Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis
Ku mahu denganmu
©Syurga yang kurindukan
°°°"Awak, kalau saya dah tak ada suatu hari nanti kan, boleh tak awak janji sesuatu dengan saya?" aku yang mendengar kata-kata Hyo Joo terus menutup buku yang aku baca.
Apa dia cakap ni?
"Kenapa ni? Saya tak suka lah awak cakap pasal tu," ujarku. Hyo Joo tertawa kecil. Aku tak buat lawak pun dia gelak haih.
"Tak ada apa. Saya cakap je. Kan ajal dan maut tu di tangan tuhan. Bila-bila masa je nyawa saya boleh ditarik," jawabnya tenang sambil menguntum senyuman nipis.
"Ya, saya tahu. Tapi saya tak suka. Awak cakap macam ni macam..macam awak nak pergi daripada saya," balas aku. Pipi mulus Hyo Joo aku usap.
Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa Hyo Joo dan aku tak mahu bayangkan.
"Awak tak jawab pun soalan saya tadi," Hyo Joo memuncungkan bibirnya. Alahai merajuk lah tu.
"Pasal janji tu? Awak nak saya janji apa?" soal aku semula. Keningku dijongketkan. Tertanya-tanya tentang apa yang Hyo Joo mahu aku janjikan.
"Cakaplah dulu boleh ke tidak," balas Hyo Joo yang masih dalam nada rajuk.
"Em depends laaa," gurauku. Sengaja nak buat Hyo Joo marah.
Dia tiba-tiba mencubit lengan aku. Haa tulah kan dah kena. Buat lagi.
"Saya cakap betul-betul ni awak janganlah main-main pula,"
"Yelah tuan puteri. Patik akan cuba untuk berjanji jika apa yang tuan puteri mahukan itu relevan," balasku sambil membuat lagak seperti seorang rakyat zaman dahulu.
Hyo Joo kembali senyum. Tiada lagi mulut itik. Haa ok dahlah tu. Nasib baik. Kalau tak, puas juga aku nak pujuk dia ni.
"Janji dengan saya yang awak akan cari pengganti saya, please?" Dia menyentuh jari jemariku dah meletakkannya di atas pehanya.
Aku senyap tidak membalas. Sukar untuk aku berjanji kalau itulah halnya. Aku tak rasa aku mampu mencintai wanita lain seperti mana aku mencintai Hyo Joo.
"Awak, please? Saya nak makan pakai awak dan Jung Min terjaga. Jung Min mesti perlukan kasih sayang seorang ibu nanti," tambah Hyo Joo lagi.
Entah kenapa, aku macam dapat dengar getaran dalam suara dia. Seperti dia menyimpan sesuatu daripada aku tapi aku tak tahu apa dia.
"Saya tak boleh janji saya akan jumpa. Tapi saya janji saya akan cuba cari," aku tersenyum nipis kepada Hyo Joo. Hanya untuk menyedapkan hati Hyo Joo kalau itulah ayat yang dia mahu dengar dari bibirku.
"Tak, yang awak serius sangat ni kenapa ni? Saya tahu ajal tu semua tak tentu bila but please, jangan cakap macam ni dah? Awak buat saya susah hati," jelasku jujur. Aku mendekatkan diri dengan Hyo Joo lalu mengucup ubun-ubunnya.
Dia mengangguk perlahan kemudian memelukku. Kenapa Hyo Joo lain macam malam ni? Ah, aku rasa tak sedap hati!
"Sayang, are you okay?" aku memegang kedua pipi Hyo Joo yang memandangku.
"Ok je. Apa pula tak okay," Hyo Joo tergelak kecil. Tangan aku dialihkan dari pipinya.
"Dahlah awak sambung lah baca. Sorry kacau," ujar Hyo Joo sambil merapatkan kedua belah tangan tanda meminta maaf.
"Kalau tak nak maafkan macam mana?" usikku sambil mengusap-usap daguku yang tidak berjanggut ni.
Pap!!
Hyo Joo terus menampar lenganku. Apa salahkuuuu ಥ_ಥ
"Kalau tak maafkan, itulah yang awak akan dapat," balasnya lalu menjelirkan lidah. Oh dah pandai sekarang ya.
"Tapi awak dah pukul sebelum saya bagitahu lagi. Tak acii," rengekku seperti budak kecil. Acah nak jadi Min. Jung Min pun tak segedik aku.
"Oh yekee? Maaf tak sengaja," ucap Hyo Joo sambil menjelirkan lidahnya lagi. Macam budak-budak pulak.
"Tak ikhlas! Ni denda," jawabku lalu terus menggeletek Hyo Joo. Dia terkekek-kekek ketawa menahan geli terutamanya di bahagian pinggang.
Beberapa minit kemudian, kami akhirnya berhenti setelah penat ketawa. Aku memerhatikan wajah Hyo Joo yang merah kerana ketawa terlalu banyak.
Comel.
Aku,
Tak nak janji.
Aku tak mungkin dapat jumpa orang yang boleh menggantikan Hyo Joo.
Tak mungkin.
°°°
Thanks for reading 😆💕
Vote/comment anda sangat dihargai ✨
YOU ARE READING
[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔
Truyện Ngắn"Walaupun kita tak bersama lagi kenanglah aku, cinta," > Cinta itu suci. Demi Cinta, Hyo Joo sanggup menanggung semuanya sendiri. Demi cintanya pada satu-satunya lelaki yang dicintai. Kasih seorang isteri yang terlalu menyanyangi si suami. Kasih se...