Part 2: Virus Jam Kuasa

372 17 2
                                    

Kali ni, mungkin tak ada author note kat tengah-tengah cerita. Kalau Author baik la... Kan fangkaizo013?  Katanya 'author baik'... Ye ke?

Aduh, dah mula dah author si sorang nih... -^- ketuk sikit kepala budak dua belas-lima belas tahun nih

Ko ingat aku nak bagitau umur sebenar aku? Jangan harap~ skearang, die you private information breakers... *main tembak-tembak* Piu... Piuu...

Ahem. Maaf guna bahasa kasar. Mana orang yang patut ketuk kepala author nih? Tak sampai-sampai lagi nih...

Ice: *ketuk kepala author guna kuali*

Adeh! Aku cakap ketuk sikit... Tahulah dia setahun dua lagi tua.. Tapi oklah tuh, terima kasih. Sekarang shuh.

Ice: -_- kejam... baik aku tido... kroih...

Apa-apa jelah, wahai polar bear. Anyways, HAPPY READING~ *kena tembakan pembeku*

Ice: Panggil aku polar bear lagi...

***
Sewaktu BoBoiBoy pulang ke rumahnya, dia mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum dia berpecah menjadi tujuh.

Flashback...

[BoBoiBoy POV]

Apa yang aku ingat ialah, aku sedang tidur nyenyak sebelum perkara yang tidak disangka-sangka tu berlaku.

-comic mode-

Me: Hoam... Dah pukul be-

PAKK!

Blaze, Thorn: Haha! Kena!

Me: *ambil bantal yang terlekap di muka* E-ergh... Siapa... Siapa yang baling bantal tadi??

Blaze, Thorn: *tunjuk antara satu sama lain* dia yang baling!

Me: Korang lagi... *hendak pandang jam apabila teringat sesuatu* Eh?! Macam mana korang boleh ada kat luar ni?!  *lihat diri sendiri dalam cermin* Bila... Bila masa aku berpecah ni?!?

Bila aku lihat diri aku sendiri, aku baru perasan yang sekarang ni dah wakilkan elemen Gempa. Tapi, kenapa BoBoiBoy Gempa tak ambil alih sendiri? Dan lagi satu, mana dia sekarang ni?

POP!

Halilintar: Uwaah...!

Doler (Author: *ditembak Si Solar*): Erk!...

Me: Weh mak hantu pocong! Fuh... Siapa yang-

Taufan: Ahaha! Hahahahahaha! Letupkan lagi, letupkan!

POP! POP! POP!

IHalilintar: *eye twitch* T... T... Tau... TAUFAN!!!!!

*bergegar satu rumah*

Ice: *terkejut dari tidur, mata terbeliak* O-O

Taufan: *dah pecut awal-awal*

Halilintar: MARI SINI KAU! GERAKAN KILAT! *kejar Taufan*

Taufan: Lariii...!!!! Pikachu dah mengamuuuk...!!!!

Alter ego yang lain: -.-"

Me: Err.... Apa kata kita kejar dia, nak tak?

End of flashback...

Adoyai... Entah bila dan macam mana aku boleh berpecah, aku pun tak tahulah. Apa yang aku tahu, bila aku bangun je, aku dah jadi macam ni. Diorang? Entah-entah tidur pun tak cukup. Nasib baik minggu ni cuti bulan Mac.

Aduh... Makin lama makin berat pula rasanya mata ni... Takpe... Dah nak sampai rumah dah ni... Tahan...

Sebaik sahaja aku sampai rumah, aku terus teleport ke dalam halaman rumah dengan kuasa Halilintar dan buka kunci pintu rumah. Aku kunci semula pintu sebelum pergi ke bilik sendiri.

Aku pun apa lagi, baringlah kat atas katil lembut macam kapas tu! Seronok~ Jeles tak, Shaz? (Tetiba nama author diseru nih -.-" tahulah author tidur atas sofa jer)

Hehe, yelah yelah... Aku pun cuba melelapkan mata apabila jam kuasa aku bercahaya.

"Eh? Kenapa ni?"

Kelihatan simbol kuasa tujuh terpapar pada skrin.

Eeh???

BoBoiBoy!

S-siapa?!

Selamatkan diri kau!!

Jap... BoBoiBoy Gempa?!

Aku terus melompat dari katil.

Ya! Memang aku!! Ada orang cuba serang kita menggunakan virus jam kuasa!!

V-virus? Apakah?..

Apa yang penting sekarang, selamatkan diri kau dulu!

Tiba-tiba, kepala aku terasa sakit.

BoBoiBoy?!? Jangan pengsan!! Tolong bertahan!!!

Apa...?

Tanggalkan jam kuasa kau! Cepat!! Kalau tak, kau pun akan terjangkit!!!

Kejap! Virus apa yang kau cakap ni?!

Tak ada masa untuk terangkan! Tanggalkan jam kuasa kau, CEPAT!!

Sebelum aku sempat menyentuh jam kuasa aku, aku dah rebah ke lantai. Kepala aku terhantuk pada sesuatu.

Adoi! Sakit....

"E-ergh.." Jerit aku dengan suara perlahan.

Sakitnya makin bertambah. Suara Gempa yang ada dalam minda aku pula semakin lama semakin pudar. Penglihatan aku pula semakin kabur.

BoBoiBoy?!? BOBOIBOY!!?...

Dan akhirnya, segala-galanya kelihatan gelap gelita.

[End of POV]

***
Ochobot mula rasa tidak sedap hati. Sedang dia menyiapkan pesanan seorang pelanggan, dia terfikir untuk pulang sebentar untuk melihat keadaan di rumah.

"Atok, takpe ke kalau saya balik sekejap?" Ochobot bertanya pada Tok Aba.

"Kenapa, Ochobot?" Tok Aba bertanya semula.

"Tak ada apalah Atok, cuma saya rasa ada sesuatu tak kena dengan BoBoiBoy." Jawab Ochobot dengan ringkasnya.

"Hmm.. Oklah kalau macam tu, Atok pun rasa macam ada benda yang tak kena dengan si BoBoiBoy tu." Kata Tok Aba.

"Ochobot, kitaorang ikut boleh tak?" Tanya Fang si budak bajet.

"Boleh, aku tak kisah pun. ^ ^ " Balas Ochobot.

"Yeay! Jom pergi!" Ujar Gopal yang gembira kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan BoBoiBoy, kawan baiknya itu.

Sesampainya mereka di rumah, Ochobot pun membuka kunci pagar. Kemudian, Ochobot membuka pintu rumah. Semasa dia sedang mengunci semula pintu rumah, tiba-tiba mereka terdengar bunyi sesuatu.

GEDEBUK!  (Pfft author nak gelak dekat part sound effect nih)

"E-ergh..."

Semua rakan-rakan BoBoiBoy berlari ke atas menuju ke bilik BoBoiBoy. Apabila pintu bilik dibuka, kelihatan BoBoiBoy terbaring di tepi katil, kepalanya berdarah sikit akibat hantukkan pada sisi katilnya.

"BOBOIBOY!"

***
Huhuhu pendek sangatlah part ni T-T tak sempat nak lanjutkan

Harap korang suka!

P/s: Author dah berjaya escape dari pembekuan maut si Ice tuh... Caranya? Adalah... >v•

-Shaz

Dominate (BBB Fanfic)Where stories live. Discover now