"Kenapa?!! Kenapa mesti adik Beom jadi sasaran kerja keji appa?!!" samuk Jaebum yang baru berumur 7 tahun itu sambil dia mencengkam kolar ayahnya yang sudah terbaring di lantai. Mr.Im memegang tangan kecil Jaebum yang mencengkam kolarnya manakala matanya memandang mata Jaebum yang mengalirkan air mata dengan deras.
"Mianhae, Jaebum. Kalau Jaebum nak Youngjae selamat, Jaebum kena lindungi dia" kata Mr.Im dengan nada agak tenang. Jaebum berasa semakin marah dan baru sahaja dia hendak memarahi ayahnya itu, tiba-tiba dia terdengar jeritan dari suara yang sangat familiar.
"Hyung!!!" jeritan itu memanggilnya dan Jaebum tahu suara itu datang dari adik lelakinya. Jantung berdegup laju, dia menoleh dan dia ternampak Youngjae diseret menjauhinya.
"Youngjae-ah!" jerit Jaebum, panik melihat adiknya yang cuba berhentikan diri dari diseret tetapi gagal. Youngjae menjerit ketakutan, air mata mengalir laju.
"Hyung, tolong Youngjae!!"
"Jaebum hyung!!!"
"Hyung!!"
Jaebum terus menjerit dan tersedar dari lena. Dia terus duduk dari posisi tidurnya. Nafasnya berat dan peluh membasahi dahi dan belakangnya. Dia menoleh, menampakkan adik lelakinya itu duduk di atas katil sebelah tempat dia berbaring.
"Hyung, Youngie lapar" adu Youngjae dan mulutnya dicebikkan. Jaebum baru tersedar situasi tadi hanya mimpi membuatkan dia mengeluh dengan penuh lega. Rasa macam nak nangis pun ada dan dia terus memeluk adiknya itu dengan erat. Youngjae jadi terpinga-pinga.
"Oh thank god, you're safe. I was so scared" kata Jaebum dalam nafasnya. Youngjae terdiam, sebelum dia dengan perlahan mengusap belakang badan abangnya itu.
"Hyung, Youngjae okaylah. Janganlah macam ni" kata Youngjae perlahan. Jaebum mengambil masa sebelum dia lepaskan pelukan, mula berasa tenang. Dia tersenyum ke arah Youngjae membuatkan remaja lelaki itu membalasnya dengan senyuman membunuh - The most adorable sunshine smile.
How cute.
"Palli mandi, lepas tu masakkan Youngie sarapan okay?" kata Youngjae, kembali teruja. Jaebum tersenyum dan mengangguk perlahan dengan permintaan adik kesayangannya itu. Tiba-tiba Jaebum menguap membuatkan Youngjae menarik muka.
"Ngantuk lagi" kata Youngjae dan Jaebum ketawa kecil dalam separa sedarnya. Youngjae kemudian turun dari katil, dan dia terus menuju ke arah tingkap. Tingkap bilik Jaebum dibuka dan Youngjae menapak ke balkoni.
"Ahh~ What a bright day!" kata Youngjae penuh riang dan dia menoleh ke arah Jaebum yang memerhatikannya. "C'mon hyung! Mana boleh tidur masa hari macam ni"
Jaebum tergelak kecil. Youngjae turut ketawa kecil selepas Jaebum sebelum dia memandang ke luar balkoni. Dia memerhati sekeliling sebelum dia ternampak seseorang yang familiar sedang berjalan agak jauh dari rumah mereka.
"Hyung! Jinyoung hyung on the way!" kata Youngjae penuh semangat. Saat itu Jaebum sudah pun bangun dari katil, dan menuju ke meja untuk mengambil baju. Youngjae teruskan lagi memandang sekeliling sebelum kali ni dia mendongak ke langit dan dia ternampak sebuah helikopter tidak jauh dari rumah mereka.
"Oh? Heli lah!" kata Youngjae teruja tetapi kemudian dia tersedar sesuatu. Helikopter itu tidak bergerak. Youngjae mengecilkan mata untuk melihat helikopter itu lebih jelas.
Tiba-tiba terdapat tali ditembak dari helikopter itu ke arah balkoni apartment Jaebum dan Youngjae membuatkan Youngjae terkejut. Youngjae tak sempat menyelamatkan diri apabila tali tersebut membaluti pinggangnya dan sejurus itu dia ditarik terbang.
"Hyung!!" jerit Youngjae ketakutan membuatkan Jaebum menoleh dan ternampak Youngjae yang dibawa pergi. Jaebum terkejut.
"Youngjae-ah!"
![](https://img.wattpad.com/cover/103474445-288-k230025.jpg)
YOU ARE READING
[C] Larynx | Got7 2Jae Malay Fanfic
Hayran Kurgu"Hyung, Youngjae takut..." Length : 10 chapters (Completed) Genre : Angst, Action, Brotherhood Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start ; 2 May 2017 End ; 1 November 2017