Empat

108 24 15
                                    

Satu hari pasti nanti

Ku akan memahami

Namun cinta tak akan mati...

©Dirgahayu

°°°

"Hyo macam mana? Sihat?" Soal Jihyo kepada Hyo Joo. Pagi itu, dia sengaja datang untuk melawat keluarga Park. Telah lama dia tidak berjumpa dengan Seojun dan Hyo Joo serta Puan Park.

"Macam ni lah unnie. Tapi Hyo dah makin dapat sesuaikan diri," balas Hyo Joo lalu memberikan senyuman nipis.

"Baguslah macam tu. Hyo kena kuat ya, untuk Seojun dan Jung min?" Jihyo menyentuh lembut jari-jemari Hyo Joo.

Sungguh, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Hyo Joo. Dia sendiri telah menganggap Hyo Joo seperti adik perempuannya.

"Ya unnie. Tapi mama makin tak suka dekat Hyo. Yelah Hyo dah cacat kan lagilah dia benci. Malu nak mengaku ada menantu macam Hyo," Hyo Joo menundukkan kepalanya.

Setiap kali dia memikirkan perkara tersebut, hatinya bagai dihiris. Da Hee dan Jihyo lah menjadi tempat dia mengadu.

Jihyo mengenggam tangan Hyo Joo lebih erat. Sebagai wanita, dia turut dapat merasai keperitan yang ditanggung Hyo Joo.

Namun, apa yang dia mampu lakukan?

"Dah, jangan nangis. I know you're a strong wife and mummy," Air mata Hyo Joo diseka Jihyo. Bimbang jika dia pula yang mengalirkan air mata nanti.

Hyo Joo mengangguk perlahan. Kepalanya diangkat semula. "Gomawo unnie," Hyo Joo tersenyum tawar. Air matanya dikesat lagi.

Jihyo unnie memang baik. Terlalu baik. Seojun and Jung Min mesti bahagia kalau dia dapat ganti tempat aku. Desis hati kecil Hyo Joo.

Memiliki wajah yang cantik, senyuman yang menawan dan perwatakan yang baik, siapa je tidak mahu menjadikan Jihyo sebagai menantu?

"Yang Hyo tenung unnie macam tu kenapa? Ada benda pelik ke dekat muka unnie?" Tanya Jihyo pelik sambil menyentuh mukanya sendiri.

Kutlah dia termake up pelik hari ni.

"Ani. Unnie cantik macam selalu," puji Hyo Joo ikhlas. Senyuman manis dihadiahkan kepada wanita di hadapannya itu.

"Ish, ada-ada je Hyo ni. Kalau unnie ni cantik, kenapa jodoh unnie tak sampai lagi?" ujar Jihyo. Bibirnya dimuncungkan. Penat menunggu jodoh barangkali.

"Takpa, tak lama lagi akan ada. Percayalah cakap Hyo," balas Hyo Joo dengan yakin.

"Yelah tu. Dengan siapalah tu agaknya," Jihyo tertawa kecil. Ada-ada je Hyo Joo ni. Macam tukang tilik pulak.

"Seojun ada," jawab Hyo Joo tenang dengan senyuman di bibir.

Tawa Jihyo terhenti. Apa Hyo Joo merepek pagi-pagi ni? Takkan lah dia mahu berkahwin dengan Seojun?

Gila.

"Hyo, tak lawak okay," ujar Jihyo serius. Wajah polos Hyo Joo ditatap pelik. Tak pernah-pernah ada orang nak bagi suami sendiri dekat orang lain.

Kalau pun Hyo Joo mahu memberi Seojun kepadanya, tak mungkin dia terima!

"Betul Hyo cakap. Nanti unnie akan tahu juga apa yang Hyo maksudkan," kata Hyo Joo lagi. Masih lagi mahu bermain teka-teki.

Jihyo mengetap bibir.Apa yang Hyo Joo cuba sampaikan? Hyo Joo ada sorokkan sesuatu ke? Bermacam soalan bermain di benak fikirannya.

"Hyo, apa--"

"Borak apa tu? Tak ajak pun," tidak sempat Jihyo menghabiskan kata-katanya, Seojun pula datang entah dari mana.

Hyo Joo dan Jihyo menoleh ke arahnya serentak.

"Woo woo, asal aura kat sini lain macam ni?" Ujar Seojun yang perasan tentang riak wajah Hyo Joo dan Jihyo yang agak...pelik? Dia menggosok-gosok tengkuknya.

"Tak ada apalah. Min tidur lagi?" tanya Hyo Joo. Sengaja mengubah topik. Tidak mahu Seojun mengesyaki apa-apa.

"Haah, tidur lagi. Eh noona dah sarapan ke belum?" soal Seojun. Jam di dinding dikerling sekilas.

"Belum. Tunggu Jun lah lembab sangat kenapa," gurau Jihyo. Lengan Seojun dicubitnya. Padan muka.

"Jun juga kena. Kalau macam tu, jom lah sarapan," Seojun menggosok-gosok lengannya yang dicubit itu. Mesti merah.

"Haah. Jom unnie," pelawa Hyo Joo. Jihyo mengangguk lalu bangun dari tempat duduknya. Dia menolak kerusi roda Hyo Joo walaupun Hyo Joo berkeras mahu bergerak sendiri.

Hyo Joo hanya mendengar Seojun dan Jihyo yang berbual dan bergelak ketawa. Bibirnya terukir segaris senyuman.

'Unnie, Hyo tahu unnie boleh gantikan tempat Hyo dalam hati Seojun nanti,'

'Hyo pasti,'

°°°

Thanks for reading 😆💞

Maaf jika ianya tak best  Im tryinggg ;__;

Feedback anda amat dihargai ✨

[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔Where stories live. Discover now