5 months later...
Jaebum meniarap di atas katilnya sambil menghadap laptop. Jaebum dan Youngjae sudah pun berpindah ke satu rumah banglo dua tingkat, agak jauh dari apartment lama mereka. Mereka memulakan hidup baru, lebih bebas daripada sebelum ini.
Sedang Jaebum melayari Internet, tiba-tiba pintu biliknya diketuk membuatkan dia menoleh ke arah pintu tersebut. Jaebum terus tersenyum apabila kepala Youngjae menjengah ke dalam biliknya.
"Hyung, Youngie nak masuk boleh?" tanya Youngjae perlahan. Jaebum tersenyum manis dan mengangguk. Youngjae terus masuk dan menuju ke katil sebelum meniarap di sebelah Jaebum. Jaebum kembali memandang laptop dan suasana sunyi untuk seketika.
"Hyung" panggil Youngjae perlahan. Jaebum tak mengalihkan pandangan.
"Eoh, kenapa?"
"....Youngjae rindu Jinyoung hyung"
Jaebum berhenti menekan papan kekunci. Dia terdiam dan pada masa tersebut Youngjae menoleh ke arahnya.
"Dia takkan balik ke?" tanya Youngjae, nadanya lemah membuatkan Jaebum rasa bersalah kepada adiknya. Dia membalas pandangan Youngjae. Dia mengambil masa sebelum tersenyum lemah dan mengangguk.
"Dia akan balik" kata Jaebum seperti berbisik sambil mengusap rambut adik lelakinya.
"Kita tunggu je, okay?"
---
"Good morning, Jaebum hyung.." ucap Youngjae dengan suara ngantuknya sambil dia menggosok mata dan masuk ke dalam dapur di mana Jaebum sedang masak untuk sarapan pagi. Jaebum menoleh dan tersenyum manis.
"Eoh, did you sleep well?" tanya Jaebum lembut. Youngjae hanya mengangguk oleh kerana dia masih mengantuk. Youngjae mengambil tempat duduk di meja makan dan Jaebum datang di hadapannya untuk meletakkan sarapan di atas meja. Tak lama kemudian mereka mula senyap bersarapan. Sedang suasana sunyi, tiba-tiba Youngjae terfikir sesuatu.
"Hyung" panggil Youngjae dan dia memandang Jaebum. Jaebum membalas pandangannya. "Golden card tu apa?" tanya Youngjae membuatkan Jaebum terdiam.
"Mana Youngie dengar?" tanya Jaebum. Youngjae menggeleng.
"Youngie ada baca dekat carta organisasi kumpulan appa waktu kita nak pindah sebelum ni. Waktu pekerja-pekerja tu angkat almari hyung, Youngie ternampak carta tu so Youngie baca sekali imbas. Dekat bawah kanan carta tu ada tulis 'Golden Card' " terang Youngjae. Jaebum mengangguk faham.
"Hyung pun tak pasti sangat. Jinyoung cakap sebelum ni, Golden Card tu mungkin ahli yang disorokkan. Tapi Jinyoung kata tu sebagai nak takut-takutkan kumpulan lain je. So mungkin sebenarnya Golden Card tak wujud" terang Jaebum pula. Youngjae mengangguk faham dan selepas itu tiada lagi perbualan oleh kerana Jaebum menyuruh Youngjae sambung makan. Mereka senyap sekali lagi sebelum Youngjae terfikir sesuatu sekali lagi.
"Ah, hyung" panggil Youngjae lagi dan sejurus Jaebum memandangnya, Youngjae tersengih comel.
"Youngie nak keluar petang ni, boleh?" tanya Youngjae membuatkan Jaebum terdiam seketika sebelum tersenyum.
"Well, I see why not" jawab Jaebum tenang. Tiba-tiba Youngjae menarik muka, memandang Jaebum dengan muka 'not-amused'. Jaebum terkedu.
"What?"
"Jangan. Ikut. Youngjae" Youngjae memberi amaran sambil garfunya diacu-acukan ke arah Jaebum. Jaebum tersentak. Damn, busted! Getus Jaebum dalam hati dan dia ketawa palsu.
"Ey~ Tak terlintas pun nak ikut Youngjae geez tolonglah!" bohong Jaebum dengan begitu ketara. Youngjae sedikit pun tak terpedaya membuatkan Jaebum terdiam. Akhirnya Jaebum tarik muka dan mengeluh.
"Fine"
---
Youngjae seronok berjalan seorang diri di shopping mall itu sambil menolak troli yang diisi dengan makanan ringan. Dia menyinggah di kedai baju, kedai game, hampir setiap kedai bahkam juga kedai herba. Dia tak pernah rasa sebebas itu oleh kerana selama ini Jaebum pasti akan mengekorinya secara senyap.
Sedang dia menolak troli tanpa arah tuju, tiba-tiba matanya terpandang ke arah cyber cafe membuatkan dia menjadi teruja. Dia meletakkan troli di tepi kafe itu kemudian terus masuk untuk menyewa satu komputer dan bermain game.
---
Jaebum mengeluh berat.
Pertama kali dalam hidupnya dia berasa bosan. Dia langsung tak tahu nak buat apa. Youngjae sudah mengugutnya tadi membuatkan dia tak mampu berbuat apa-apa berkaitan dengan Youngjae seperti yang dia selalu lakukan sejak dia kecil.
"Jangan ikut Youngie, jangan track phone Youngie, jangan upah orang, jangan track Youngjae guna satelite ke cctv hack ke whatever. Jangan sesekali buat semua tu kalau tak nak Youngie abaikan hyung dua bulan straight. Biarkan. Youngie. Sorang-sorang" ugut Youngjae sambil matanya dikecilkan ke arah Jaebum. Jaebum terkedu seketika.
"Habis kalau Youngie dalam masalah?" tanya Jaebum, cuba mencari alasan. Youngjae memeluk tubuh.
"Youngie call hyung"
"Kalau phone Youngie kena ambil dengan orang jahat tu?"
"Hyung, Youngie pergi tempat yang ramai oranglah. Youngie boleh jerit. Dah, janganlah--"
"Kalau orang tu pengsankan Youngie?"
"Hyung"
"Kalau orang tu bagi dadah dekat Youngie? Kalau dia tembak terus--"
"Jaebum hyung!!" jerit Youngjae geram membuatkan Jaebum terdiam. Youngjae memandangnya tajam.
"Youngie akan okay! Seriously! Just jangan buat apa yang Youngie kata tadi kalau tak Youngie takkan cakap dengan hyung langsung" ugut Youngjae makin teruk membuatkan Jaebum terkejut.
"Tapi--"
"Hyung!!"
"Aihh yalah yalah araseo!"
Jaebum mengeluh lagi. Tak guna punya budak. Tak tahu agaknya abang dia risau dekat rumah. Getus Jaebum dan dia bangun dari sofa untuk ke dapur.
Dia sedang mengeluarkan susu di dalam peti sejuk apabila dia terdengar bunyi pintu utama dibuka. Dah balik pun. Jaebum mengguling mata dan berkeputusan untuk tidak menoleh memandang pintu masuk yang dia sedang belakangi itu.
"Dah balik? Ingatkan Youngie balik lambat--"
Prangg!
Jaebum rebah.
Kepalanya mula mengalirkan cecair merah, pandangannya mula kabur dan dia terbaring lemah antara kepingan-kepingan kaca pasu yang dihentak di kepalanya tadi. Dia mengalihkan pandangan kaburnya ke arah sepasang kaki yang berdiri betul-betul di hadapannya.
Dia mula menaikkan pandangan, menampakkan susuk kabur yang pasti seorang lelaki. Dia cuba fokus ke wajah lelaki itu tetapi darah terlalu banyak keluar dari kepalanya membuatkan dia terus tidak sedarkan diri.
Jinyoung memandang Jaebum yang tidak sedarkan diri itu tanpa reaksi, dan kemudian dia berlalu ke ruang tamu, meninggalkan Jaebum di situ.
PARK JINYOUNG, 23,
THE GOLDEN CARD.To Be Continue . . |
YOU ARE READING
[C] Larynx | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfiction"Hyung, Youngjae takut..." Length : 10 chapters (Completed) Genre : Angst, Action, Brotherhood Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start ; 2 May 2017 End ; 1 November 2017