Fang kaku.
Dia baru sahaja melihat rakannya bertindak ganas.
Lebih teruk lagi apabila mangsa rakannya ialah abangnya sendiri.
Matanya membulat melihat iris dua warna milik rakannya itu.
"K-kau..."
Entah kenapa, Reverse terasa sesuatu yang perit pada kepalanya. Irisnya memudar sedikit.
"Fang..." BoBoiBoy memanggil namanya dengan perlahan. Wajahnya terpampang jelas rasa bersalahnya.
"Apa kau dah buat..."
"Fang-"
'Eh sibuk kau, pergi tidur balik!'
"Tak-"
'Sleep mode.'
"Tidak..."
BoBoiBoy hilang kesedaran. Dia tertunduk secara tidak langsung. Tiba-tiba, dia tersenyum lalu pandang Fang dengan tatapan seperti pesakit jiwa. Senyuman yang diberikan itu bukan senyuman genuine nya yang biasa, bukan senyuman dari dirinya yang peramah.
Senyuman yang menyeramkan.
"Kau pun nak main sekali ke, Fang?"
"Apa yang kau cakapkan..."
"Hehehe... Kunci kesedaran."
Iris mata Fang berubah menjadi warna hitam sepenuhnya. Dia berjalan ke arah Reverse tanpa bantahan atau keluhan. Sebaik sahaja dia tiba di hadapan Reverse, iris matanya kembali menjadi warna merah keperangannya yang asal. Reverse petik jarinya di hadapan mukanya. Fang tersentak.
"Haih... Kau berangan ke Fang? Sampai tak sedar aku dah kawal kau?"
Fang menjadi terkejut lagi.
"T... Tak mungkin... Macam mana kau..."
"Aku ingatkan, bila kau cakap kau lagi hebat daripada BoBoiBoy... Kau tahu segala kemampuan dan kelemahan dia. Rupanya, aku dah silap menilai kau..."
"Apa maksud kau?"
Reverse menghela nafas. "Gari kuasa."
Muncul empat tali berwarna kuning dan hitam dari lantai lalu mengikat kedua-dua tangan dan kaki Fang. Tali-tali itu menarik Fang kebawah, menyebabkan Fang jatuh.
"Kuasa BoBoiBoy ialah kuasa Elemental, kuasa yang membenarkan BoBoiBoy memanipulasi elemen-elemen yang ada di Bumi. Kuasa, atau lebih tepat, tenaga juga merupakan salah satu elemen kuasa ini, kerana ia mempunyai hubungkait dengan elemen cahaya. Kuasa itu juga merupakan kuasa abang kau tu. Kau tak tahu ke tentang tu?"
YOU ARE READING
Dominate (BBB Fanfic)
Fanfiction-8 CHAPTER; ON HOLD- Sebuah fanfiksyen BoBoiBoy. *** Pecahan dari satu ke tiga, satu ke lima, satu ke tujuh. Itulah kebolehan BoBoiBoy, seorang remaja berumur 14 tahun. Sejak daripada bangku sekolah rendah lagi, dia telah memiliki kuasa Elemental. S...