OUT OF STORY: Mimpi Pelik?

310 17 12
                                    

Ya, Shaz di sini untuk menceritakan mimpi shaz yang Pelik bin Ajaib. Eh jap, tak ajaib, salah pulak. Pelik bin... Apa yea? Hmm... Abaikan ajelah wahai readers.

Meh sini Shaz bagi satu pengalaman dalam mimpi yang akan Shaz tulis dalam bentuk cerita dan sudah semestinya, dalam POV Shaz. Shaz guna panggilan 'aku' yea?

- - -

Aku pergi masuk tidur selepas solat Subuh. Yea, aku tahu aku ni pemalas, aku mengantuk tahu tak? Semalam aku mengarang cerita sampai lewat malam, jangan tanya pukul berapa aku tidur. Dan aku rasa mesti ada jugak orang lain yang tidur lepas solat Subuh jugak. Baik mengaku cepat sebelum aku tembak korang!

Bila aku dah masuk dunia mimpi, aku tengok sekeliling. Kosong. Hitam. Lepas tu, aku nampak lima orang berpakaian dan bertopi hitam. Aku perhatikan muka diaorang betul-betul dan aku nampak... Pecahan BoBoiBoy? Jap, aku mimpi tentang BoBoiBoy ke ni? Biar betul?

Dan kejap, kenapa semuanya pakai pakaian hitam? Kalau BoBoiBoy Halilintar atau BoBoiBoy Gempa tu takpelah, aku faham tapi ini sampai si Taufan, Blaze ngan Ice pun terjebak sekali, ape cerita ni? Dan lagi satu, kenapa diaorang nampak sedih ni?

Kemudian, suasana berubah. Lima Elemental tadi dah hilang. Depan aku sekarang ni Mega Probe dan eh, siapa budak dua orang yang dia pegang tu?

Aku perhatikan muka mereka berdua dan aku terperasan sesuatu. Itu Fang dan BoBoiBoy kan?! Kemudian... Aku tak dengar apa yang Adu Du arahkan tapi tiba-tiba, Mega Probe keluarkan laser pemusnah dan kena Fang dan BoBoiBoy.

"AAAAAAH...!"

Dua-dua jatuh ke atas lantai. Entah kenapa, aku rasa macam pernah nampak pulak scene ni kat dalam siri BoBoiBoy. Mana ek? Musim 1 ke? Entahlah tak ingat pulak.

Suasana berubah lagi. Sekarang ni, aku ada di rumah pula tapi rumah siapa ni? Kenapa nampak macam rumah aku? Aku duduk di atas sofa pink besar bagaikan katil berbentuk L itu. PINK MENYALA WEI, BUKAN PINK BIASA! AWAT TERANG BEBENAR? EEIII KALAU PINK GELAP ATAU PINK CAIR TAKPELAH JUGA! CEPATLAH TUKAR! KENAPA AKU TAK BOLEH BANGUN NI? Banyak bunyi pulak aku ni, abaikan je.

Aku toleh ke sebelah. Cuba teka siapa kat sebelah aku?

Lima Elemental BoBoiBoy tadi. Dan pakaian mereka masih sama, diaorang tengah pengsan, entah apa sebabnya aku pun tak tahu.

Halilintar orang yang pertama yang sedar dulu. Dia nampak aku, tapi dia macam tak kisah aku kat sini. Lepas tu, Gempa pulak yang bangun dan kemudian, si Blaze dan... Aku tak ingat siapa pulak.

Diaorang semua muka sedih kecuali Halilintar. Blaze cuba nak sentuh tangan Halilintar, tapi si Hali tepis.

"Halilintar..."

Suasana berubah lagi dan tiba-tiba, lima-lima Elemental tu jerit sesuatu yang aku tak dengar. Dan aku rasa, diaorang jerit kat aku. Lepas tu, aku bangun.

Selalunya aku akan lupa apa yang aku mimpikan tapi yang ni, kekal. Sampai sekarang aku ingat, tapi ada jugalah part-part yang aku lupa. Aku tulis tentang mimpi tu dalam buku nota aku. Manalah tahu, boleh pulak dapat idea untuk cerita aku dari mimpi ni?

Dan sekarang aku rasa macam aku ni pengarang cerita Twilight pulak sebab kalau aku tak salah... Pengarang dia tulis ceritanya berdasarkan mimpi dia... Entahlah, tu cakap orang je, aku pun tak tahu betul ke tak.

***

Daaaan itu sahaja. Korang rasa apa maksud mimpi ni? Tapi kan, pakaian diaorang yang serba hitam tu mengingatkan Shaz kat Reverse BBB. Kenapa yea?

Tolong comment apa korang rasa tentang mimpi Shaz tu boleh tak? Kalau tak nak, Shaz tak kisah pun.

-Shaz

Dominate (BBB Fanfic)Where stories live. Discover now