Jaebum tersedar dari pengsan dan dia perasan yang dia berada di atas sofa. Dia mula duduk dan Jinyoung terus menariknya berdiri membuatkan dia terpinga-pinga. Jinyoung kelihatan serious dan dia menghulurkan sepucuk pistol ke dada Jaebum membuatkan Jaebum menyambutnya.
"Youngjae. Tempat persembunyian Kumpulan Seok Oh. Kau ada 35 minit" kata Jinyoung sangat serious membuatkan Jaebum terkejut. Dia terus berlari keluar daripada apartmentnya sambil tangan menyimpan pistol di bahagian seluarnya.
BOO SEOK OH, 49, HYPNOSIS EXPERT.
Jaebum memecahkan pintu bilik bawah tanah itu sebelum melangkah masuk dan dia nampak Seok Oh duduk bertenang di sebuah kerusi agak jauh dari pintu utama membuatkan dia melangkah laju untuk mendekati Seok Oh. Seok Oh kelihatan tenang, bermain dengan jam randik di tangannya sambil menunggu Jaebum menghampirinya.
"Zeto" kata Seok Oh sejurus Jaebum tiba di hadapannya dan Jaebum terus mengacukan pistol ke arah kepala Seok Oh dan serentak dengan itu beberapa orang konco Seok Oh mengacukan pistol di kepala Jaebum. Jaebum kelihatan marah, Seok Oh tersenyum sinis.
"Lama kita tak jumpa, Jaebum-ah" kata Seok Oh sambil bersandar dan menyilang kaki. Jaebum masih serious.
"Return my brother to me. Now" Jaebum memberi arahan. Seok Oh tersenyum tiba-tiba dan dia ketawa kuat, penuh sinis. Jaebum bertambah marah.
"Return?" ulang Seok Oh dan dia ketawa kecil sebelum menggeleng. "Takkan ada baju panas kalau tak memburu" katanya dan Jaebum faham. Seok Oh tersenyum sinis.
"Rullino" kata Seok Oh dan sejurus itu, konco-konco yang mengacukan pistol ke arah Jaebum tadi kebelakang sebelum berjalan keluar dari kawasan itu. Jaebum diam, dan dia menyimpan pistolnya di bahagian seluarnya semula.
"Lawan seorang konco aku sampai dia terbunuh. Lepas itu baru aku pulangkan adik kau" kata Seok Oh penuh yakin. Walaupun Jaebum agak ragu-ragu, tetapi dia tetap perlu melakukan semua itu untuk menyelamatkan Youngjae. Dia mula kebelakang, membenarkan Seok Oh untuk memanggil konco untuk dilawan. Seok Oh tersenyum penuh makna.
"Surezto" sebut Seok Oh dan pada masa itu, dua orang konco berbadan besar tiba-tiba menghampiri Jaebum lalu masing-masing memegang kaki dan tangan Jaebum, menghalang Jaebum daripada bergerak langsung.
Jaebum cuba meronta tetapi mereka sangat kuat. Tiba-tiba, Jaebum terus berhenti meronta dan dia terkejut apabila dia ternampak satu tubuh lain yang meronta dan meraung teruk selepas satu konco lain menarik tubuh tersebut keluar dari sebuah bilik. Air mata Jaebum terbentuk.
No way.
"Lepaskan Youngjae!! Jaebum hyung, tolong!!" jerit Youngjae sambil menangis teruk. Jaebum sangat terkejut dan dia mula meronta lebih kuat.
"Youngjae-ah!!" jerit Jaebum, betul-betul risau dengan keadaan Youngjae yang kelihatan sangat takut. Dia melihat Youngjae dibawa ke arah kerusi Seok Oh dan Seok Oh bangun untuk menghampirinya.
Youngjae semakin takut apabila melihat lelaki tua itu menghampiri. Seok Oh berdiri betul-betul di hadapannya, dan dia menyentuh dahi Youngjae menggunakan jari telunjuknya. Mata Youngjae kini terpaku pada mata Seok Oh membuatkan Jaebum lebih panik.
"Youngjae-ah, no!"
"Urez si matra evis lusorfi, toran ize porti marida ni voi" Seok Oh membaca mantera dengan lancar sambil natanya memandang mata Youngjae membuatkan Youngjae takut tapi tak mampu bergerak kerana tubuhnya dikunci oleh pegangan seorang konco. Sejurus Seok Oh habis melafazkan mantera, dia memetik jari membuatkan Youngjae seperti kembali ke realiti. Youngjae tak lagi takut, dan tubuhnya dilepaskan oleh konco tadi.
"My dear son" panggil Seok Oh dan Youngjae memandangnya. Air mata Jaebum mengalir. Youngjae dah dihipnosis. Youngjae kelihatan senyum ke arah Seok Oh.
"Yes, father?" jawab Youngjae dan Jaebum tergamam. Air matanya mengalir semakin laju.
No. Not my Im Youngjae.
"There's a evil shadow, try to kill your father. Can you stop and kill him?" tanya Seok Oh penuh lembut sambil dia menunjukkan ke arah Jaebum. Youngjae memandang Jaebum dengan muka marah.
"My pleasure, father" kata Youngjae dan dia terus menuju ke arah Jaebum. Jaebum dilepaskan dari dua konco yang memegangnya tadi dan dia kebelakang menjauhi Youngjae yang ingin mendekati.
"Youngjae, no. Stop! I don't want to hurt you" kata Jaebum dan dia masih kebelakang. Youngjae tersenyum sinis.
"Well, I want" balas Youngjae dan sejurus itu dia mula menyerang Jaebum dengan satu tumbukan tetapi Jaebum sempat menghalang. Tak cukup dengan itu, dia menyerang Jaebum tanpa henti dan Jaebum dapat mengelak setiap satunya.
"Youngie, please!"
---
Jinyoung melangkah masuk ke dalam bilik bawah tanah itu dan dia terus nampak adegan di mana Youngjae menyerang Jaebum. Dia kemudian ternampak Seok Oh yang duduk menonton dengan muka sinis dan tiada sesiapa yang lain.
Jaebum jatuh terbaring apabila penumbuk Youngjae singgah di pipi kirinya. Darah mula mengalir dari bibirnya dan dia tak sempat melakukan apa-apa kerana Youngjae menyerangnya tanpa henti. Satu tendangan terkena tepat pada perut Jaebum membuatkan darah terpercik dari mulut Jaebum.
Jinyoung terus mencelah apabila dia dapat menghalang Youngjae dari menyerang Jaebum lagi. Dia membalas serangan Youngjae dengan menumbuk pipi Youngjae membuatkan Youngjae kebelakang beberapa tapak sebelum jatuh terduduk, tertunduk.
"Jaebum-ah, gwenchana?" tanya Jinyoung, menolong Jaebum berdiri. Jaebum mengangguk dan mereka serentak memandang Youngjae yang masih tunduk memandang lantai tetapi dia mula berdiri. Jaebum terkejut melihat darah menitis dari mulut Youngjae.
"Jinyoung, you hurt him" kata Jaebum membuatkan Jinyoung turut terkejut dan rasa bersalah serta-merta. Tiba-tiba Youngjae mengangkat kepala dan memandang ke arah Jaebum dengan tepi bibirnya berdarah dan matanya mengalirkan air mata laju.
"Hyung, sakit..." kata Youngjae dan dia terus menangis, kelihatan agak takut. Jaebum yang turut merasa sakit lantas hendak menenangkan adik lelakinya tetapi Jinyoung menghalangnya.
"No, Jaebum. He's not your brother. Dia cuba trick kita" kata Jinyoung. Jaebum memandang Jinyoung, agak ragu-ragu.
"Jaebum hyung..." panggil Youngjae dan dia mendepa tangan, minta dipeluk oleh Jaebum. Jaebum terasa hatinya hancur. Dia cuba melepasi Jinyoung.
"Nyoung, adik aku--" Jaebum meronta dan dia berjaya melepasi Jinyoung membuatkan Jinyoung terkejut.
"Jaebum, no!"
Sejurus Jaebum menghampiri Youngjae, Youngjae terus tersenyum sinis dan serentak dengan itu, sebilah pisau dikeluarkan dari poket jacketnya untuk menusuk Jaebum. Tetapi Jinyoung lebih pantas apabila dia sempat memegang Jaebum dan berpusing untuk menukar tempat dengan Jaebum.
Dan pisau tersebut menembusi tepat ke dada Jinyoung.
To Be Continue . . .|
![](https://img.wattpad.com/cover/103474445-288-k230025.jpg)
YOU ARE READING
[C] Larynx | Got7 2Jae Malay Fanfic
أدب الهواة"Hyung, Youngjae takut..." Length : 10 chapters (Completed) Genre : Angst, Action, Brotherhood Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start ; 2 May 2017 End ; 1 November 2017