Lapan.

74 19 0
                                    

"Jung Min, hati-hati nanti jatuh pulak," laung aku kepada Jung Min yang sedang bermain di taman.

Bibirku mengukir senyum melihat keletah Jung Min. Min, mummy harap bila mummy dah tak ada nanti, Min dapat terima Aunty Ji Hyo.

Sungguh, aku nak sangat lepaskan semuanya yang terpendam dalam hati aku tapi aku tak boleh. Jung Min tak faham apa-apa. Seojun?

Aku tak nak dia risau. Aku tak nak dia sedih.

Mata aku beralih ke arah Seojun yang sedang melangkah ke arah aku dengan dua cup kopi panas di tangannya.

"Nah," dia menghulurkan salah satu cup kepada aku. "Thanks," aku mengkat muka untuk memandang wajah seojun.

Seojun. Dia satu-satunya lelaki yang aku paling sayang selepas mendiang appa. Dia baik, dia caring,  dia bertanggungjawab, dia ada segalanya.

Kadang kala, aku rasa macam aku ni langsung tak layak untuk Seojun.

Ji Hyo unnie lebih layak. Jauh lebih layak.

"Sayang?" Lambaian tangan Seojun di hadapan muka aku menyedarkan aku daripada lamunan. "Awak panggil saya ke?" Soal aku.

"Iyaa. Awak tu ha pandang muka saya tak berkelip kenapa? Saya tahu lah saya ni handsome sampai awak tak nak lepas pandang kan," balas Seojun sambil tersengih mempamerkan gigi putihnya yang tersusun elok.

"Eii, perasan. Mana ada lah. Saya cuma terfikirkan sesuatu je," kata aku lalu berpaling dari wajah Seojun untuk memandang Jung Min.

"Fikir apa?" Soal Seojun. Macam mana aku nak beritahu dia apa yang aku fikir? Dia mesti marah kalau aku cakap.

"Tak ada apalah. Tak penting pun. Perkara biasa je," ujar aku sambil menghirup sedikit kopi panas di tanganku.

"Awak kalau risau apa-apa, jangan simpan. Bagitahu saya," kata Seojun seakan-akan mengetahui aku menyimpan rahsia daripada dia. Aku tahu aku memang tak dapat nak tipu dia tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk berahsia.

Aku kembali menoleh memandang Seojun di sisi. Mataku menatap wajah Seojun yang turut memandangku. Aku senyum.

"Betul, tak ada apalah. Saya tak ada simpan apa pun," aku meyakinkan Seojun. Dia terkelip-kelip memandang aku sepertti memikirkan sama ada kata-kata yang aku ucap tadi benar atau tak.

Percayalah, please?

Setelah seketika, dia mengeluh.

"Okay, saya percaya. Tapi kalau ada apa-apa, bagitahu. Don't keep it secret from me, okay?" Jari Seojun menggengam jari-jemariku lalu dia mengucupnya. Aku hanya mengangguk.

Tapi saya tak boleh Seojun. Saya kena rahsiakan daripada awak. Mahu saja aku ungkapkan ayat itu tapi aku tahu aku tak boleh. Seojun akan syak sesuatu jika aku berkata begitu.

"Haa! Tu Ji unnie dah sampai," aku berkata sebaik sahaja aku ternampak kelibat Ji Hyo yang sedang berjalan ke arah kami. Sebelah tangannya dilambai.

"Ji noona? Macam mana dia ada kat sini pula?" Tanya Seojun pelik.

"Saya yang ajak dia. Min tu ha kan dia suka main dengan Ji unnie. Lagipun hari ni kan hari cuti, Ji unnie pun okay je. Dia suka melayan Min tu," terang aku seringkasnya.

Memang aku saja menelefon JiHyo pagi tadi sebab nak ajak dia datang taman ni sekali. Aku nak Min biasakan diri dengan dia.

Sebab dia yang akan mengantikan tempat aku nanti. Sebagai isteri Seojun. Sebagai mummy Min. Aku tak nak Min rasa kekok dengan dia.

"Lama dah ke? Maaf unnie lewat. Tadi ada accident so jammed lah jalan," Ujar Jihyo sambil mengerling ke arah jam di pergelangan tangan kanannya.

"Takpe, kitaorang pun baru je ni. Duduk sini unnie," Aku menepuk-nepuk bangku disebelah aku. Ji hyo hanya menurut.

"Rindu dengan Min dah berapa minggu tak jumpa dia," kata Ji Hyo. Matanya melilau mencari Jung Min di antara kanak-kanak di taman itu.

"Tulah, siapa suruh Ji noona tak singgah rumah. Bukan jauh sangat pun," ujar Seojun.

"Eleh, cakap orang. Korang tu ha berapa kali je pernah jejak rumah noona tu, padahal dekat je," balas Ji Hyo semula. Aku tertawa kecil. Betul juga cakap dia. Asyik dia je ke rumah kami.

"Nanti lepas ni kita singgah rumah unnie boleh?" Soal aku kepada Seojun.

"Nak singgah? Boleh ja. Unnie lagi suka. Kita boleh masak sama-sama untuk lunch ni. Okay?" jawab Jihyo teruja walaupun soalan aku ditujukan kepada Seojun.

"Boleh je. Memang dah lama tak pergi sana," Seojun membalas, bersetuju dengan cadangan aku.

"Okay, unnie nak pergi tengok Min tu kejap tau," kata Ji Hyo seraya bangun. Aku dan Seojun hanya mengangguk.

Aku memandang Ji Hyo yang sedang melangkah ke arah Jung Min sambil memanggil namanya. Jung Min pula terus berlari ke arah Ji hyo sebaik sahaja terlihat Jihyo.

Aku pasti Ji Hyo lah wanita yang paling sesuai untuk menggantikan aku.

Aku pasti.

°°°

Thank you kepada yang setia membaca cerita ni walaupun cliche kan? Uhuu.

Maaf kalau hambar 🙇

[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔Where stories live. Discover now