Enam

114 22 3
                                    

Ku terima segalanya

Namun tak aku mengalah

Ku pasti ada jawabnya

©Dirgahayu


°°°

3 bulan kemudian

"Kenapa tiba-tiba Hyo nak ajak unnie join sekali ni?" aku bertanya seraya menolak kerusi roda Hyo Joo keluar daripada rumah.

"Saja je. Apa salahnya. Lagipun Jung Min pun suka tu," balas Hyo Joo. Aku hanya meng'ooh'kan sahaja. Entahlah kenapa, aku rasa Hyo Joo nampak lain hari ni.

"Awak dah letak semua makanan dalam kereta?" Tanya Hyo Joo kepada Seo Jun yang sedang memakai kasut. Jung Min pula sedang duduk bermain di buaian di halaman rumah.

"Dah, semua dah. Oh ya, mama tak dapat ikut sebab dia cakap kejap lagi dia ada program dengan kawan dia," ujar Seojun lalu melanglah ke arah kami. Dia menolak kerusi roda Hyo Joo ke arah kereta.

Aku hanya tersenyum melihat pasangan itu. Aku suka melihat keluarga Hyo Joo dan Seo Jun yang memang penuh dengan kasih sayang walaupun aku tahu Ahjumma memang tak suka Hyo Joo.

Aku sendiri tak tahu kenapa.

Kadangkala, aku sendiri cemburu tengok Hyo Joo dengan Seojun. Bukan apa, cuma bilalah aku akan dapat merasai disayangi seorang suami seperti mana Seojun mencintai Hyo Joo.

Seojun memang baik. Sangat baik. Walaupun Hyo Joo berkeadaan begitu, sayang dia kepada Hyo Joo kekal sama.

Sebagai wanita, aku tersentuh.

"Kenapa muka sayang macam pucat ni? Okay ke tak?" Soal Seojun. Wajahnya dikerutkan. Aku segera melangkah ke arah mereka.

"Tulah, noona perasan muka Hyo pucat. Hyo memang okay ke ni?" Aku bertanya pula, risau. Aku menyentuh dahi Hyo Joo. Manalah tahu kut demam ke kan?

Dia tertawa kecil. "Hyo okay lah," balasnya lalu menurunkan tangan aku dari dahinya. Memang tak panas, tapi muka dia macam tak sihat.

"Betul ni?" Tanya Seojun lagi. Riak wajahnya jelas menampakkan yang dia begitu risau.

"Betul. Eh pergi lah panggil Min tu," kata Hyo Joo sambil menepuk-nepuk tangan Seojun.

"Eh takpe, biar noona pergi tengok dia. Jun angkat Hyo masuk kereta eh," aku terus melangkah ke laman rumah untuk pergi mengambil Jung Min.

"Min, jom. Kita pergi picnic," ajak aku. Jung Min yang mendengar perkataan picnic terus melompat turun dari buaian dan berlari ke arahku.

"Yayyy! pat egi piknik," ujarnya ceria sambil memaut lenganku. Aku tertawa melihat keletah Jung Min yang aku dah anggap macam anak sendiri.

"Yay! Jom pergi dekat mummy and daddy," aku terus mendukung Jung Min dan membawanya ke arah kereta. Kelihatan Hyo Joo juga telah duduk di dalam kereta.

"Meh kat daddy," Seojun mengambil Jung Min dari dukunganku laku meletakkan si kecil itu ke dalam kereta.

"Masuklah noona," pelawa Seojun. Aku mengangguk lalu turut melangkah masuk ke dalam kereta Seojun dan mengambil tempat di sebelah Jung Min.

"Min suruh Aunty Ji dukung eh? Tak malu," gurau Hyo Joo sambil menoleh ke belakang.

"Tak laaaa. Ty Ji yang nak tutung," balas Jung Min dengan pelat teruknya. Aku dan Hyo Joo tertawa. Pandai eh Jung Min ni menjawab.

"Min sayang Aunty Ji?" Soal Hyo Joo lagi. Aku turut menoleh ke arah Jung Min yang sedang makan coklat yang diberi Seojun tadi. Menanti jawapan si kecil.

Dia mengangguk kepala banyak kali sebelum menjawab, "Yang, min yang ty Ji," jawabnya lagi. Coklat penuh di dalam mulut. Comot.

"Kalau Aunty Ji jadi mummy Min, Min suka?"

Soalan daripada Hyo Joo mematikan senyuman aku. Kalau itu satu gurauan, aku tak suka. Apa Hyo Joo cakap ni? Takkanlah aku ni nak jadi mumny Min? Ganti tempat dia?

"Hyo--"

Tidak sempat aku bertanya, pintu bahagian pemandu dibuka. Seojun terus masuk ke dalam kereta.

"Borak apa? Siap ketawa lagi," tanya Seojun sambil memandang aku dan Hyo Joo bersilih ganti.

"Tak ada apa. Borak kosong je," balas Hyo Joo lalu kembali memandang ke depan. Aku hanya senyap. Masih memikirkan kata-kata Hyo Joo tadi.

Kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah namun fikiran aku masih memikirkan kata-kata Hyo Joo.

Apa yang Hyo maksudkan tadi?

°°°

Thanks for reading 💕

Maaf kalau hanbar 🙇

[C] Demi Cinta | Hyo Joo x Seo jun x Jihyo ✔Where stories live. Discover now