Part 4: Hilang?

330 14 7
                                    

"BoBoiBoy?" Kapten Kaizo berasa hairan apabila dia dihubungi oleh BoBoiBoy. Kenapa dia dihubungi oleh BoBoiBoy?

Ada sesuatu terjadi pada Fang dan yang lain-lain ke? Fikirnya.

Jawapannya, tak.

"Err... Kapten, saya nak jumpa kapten hari ini boleh tak?" Tanya BoBoiBoy sambil berpura-pura sedikit takut dan malu.

"Kenapa?"

"Datang sajalah!" BoBoiBoy secara tidak sengaja telah memarahi Kapten Kaizo. Ekspresinya cepat-cepat berubah menjadi panik.

"Ah! Uh, umm... Maksud saya, jumpa di tempat berdekatan Markas Kotak Adu Du. Kita bincang di kapal angkasa Kapten ya? Terima kasih." BoBoiBoy cepat-cepat mematikan panggilan hologram itu lalu menghembuskan nafas setelah menahan perasaan meluatnya.

Kapten Kaizo pula sudah mengesyaki sesuatu. Apa sedang berlaku ni?

***
"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam" Tok Aba membuka pintu rumahnya. "Oh Yaya, masuklah. Ada apa ni?"

"Erm... Saya nak jumpa BoBoiBoy boleh tak?" Yaya meminta izin dengan sopan.

"Maaflah Yaya, BoBoiBoy tak ada. Atok pun tak tahu ke mana dia pergi. Dia ke rumah Fang kot. Tak pun Gopal." Wajah Yaya berubah menjadi sayu.

"Saya ingatkan dia ada di sini, sebab kawan-kawan saya yang lain cakap mereka tak ada nampak dia hari ni." Tok Aba pula terkejut.

"Dia tak ada? Mana dia pergi?" Tanyanya dengan nada terperanjat. Yaya menjongketkan bahunya.

"Kena bagitahu Ochobot ni. Ochobot!"

"Yea Tok!" Ochobot muncul disebelah Tok Aba.

"Cuba kamu hubungi BoBoiBoy"

"Kenapa Tok?" Ochobot tanya dengan rasa curiga.

"Dia hilang. Atok takut ada sesuatu terjadi pada dia je. Dia pun tak ada cakap ke mana dia nak pergi masa dia keluar pagi tadi,"

"Oh.. Ok!" Ochobot cuba hubungi BoBoiBoy, namun gagal. Dia menghubungi BoBoiBoy lagi sekali, tetapi panggilannya tetap tidak dijawab.

"Dia tak angkatlah, Atok."

"Haih... Tak boleh jadi ni. Macam mana kalau ada apa-apa berlaku pada dia? Dia seorang sahaja cucu yang Atok ada..."

"Erm... Jangan risau Tok Aba, biar kami cari BoBoiBoy. Dia mesti ada di sekitar kawasan ni. Saya minta diri dulu ya, Tok Aba." Yaya pun terbang meninggalkan Tok Aba dan Ochobot di situ.

***
"Korang dah jumpa BoBoiBoy ke?" Tanya Fang pada Yaya dan Ying melalui panggilan hologram. Mereka berdua menggelengkan kepala.

"Dia tak ada dekat kawasan perumahan ni. Dia ada tak kat bandar sana?" Giliran Fang dan Gopal pula menggelengkan kepala. Ying mengeluh.

"Haiya, mana si BoBoiBoy pergi ni? Nanti kalau si kepala kotak tu serang dia, dia mungkin tak akan selamat maa..."

"Sabar sajalah Ying, lagipun kan BoBoiBoy tu yang terkuat di kalangan pasukan kita. Kita kenalah berharap tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku pada BoBoiBoy." Yaya cuba menenangkan rakan baiknya tu, walaupun dia pun sebenarnya amat risau dengan kawannya itu.

Mana kau, BoBoiBoy? Kitaorang dah risau tentang kau. Tolonglah selamat... Batin Yaya di hati.

"Weh Yaya, kau cakap si BoBoiBoy tu paling kuat antara kita semua? Habis tu, aku ni tak hebat ke?" Gopal menunjuk ke arah sendiri. "Aku boleh tukarkan macam-macam benda jadi makanan atau apa-apa yang aku nak, BoBoiBoy tak boleh tukarkan apa-apa jadi benda lain. Kiranya, akulah yang sepatutnya paling kuat!"

"Tapi, kau tu asyik fikir makanan. Bila musuh datang, kau asyik nak lari je. Kuat ke tu?" Fang menyindir Gopal. Gopal pula, dia sudah tersengih sahaja. Yaya hanya tersenyum kecil.

"Dahlah, jom kita cari tempat lain pula. Aku dengan Gopal akan cari dekat taman permainan, kau dan Ying boleh pergi cari di pantai."

"Ok!" Yaya dan Ying menamatkan panggilan hologram itu setelah menerima arahan dari Fang.

BoBoiBoy, harap-harap kau selamat. Fikir Fang sambil memandang ke atas langit.

"Wey Fang, berapa lama lagi kau nak berangan tu? Kata nak pergi cari BoBoiBoy dekat taman permainan," Gopal mengusik Fang dari belakang. Fang menoleh ke arah Gopal lalu mencebik.

"Haih, yelah-yelah. Jom,"

***
"Pedang Halilintar!"

"Tetakan Tenaga!"

"Gerudi Taufan!"

"Tanah Tinggi!"

"Dinding Tenaga!"

***
610 patah perkataan je O3O

Yey idea melimpah ruah masuk-

Apa yang sedang berlaku diantara Kapten Kaizo dan BoBoiBoy?

Hmm...

-Shaz

Dominate (BBB Fanfic)Where stories live. Discover now