Dan tidak bisa kumengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita.
©Alasan Untuk Bahagia
°°°
"Jun! Hyo macam mana? Dia okay?" Soal Dahee tanpa sapaan terlebih dahulu apabila sampai di sebelah Seojun. Terlalu risau akan Hyo.
"Dia masih tak sedarkan diri. Doktor kata nanti bila Hyo sedar, baru kita boleh tengok dia," terang Seojun.
"Tulah Hyo! Aku dah cakap kat dia. Dia degil. Dia tak nak buat surgery," perlahan kata-kata itu ditutur Dahee. Matanya mula berair. Kawan mana yang tak sedih bila kawan baik sendiri sedang berperang dengan sakit yang tiada ubatnya?
Seojun mengeluh perlahan. Dia juga buntu. Tak tahu apa yang dia perlu lakukan sekarang. Dia tak dapat bayangkan hidup tanpa Hyo Joo di sisi. Dia tak mahu kehilangan Hyo.
"Kenapa Hyo rahsiakan daripada aku?" Tanya Seojun, memandang ke arah Dahee yang sedang menyeka air matanya. Dia mahu tahu perkara sebenar.
"Dia cakap dia tak nak susahkan kau dah. Cukup lah kau risaukan dia selama ni. Dia tak nak risaukan kau," jawab Dahee jujur.
Bukan dia tak pernah nasihatkan Hyo Joo malah sudah berbuih mulutnya meminta Hyo Joo memberitahu tentang penyakitnya kepada Seojun tapi Hyo Joo tetap degil.
Mendengar jawapan Dahee, Seojun menjadi lebih sebak. Air matanya ditahan supaya tidak mengalir lagi sekali.
Sanggup awak simpan sakit yang awak rasa tu dari saya. Saya tak pernah rasa awak bebankan saya Hyo. Desis hati Seojun. Sungguh, dia hampa.
Hampa kerana dia tak dapat memberi semangat kepada Hyo Joo untuk melawan penyakitnya. Hampa kerana tidak pernah meminta Hyo Joo berterus-terang walaupun dia perasan perubahan pada diri Hyo Joo.
"Jung Min mana? Kau bawa dia tak?" Tanya Dahee. Tak ada pula dia nampak kelibat anak kecil itu. Takkanlah Seojun tinggalkan Jung Min pula.
"Pergi kafe. Dengan Ji Hyo noona. Dia dah lapar sebab dari tadi tak makan," balas Seojun. Nasib baik lah ada Ji Hyo noona untuk membantu dan melayan Jung Min. Dia terlalu 'broken' untuk memikirkan perkara lain selain Hyo Joo yang masih tidak sedarkan diri.
"Kau tak nak makan? Kalau nak, pergilah dulu. Tak apa, aku tunggu kat sini," ujar Dahee prihatin. Nanti kang masalah lain pula timbul kalau Seojun tak makan. Tak pasal je.
"Tak apa. Aku tak lapar. Lagipun aku nak terus ada dengan Hyo bila dia buka mata," kata Seojun perlahan. Dalam hatinya tak putus berdoa agar Hyo Joo cepat sedarkan diri.
°°°
"Encik Park, isteri encik dah sedarkan diri--"
"Boleh saya jumpa dengan dia?" Laju Seojun memotong kata-kata Doktor Min. Dia segera bangun.
Doktor min agak terpinga-pinga dengan tindakan Seojun namun kemudian dia mengangguk perlahan.
"Silakan. Tapi keadaan Puan Park sangat lemah. Saya...saya tak pasti sampai bila Puan Park dapat bertahan," terang Doktor Min berhati-hati.
Sebaik sahaja kata-kata itu dituturkan Doktor Min, Dahee terus menekup kedua tangannya ke mulut.
Ya tuhan, benarkah sudah tiada harapan untuk Hyo Joo? Bisiknya sendiri.
Seojun menjadi kaku setelah menghadam setiap bait kata yang keluar dari bibir Doktor Min. Dia terlalu terkejut. Tidak tahu bagaimana hendak memberikan respon.
Takkan awak nak tinggalkan saya sekelip mata macam ni Hyo? Seojun berkata dalam hati.
Namun, dia tahu sudah tiada apa yang dia mampu lakukan. Semuanya telah duterangkan Doktor Min awal-awal lagi. Peratus untuk berjaya jika pembedahan dilakukan sekarang adalah terlalu tipis.
"Saya harap Encik dapat bersabar ya. Kuatkan semangat. Keajaiban boleh berlaku," ujar Doktor Min sambil menepuk bahu Seojun untuk memberikan semangat.
"Saya minta diri dulu. Silakan kalau encik nak melawat Puan Park," tambah Doktor Min lagi lalu memberikan senyuman nipis sebelum berlalu pergi.
Dia sendiri kasihan melihat Seojun yang langsung tidak tahu menahu tentang penyakit yang dialami Hyo Joo. Pesakitnya itu terlalu berahsia.
"Pergilah tengok Hyo, Jun. Kau kata nak jadi orang pertama dengan dia bila dia bangun. Nanti aku bagitahu Jihyo noona. Jangan risau," kata Dahee.
Dia faham pasti sukar untuk Seojun menerima semua ini serentak. Pasti sukar untuk seojun menerima kenyataan bahawa Hyo Joo akan pergi tinggalkannya terlalu cepat.
Hyo, kalau kau tengok keadaan Seojun macam ni sekarang, kau mesti menyesal sebab tak bagitahu Jun daripada mula. Keluh Dahee di dalam hati.
Seojun mengangguk perlahan. "Thanks, Dahee," dia tersenyum hambar lalu mula melangkah ke arah pintu wad yang menempatkan Hyo Joo.
Jantungnya mula berdebar-debar. Dia takut. Takut kalau ini menjadi kali terakhir dia dapat melihat wajah isterinya.
Isteri yang terlalu dicintainya.
°°°
Thanks for reading! 💕
Sikit je lagi ni ehehhee. 😁
YOU ARE READING
[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔
Kurzgeschichten"Walaupun kita tak bersama lagi kenanglah aku, cinta," > Cinta itu suci. Demi Cinta, Hyo Joo sanggup menanggung semuanya sendiri. Demi cintanya pada satu-satunya lelaki yang dicintai. Kasih seorang isteri yang terlalu menyanyangi si suami. Kasih se...