Duabelas.

84 15 0
                                    

Kau terindah hadir di jiwa

Zahir hilang dihatiku

Tetap cinta.

©Aku Cinta

°°°

"Jun?" Panggil Hyo Joo dengan lemah setelah terlihat kelibat suaminya masuk ke dalam bilik wad. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Seo jun melangkah ke arah katil Hyo Joo lalu mengambil tempat di sebelahnya. Pedih hatinya melihat keadaan Hyo Joo yang nampak begitu lemah. Bermacam salur dicucuk pada badannya.

"Hyo.....kenapa awak tak bagitahu saya selama ni?" Soal Seo Jun perlahan.Wajah pucat Hyo Joo ditatap sayu.

"Maafkan saya. Saya tak nak risaukan awak," balas Hyo Joo. Dia cuba untuk menahan air mata yang mula membentuk di tubir matanya.

Seojun menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak tahu mahu membalas apa. Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan yang Hyo Joo sedang terlantar sakit sekarang.

"Maafkan saya," ujar Hyo Joo lagi setelah melihat tiada respon daripada Seojun. Air mata mula mengalir di pipinya. Dia tak mahu Seojun terasa hati dengannya.

"Tak, awak tak salah, sayang. Saya yang salah sebab tak sedar selama ni awak tanggung semuanya seorang diri," Tangan Seojun mencapai tangan Hyo Joo dan menggengamnya. Dia menundukkan kepala.

Hyo Joo menggeleng lemah. "Bukan salah awak. Saya yang buat keputusan ni sendiri," ujar Hyo Joo. Dia sendiri yang tidak mahu memberitahu Seojun segalanya.

"Awak, pandang saya," tangan Hyo Joo cuba menyentuh wajah Seojun agar suaminya itu memandangnya. Perlagan-lahan, Seojun mengangkat muka. Matanya sudah merah kerana menangis.

Hyo Joo meneliti wajah Seojun. Daripada kening ke mata, kemudian beralih ke hidungnya dan seterusnya bibir. Mungkin ini kali terakhir dia dapat melihat wajah suami yang amat disayanginya itu.

"I love you, Jun," bisik Hyo Joo perlahan. Matanya mula terasa kabur dek menahan air mata sedari tadi. Sakit yang dirasai tidak dipedulikan.

"I love you more, sayang. Please, be strong," Seojun kemudiannya mengucup dahi Hyo Joo. Lama. Ketika itu, air mata Hyo Joo mengalir juga, memikirkan itulah kali terakhir dia dapat mendengar kata-kata itu dituturkan Seojun.

"I know but I will go soon. Awak kena cari pengganti saya," tangan Hyo Joo menyentuh lembut pipi kanan Seojun. Mungkin sudah sampai masanya dia memberitahu Seojun.

"No, I only--"

"Awak dah janji kan?" Hyo Joo memotong percakapan Seojun. Direnungnya mata Seojun dalam-dalam. Dia tak mahu Jung Min membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Dia tak mahu Seojun berasa sunyi.

Seojun mengeluh perlahan. Terasa menyesal kerana pernah berjanji dulu. Dia kembali melabuhkan punggung di atas  kerusi. Mana dia mahu cari pengganti Hyo Joo?

Dia takkan jumpa.

"Awak, awak dah janji kan?" Soal Hyo Joo sekali lagi. Seojun mengangguk perlahan walaupun hatinya langsung tak rela. Namun, jika itu yang mampu membuatkan Hyo Joo gembira, dia terima.

Walaupun dia tahu tak mungkin dia akan menjumpai wanita yang dapat menggantikan Hyo Joo dalam hidupnya.

Hyo Joo tersenyum nipis. Jangan risau, saya paati awak akan bahagia Jun. Mungkin lebih bahagia daripada hidup bersama saya. Desis hati Hyo Joo.

"Min mana? Ji unnie?" Tanya Hyo Joo. Tangan Seojun masih menggengam erat jari-jemarinya. Jika boleh, dia tak mahu meninggalkan Hyo Joo walau sesaat pun.

"Pergi kafe. Min lapar sangat tu yang Ji noona teman," balas Seojun ringkas. Wajah pucat isterinya dipandang sayang. Bagaimana dia mahu meneruskan hidup tanpa Hyo Joo di sisinya?

Dia memerlukan Hyo Joo untuk mendidik Jung Min. Untuk menenangkan dirinya apabila dia marah. Untuk mengingatkannya segala macam benda dalam kehidupan sehariannya.

Sungguh, dia amat bergantung pada Hyo Joo.

"Nanti kalau diaorang dah balik daripada kafe, saya nak jumpa Ji unnie ya," pinta Hyo Joo sambil memalitkan senyuman di wajah.

"Awak rehatlah. Tak apa, esok boleh jumpa," balas Seojun untuk menyedapkan hatinya sendiri. Walaupun dia tahu mungkin tiada hari esok untuk Hyo Joo.

Hyo Joo tersenyum hambar mendengar kata-kata Seojun. Sedih, memang dia sedih. Walaupun pahit untuk ditelan, dia tahu mungkin inilah takdir yang sudah tercatat untuknya.

Menjadi penyeri hidup Seojun hanya untuk seketika. Mungkin JiHyo adalah jodoh Seojun yang sebenar sejak dari dulu lagi.

Manakala dia? Cumalah penghalang.

Tak apa, dia pasrah.

°°°

Thanks for reading! ♥

Maaf  hambar gaisss ;;

Nak buat sedih tapi nacam tak jadi 😂

Komen dan vote anda amat dihargai ♥

[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔Where stories live. Discover now