Part 5: Penguasaan

261 9 3
                                    

Hehehe... Hai! Author Shaz cari pasal pulak, tak update lama-lama- *dilempar buku teks KKQ yang tebal nak mampus-*

Song: Hatsune Miku- Rolling Girl (Black MIDI ver. By Epre Troll)

Sengaja letak lagu yang tak ada kena mengena- *dilempar kamus BA yang terlebih tebal nak mampus-*

Awin: Oi. Belajar la budak.

Tak nak. Exam dah habis, nak study apa lagi? *balas balik dengan melempar semula kamus BA*

Awin:*sambut* PT3.

Don't bloody remind me of that.

Awin: Don't care, it's true. *jelir lidah*

***

BoBoiBoy membuka matanya, namun keadaan sekelilingnya kelihatan gelap. Dia cepat-cepat bangun dan melihat keadaan sekeliling.

"Aku... Aku kat mana ni?" BoBoiBoy meraba-raba sekelilignya untuk mencari dinding di dalam gelap. Tiba-tiba, dia terdengar gelakan yang amat kuat.

"Haih, baru nak bangun? Pemalas."

BoBoiBoy menoleh ke belakang lalu ternampak sepasang mata merah sedang memerhatikan dia di dalam gelap.

"K... Kau! Kau nak apa lagi dengan aku hah!? Lepaskan aku!"

"Huh, bukan aku dah cakap ke apa yang aku nak?" Tanya Reverse lalu munculkan dirinya di hadapan BoBoiBoy. Keadaan sekeliling menjadi cerah semula.

"Aku nak diri kau. Aku nak hapuskan semua kawan-kawan kau, dan akhirnya aku akan hapuskan kau... Faham?"

"Tak... Tak boleh! Aku takkan benarkan kau sentuh kawan-kawan aku!" BoBoiBoy mwmberontak. Reverse hanya tergelak sahaja.

"Bukan kau ke yang tak boleh? Ini badan kau, bukan badan aku. Sebab tu aku nak diri kau."

"Jangan cakap yang kau nak..."

"Ya. Aku nak pergunakan kau. Bila kawan-kawan kau dah tak percayakan kau, makin senanglah aku nak hapuskan kau... Tapi mula-mula aku kena lawan kawan-kawan kau tu, lagi-lagi si Kaizo tu... Lecehlah kalau macam ni..." Reverse memegang dahunya sambil berfikir. "Hah! Aku tahu!"

"Apa kau nak buat!?" Tanya BoBoiBoy yang sudah mula berasa tidak sedap hati.

"Aku akan...."

"Hapuskan Kaizo dahulu..."

"Kau... Kau tak bermaksud..."

"Oh." Reverse tergelak kecil. "Dia dah masuk perangkap akulah. Apa nak buat yea?"

"Jangan kau berani apa-apakan Kapten Kai-"

"Kapten?" Reverse tergelak lagi. "Kau panggil dia 'Kapten'? Heh! Dia tak layak pun dipanggil kapten!"

BoBoiBoy menggenggam tangannya.

"Dan kau tak layak mempergunakan aku!" Teriaknya.

"Kau memang tak sedar diri, kan?" Reverse tersenyum sinis. "Kau yang tak layak untuk menggunakan badan kau. Aku lebih kuat daripada kau. Dan disebabkan oleh itu- Oh."

Sebuah skrin kecil muncul di hadapan Reverse. "Dah sampai masanya. BoBoiBoy, kau tidur sajalah di sini, biar aku sahaja yang uruskan semua ini... BEBOLA KUASA!"

BoBoiBoy diperangkap di dalam sebuah bola hitam yang menyerupai kokun bayang Fang. Dia melihat Reverse menyerigai sebelum dia hilang dari pandangan. Mata BoBoiBoy terasa semakin berat. Sebelum dia hilang kesedaran, dia terdengar suara Reverse.

"Tidurlah dengan lena sebelum aku gunakan kau, BoBoiBoy... Sweet dreams~"

Dia hilang kesedaran.

***

Kelihatan Kapten Kaizo terbaring di atas lantai. Darah mengalir di tepi kepalanya. Dia cuba untuk bangun semula, tetapi gagal.

"Dah penat dah ke? Ish... Kapten ni membosankanlah"

Mata merah menyalanya melihat BoBoiBoy.

"Ke... Kenapa?" Kapten Kaizo terbatuk. "Kenapa, BoBoiBoy...?"

"Oh? Itu sebab aku perlu buat semua ni untuk tuan aku."

"M-maksud kau...?"

"Tch." BoBoiBoy menarik muka masam. "Aku maksudkan aku perlu hapuskan kau lerr... Nak harapkan BoBoiBoy memang tak boleh la. Dia tu lembut sangat, bukannya macam lelaki betul. Aku juga yang kena hantar oleh tuan aku. Tapi takpe, sekurang-kurangnya aku dapat rasakan pengalaman menjadi elemen BoBoiBoy! Untung jugak..."

Kapten Kaizo terkejut.

'Ini bukan BoBoiBoy. BoBoiBoy yang aku kenal tak sukakan keganasan.'

"Kau... Kau bukan BoBoiBoy..."

"Aik? Baru perasan?" BoBoiBoy tergelak. "Memang pun. Aku BoBoiBoy Reverse. Selamat berkenalan."

(Dah kenapa pulak si Reverse ni? Dah tak betul ke? *dilempar cawan Adu Du*)

"Aku dah agak..." Kapten Kaizo melihat mata Reverse yang mempunyai dua warna itu. Satu merah, satu kelabu. Macam mana tu? (Eh eh salah format ayat, ni format POV... *garu kepala* *Dilempar 'How To Write Fanfiction- Guide by Wattpad'*)

"Sekarang..." Reverse mengangkat tangan kanannya yang sudah menyala warna biru cyan. Fros mula terbentuk pada tangannya. "Masa untuk..."

Reverse dengan sengajanya telah membekukan Kapten Kaizo. Dia mengetap giginya.

"Tsk... Memang lemah." Reverse menarik muka masam. Kemudian, dia terpandang sesuatu.

"Hmm?"

Kelihatan Fang keluar dari sebalik dinding kapal angkasa.

"Huh. Kawan kau dah sampai rupanya, BoBoiBoy. Biar aku uruskan adik pahlawan galaksi ni..." Reverse tersenyum herot.

BoBoiBoy POV

Aku nampak semuanya.

Kapten Kaizo...

Tak... Tak mungkin.

Fang...

Selamatkan diri...

Tak...

Selamatkan semua orang...

Reverse... Kau tak akan dapat lepaskan diri.

Aku pasti, akan ada seseorang yang sedar dengan ketiadaan aku.

Ketiadaan diri aku yang sebenar...

***

Yey CERITA MELAUT- *dilempar buku Python 3 yang terlebih tebal lagi tebal dari kamus BA sampai nak mampus-* AWIIIIN-

Awin: Yey lari. *pecut* Yehehey.

Wina: Aduh, ada orang tak betul.

Haih, makin pelik aku ni. Cakap dengan diri sendiri...

Tak paham? Jangan tanya. Kalau nak tanya pasal cerita Dominate, yang tu dibenarkan.

Dominate (BBB Fanfic)Where stories live. Discover now