Part 7: Versus

268 12 11
                                    

"Ladies first..." Reverse menunduk hormat konon-kononnya.

Makin berapi Fang dibuatnya. Mana taknya, kena panggil perempuan 😂😂😂

"Yii...! Aku bukan perempuanlah! SEPARA BERUANG BAYANG!" Fang bergabung dengan bayangnya dan membentuk beruang. "SERANGAN BERUANG BAYANG!"

Reverse menghilang. Dia muncul di bahagian kanan Fang. Fang serang ke bahagian kanannya pula. Reverse menghilang lagi dan muncul di bahagian kirinya. Perkara yang sama berlaku berulang kali dengan Fang menggunakan pelbagai serangan sehinggalah apabila Fang sempat menangkap Reverse dengan jejari bayangnya, tetapi kuasa bayangnya tembus melepasi badannya. Reverse tersenyum.

"Sepertinya kau terlupa sesuatu."

"Hah!?"

Jari-jemari Salleh- err... Maksud Shaz...

Jari-jemari bayang itu memusingkan arahnya kearah Fang.

(Fang: Kau dah terlebih tengok cerita Upin & Ipin ke apa, Shaz?
Shaz: Ha... Haha...)

"Kuasa bayang adalah sebahagian daripada kuasa kegelapan. Kau lupa ke tak tahu?"

Jejari bayang itu terus mengikat Fang. Fang cuba untuk melepaskan diri, tetapi jam kuasanya telah dimanipulasikan oleh Reverse. Reverse mengawal jari jemari bayang itu lalu menghempas Fang ke atas lantai kapal angkasa itu.

"Ergh...!"

"FANG!"

Reverse tersentak. Dia pandang ke belakang lalu ternampak Yaya, Ying dan Gopal bersama Leftenan Lahap.

"Kau! Bukan aku dah bekukan kau ke?!"

"Ais tetap akan cair." Leftenan Lahap tersenyum sinis.

"Yii...! Aku dah malas nak layan korang semua! SERANGAN PANAH HITAM!"

Mereka semua mengelak daripada terkena panah-panah yang berwarna hitam.

"Tukaran gula-gula!" semua panah-panah hitam itu berubah menjadi gula-gula. Reverse menjadi semakin marah.

"IIIISH...! KUASA-"

"PERLAHANKAN MASA!"

"Tukaran gula-gula kapas!" jari-jemari bayang yang mengikat Fang berubah menjadi gula-gula kapas. Fang dapat lepaskan diri.

"Siapa dia tu, Fang? Kenapa rupa dia macam BoBoiBoy?!"

Fang menghela nafas. "Ada sesuatu telah mengambil alih BoBoiBoy."

Mereka semua terkejut.

"Apa!?"

Masa bertukar menjadi normal serta-merta.

"Fang! Kau jaga kapten!" arah Leftenan Lahap.

"Baik!"

"KUASA HALILINTAR! PANAHAN HALILINTAR!"

"Tukaran ro- AAAH!" Gopal terkena panahan halilintar itu.

"GOPAL!"

"Graviti pemberat!" Reverse jatuh ke tanah akibat kesan graviti pemberat itu.

"Rasakan ni! SERANGAN TOKSIK-"

"Jangan! Nanti kita akan sakitkan BoBoiBoy!" Yaya dan Ying pantas menghalang Leftenan Lahap.

"Huh... Korang masih kisah tentang budak mentah ni rupanya." Reverse kelihatan sedang mencuba sedaya upaya untuk berdiri, dan akhirnya dia berjaya.

"Hah!?"

"Reverse kuasa TIGA!"

Reverse berpecah menjadi Halilintar, Taufan dan Gempa, namun rupa mereka berwarna hitam dan putih, kecuali warna mata mereka yang masih sama dengan warna mata yang sebenar.

"Alamak, dia dah pecah tiga ma!" Ying terkejut.

"Kita dah tak ada pilihan lain selain daripada sakiti dia! SERANGAN TOKSIK!" Leftenan Lahap mengeluarkan  toksik ke arah ketiga-tiga Reverse itu, namun berjaya dielak.

"B.. Baiklah..." Yaya masih teragak-agak. "Err... Apungan graviti! Hempasan graviti!"

Kesemua alter ego Reverse dihempas ke atas lantai kapal angkasa itu. Walaubagaimanapun, mereka sedikit pun tidak merasa penat.

"Huh..! GERUDI TAUFAN!"

Yaya menahan gerudi taufan itu. Ying datang kearahnya lalu...

"Seribu tendangan laju..! HIYAAH!"

"Ergh!" Taufan ditendang sehingga tersungkur, sehinggalah apabila seseorang memegang kaki Ying.

"Apakah!?"

"Hiyargh!" Ying dihempas ke lantai oleh Halilintar.

"Tetakan pedang halilintar!"

"AAAH...!"

"YING!" Yaya pergi mendapatkan Ying.

"Tanah cerakah!"

"Serangan toksik!" Tanah cerakah yang dibina oleh Gempa dihancurkan oleh Leftenan Lahap. Serangan itu terkena pada Halilintar.

"ARGH...!" Halilintar terus jatuh, tidak sedarkan diri.

"Yii..! Berani kau! SERANGAN TANAH TINGGI! BERTUBI-TUBI!"

Leftenan Lahap mengelak kesemua tanah tinggi yang dikeluarkan oleh Gempa, namun dia tidak menyedari lagi satu serangan yang datang dari belakangnya.

"Boomerang taufan!"

"Tumbukan padu!" Yaya menumbuk kesemua boomerang taufan yang muncul. Leftenan Lahap tersedar akan Yaya yang berada di belakangnya.

"Fuh... Nasib baik. Terima kasih, Yaya..."

"Hehe, sama-sama!"

"OI! SEMPAT LAGI KORANG BERSEMBANG! GERUDI MEGA TAUFAN!"

"Hah?!" Yaya terkejut. "TUMBUKAN PADU MAKSIMA!"

"GOLEM TANAH! TUMBUKAN TANAH!"

"Ergh...!" Yaya cuba untuk melawan serangan Gempa dan Taufan, namun tidak mampu. Kemudian...

"SERANGAN TOKSIK MAKSIMA!"

"Huh!?" Yaya mengelak serangan tadi. Serangan itu mengena Gempa dan Taufan.

"HUAAAARGH!" Gempa dan Taufan tumpas. Mereka bercantum semula bersama Halilintar. Reverse tercungap-cungap.

"Huh... Hah... Aku... Aku takkan kalah selepas ini... Dah, malas aku nak lawan lagi... Daa~"

Kemudian, dia menghilang.

"Eh?! Mana dia pergi?" Yaya memandang persekitarannya. "Dia dah lari ke?"

"Tak apalah Yaya, asalkan kita selamat..." Kata Leftenan Lahap.

***
-Timeskip-
Catch you, catch you, catch me, catch me, wait for me, look this way, and say that you love me.

***

Reverse's POV

Huh... Tak sangka aku dah lepaskan korang begitu sahaja...

Takpelah... Aku boleh serang lagi lain kali...

There's always next time.. Maybe for me, at least... I'm just a virus, after all... Hehehe...

"Urgh..."

Aku memandang ke arah BoBoiBoy. Dia tak nampak tenang.

Heh... Apa kata aku kejutkan dia?

***

Nae, Shaz ada dapat satu mimpi pelik ni... Tentang BoBoiBoy dengan Fang kena seksa, lepas tu tentang BoBoiBoy dengan pecahan lima/tujuh dia (tak ingat berapa). Tak, dua-dua cerita ni tak terpisah, dua-duanya ada hubungkait.

Kalau Shaz buat satu extra chapter tentang mimpi tu, korang nak baca tak?

-Shaz

Dominate (BBB Fanfic)Where stories live. Discover now