Tigabelas

105 15 10
                                    

"No you dont--"

"Yea, i do. Please, gantikan Hyo. Jadi isteri Jun," rayu Hyo Joo kepada Ji Hyo yang terkejut setelah mendengar permintaan Hyo Joo yang dirasa tak masuk akal langsung!

"Aku bawa Min keluar--"

"Tak apa. Duduk je Dahee," potong Hyo Joo. Mayanya diisyaratkan kepada Dahee supaya duduk bersama Jung Min di kerusi yang disediakan.

Seojun kaku. Bibirnya bagaikan dizip. Memang dia terkejut mendengar permintaan Hyo Joo tadi tapi dia tak mampu berkata-berkata.

"Sayang, what are you talking about? You must be joking, right?" Setelah sekian lama ketiga mereka mendiamkan diri, Seojun akhirnya bersuara. Ada tawa hambar terselit dalam kata-katanya.

"Jun, please. You'd promised me," Hyo Joo memalingkan wajahnya ke kiri untuk melihat Seojun. Jihyo pula tidak berkutik. Masih cuba memproses permintaan Hyo Joo yang dia tak yakin mampu tunaikan.

Kahwin dengan Seojun? Seojun yang dia dah anggap seperti adiknya sendiri.

"I know but....but i dont have any feeling towards Ji noonaand im sure-"

"Dan unnie pun tak ada perasaan dekat Seojun. We can't make your wishb become a reality Hyo," Ji hyo menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak mahu dia menjadi pengganti Hyo Joo jika dia sendiri tahu Seojun akan sukar untuk melupakan Hyo Joo nanti.

"You can! Perasaan tu boleh dipupuk lepas kahwin. Min pun sayang dan rapat dengan Ji unnie. Ji unnie mesti boleh gantikan Hyo. Hyo pasti," Hyo Joo mengenggengam jari-jemari Jihyo. Berharap wanita itu faham.

"Lagipun, mama dah lama dah nak Ji unnie jadi menantu dia," tambah Hyo Joo perlahan. Dia tahu dia memang tak layak untuk Seojun sejak awal lagi.

"Hyo stop talking about this. Youre not gonna leave me and--"

"No Jun! You know i will. Tolonglah terima. Awak tahu saya akan tinggalkan awak bila-bila je. Please Jun, ini realiti," suara Hyo Joo ditinggikan sedikit. Matanya mula berkaca.

Bukan dia sengaja mahu berkata begitu tapi dia perlu menyedarkan Seojun bahawa hayatnya tak lama. Lambat-laun dia akan pergi.

Seojun tersentak. Kata-kata Hyo Joo ibarat panah yang menusuk ke hatinya. Pedih. Itulah realiti yang dia cuba untuk nafikan. Terlalu sukar untuk dia terima.

"Hyo, dont say like that," ujar Ji Hyo. Rambut Hyo Joo dibelai kasih. Sepanajang dia mengenali Hyo Joo, wanita itu sememangnya seorang yang baik. Terlalu baik. Seringkali memikirkan orang lain dahulu sebelum dirinya sendiri.

Macam apa yang dia lakukan sekarang ni.

Hyo Joo tersenyum tawar. "Kenyataan unnie. Walaupun pahit, kita kena terima," ucap Hyo Joo tenang. Matanya bertembung dengan Jung Min yang sedang memerhatikan mereka bertiga.

"Min, mari sini nak," panggil Hyo Joo. Anak kecil itu terus berlari anak ke arah ibunya dan diambil Seojun untuk duduk di aras ribaannya. Hyo Joo mencapai tangan kecil Jung Min.

"Min, min sayang mummy kan?" Soal Hyo Joo lembut.

"Sayang! Min sayang mami angat," balas Jung Min sambil menganggukkan kepalanya. Bibir Hyo Joo mengukir senyuman melihat Jung Min. Sedikit sebanyak, anaknya itu meredakan rasa sakit yang dialaminya.

"Kalau sayang, janji dengan mummy? Janji yang Min tak akan nakal. Okay?"

"Janji," balas Jung Min pendek. Entah dia mengerti atau tak apa yang dikatakan Hyo Joo itu atau hanya buat-buat faham.

"Min, sayang aunty Ji tak?" Tanya Hyo Joo lagi. Dia mahu JiHyo dan Seojun tahu bahawa Jihyo sememangnya orang yang paling layak untuk menggantikan tempatnya.

"Sayang! Macam sayang mami," jawab Jung Min jujur. Mendengar jawapan Jung Min, Seojun melepaskan keluhan kecil. Dia faham Hyo Joo sedang cuba memberitahu dia dan Ji Hyo sesuatu.

Jung min turun dari ribaan Seojun dan memeluk Hyo Joo secara tiba-tiba.

"Mami kena pat baik. Min tak akan nakal," kata Jung Min. Entah dari mana dia dapat ayat tu pun tak tahulah. Mungkin Dahee yang ajar agaknya.

Hyo Joo yang terkejut dengan tindakan spontan Jung Min menutup matanya yang sudah bergenang air mata. Pelukan Jung Min dibalas. Diusap.lembut belakang anak kecil itu.

Maafkan mummy Min. Mummy tak akan ada dengan Min dah. Mummy tak akan dapat teman Min melukis lepas ni. Tak akan akan dapat support Min bila Nin dah sekolah. Maafkan mummy. Desis hati Hyo Joo.

Perit. Hatinya lebih perit memikirkan semua perkara itu. Jung Min tak boleh membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Dia tak mahu.

"Min, sini Min," panggil Dahee semula. Dia tahu pasti ada lagi perkara yang mahu dikatakatan oleh Hyo Joo. Jung Min melangkah ke arah Dahee dan mengambil lolipop yang dihulurkan kawan rapat ibunya itu.

"Kan saya dh cakap. Min sayang Ji unnie. Sebab tu Hyo pasti Ji unnie boleh ganti Hyo," jelas Hyo Joo, mmandang ke dalam mata Seojun.

"Hyo, unnie--"

"I will. I will marry her," ucap Seojun seraya memotong kata-kata Jihyo. Jihyo terkelip-kelip. Seoerti tidak tahu bagaimana perlu dia memberikan reaksi.

Hyo Joo tersenyum lebar mendengar jawapan yang dia nanti-nantikan dari bibir Seojun.

"Terima kasih Jun. Terima kasih sayang," tangan Seojun digenggamnya erat. Air mata yang ditahan mula mengalir. Tipulah jika dia kata dia tidak bersedih. Namun yang pasti, Hyo Joo gembira.

Impiannya menjadi kenyataan.

"Anything for you, sayang," balas Seojun lalu menyeka air mata Hyo Joo dengan jari telunjuknya dan mengucup ubun-ubun isterinya itu. Lama.

"Now you should rest. I love you, my one and only lady," bisik Seojun di telinga Hyo Joo membuatkan isterinya itu  tersenyum nipis.

"I will and I love you even more, my one and only man, Park Seojun,"

°°°

Tolong jagalah dirinya buat diriku,

Jangan biar luka lagi hatinya,

Yang amat kucinta,

Yang, milik engkau saja.

©Untuk Cinta.

°°°

Thanks for reading! 💕💕

Maaf kalau hambar.

Maaf kalau lewat reply komen 🙇

[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔Where stories live. Discover now