dan tersenyum tawar.

"Saya tahu," aku menyentuh tangan Seojun. Aku tahu dia cuma hendak menyedapkan hati aku yang terluka dek kata-kata yang keluar dari bibir mama.

Seojun, saya tahu saya tak  sempurna untuk awak dan Jung Min.

Maafkan saya.


🍃🍃🍃

Hi guys, so how's this first chapter?? Ok tak? Ke tak okay? 😂

This gonna be short but hope you guys will like it :)

Thanks for reading! 😆💞

Feedback anda amat dihargai ✨

[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔Where stories live. Discover now