Four

585 66 12
                                    

Youngjae terus mencucuk dada orang di hadapannya itu, dengan senyuman sinis di bibir. Sejurus dia mengangkat muka, dia terkejut apabila orang yang ditusuknya ialah Seok Oh. Seok Oh memandang Youngjae dengan mata berair.

"F-Father!" Youngjae jerit. Seok Oh kemudian memegang pipi Youngjae dengan lembut, mata mereka terpaku dekat satu sama lain.

---

"Jaebum, bagi aku masa dengan Youngjae" kata Jinyoung, matanya memandang tepat ke dalam mata Youngjae yang berair. Seok Oh yang memerhati dari jauh terkejut.

B-Budak tu boleh memukau?

Terkejut Seok Oh apabila dia tersedar yang Jinyoung memukau pandangan Youngjae membuatkan Youngjae melihat diri Jinyoung sebagai Seok Oh. Dirinya rasa tercabar.

"Fornetta!" jerit Seok Oh dan konco-konconya mula bergerak untuk menyerang Jinyoung. Jaebum yang nampak keadaan itu lantas mara dan berlawan dengan mereka semua, membenarkan Jinyoung mempunyai sedikit masa dengan Youngjae.

Jinyoung menatap mata Youngjae agak lama sebelum tiba-tiba Youngjae berkerut sedikit. Mata Youngjae agak kabur sebelum tiba-tiba kembali jelas dan dia tersedar yang Jinyoung berada di hadapannya.

"Jinyoung hyung?" Youngjae keliru dan kemudian dia ternampak dada Jinyoung yang tertusuk pisau dan dilumur darah. Dia menjadi terkejut. "Hyung!!" matanya berair.

Seok Oh terkejut melihat Jinyoung yang tak perlu membaca apa-apa mantera untuk menghapuskan hipnosis yang dilakukannya. Siapa dia ni? Macam mana dia buat?

Matanya tiba-tiba sakit membuatkan dia memejamkan mata rapat. Sejurus dia rasa lebih baik, dia membuka mata semula dan terkejut apabila Youngjae sudah berada di hadapannya, mengacu panah tepat ke kepala.

"Game over" kata Youngjae penuh serious. Seok Oh menjadi takut. Macam mana budak manja tadi boleh jadi sehebat ni?

---

Youngjae terdiam, melihat Jinyoung yang menghala panah di hadapan Seok Oh. Dia tak tahu nak buat apa oleh kerana air matanya mengalir begitu laju. Seok Oh nampaknya kaku, kelihatan takut.

"That little boy. Is mine" kata Jinyoung lagi lalu panah dilepaskan tepat menembusi kepala Seok Oh. Darah terpercik jauh mengena muka Jinyoung. Youngjae terus memandang tempat lain, terasa ngeri melihat perkara itu.

Jinyoung kemudian tak dapat bertahan lebih lama apabila darah terlalu banyak keluar dari tusukan di dadanya membuatkan dia terus rebah saat Youngjae memandangnya semula. Youngjae menjadi panik.

"Jinyoung hyung!" jerit Youngjae serentak itu Jaebum turut tumbang bersama orang-orang Seok Oh yang dihipnosis tadi.

---

"Lepas tu, bahagian ni..." beberapa hari berlalu, Jinyoung hari itu sedang khusyuk melihat manual untuk memasang lego di ruang tamu rumah Jaebum dengan Youngjae di sebelahnya. Walaupun Jinyoung orang yang agak menyeramkan ketika berlawan, dia sangat berlembut dan baik kepada Youngjae seolah-olah seorang ibu.

"Oh dekat sini. Joha joha~" Jinyoung gembira dan satu lagi bahagian mainan itu dicapainya. Sedang dia membaca manual, tiba-tiba dia tersedar yang Youngjae di sebelah hanya menatapnya dari tadi. Dia membalas pandangan Youngjae.

"Kenapa pandang hyung macam tu?" tanya Jinyoung lembut. Youngjae kelihatan bersalah dan dia memandang ke arah dada Jinyoung yang dihalang dengan t-shirt yang dipakainya.

"Youngie rasa bersalah. Youngie yang cucuk dada hyung kan?" kata Youngjae dengan nada seperti hendak menangis dan air matanya sudah pun terbentuk. Jinyoung ketawa kecil.

"Tak lah. Mana ada" kata Jinyoung dan dia mengangkat bajunya, menunjukkan dadanya yang tiada apa-apa kesan tusukan. Youngjae terkejut. Jinyoung tersenyum.

"See? Hyung okay" kata Jinyoung lagi. Youngjae masih tak percaya apabila dia menatap lama dada Jinyoung sehingga Jinyoung menurunkan baju semula. Jinyoung mengusap rambut Youngjae sebelum dia terfikir untuk bermain dengan adik lelaki angkatnya itu.

"Youngie kata Youngie cucuk hyung, kan? Kalau macam tu... hyung cucuk Youngjae balik!" Jinyoung mencucuk Youngjae sekali dan Youngjae mengelak kerana geli sambil ketawa kecil.

Kemudian mereka memandang satu sama lain, Youngjae agak panik manakala Jinyoung tersenyum nakal. Lalu Jinyoung teruskan lagi mencucuk tubuh sensitif Youngjae membuatkan Youngjae ketawa dan cuba mengelak.

"Hyung, jangan!"

"Cucuk dia! Cucuk dia!"

"Ei, gelilah!"

Akhirnya Youngjae berposisi terbaring atas lantai dengan Jinyoung duduk di atasnya. Jinyoung tidak lagi mencucuk, sebaliknya menggeletek Youngjae membuatkan Youngjae ketawa kuat oleh kerana dia tak boleh larikan diri.

Jinyoung turut ketawa sambil menggeletek sehinggalah dia ternampak ada parut yang agak panjang di tulang selangka Youngjae membuatkan dia memberhentikan gerakannya.

"Youngie, tu kenapa?" tanya Jinyoung, agak risau. Youngjae yang tercungap-cungap menjadi agak keliru lantas dia melihat ke arah penglihatan Jinyoung dan ternampak parutnya itu.

"Oh ni?" dia tunjuk ke arah parutnya.

"Youngie tak tahu. Tapi ni dah ada sejak Youngie kecil. Jaebum hyung pun tak tahu kenapa" terang Youngjae tenang dan dia perasan yang Jinyoung kelihatan musykil. "Hyung tak perasan ke selama ni?"

Jinyoung seperti tersedar dari lamunan, lantas dia memandang wajah Youngjae dan menggeleng. Dia kembali memandang parut itu manakala saat itu Youngjae sudah terfikirkan perkara lain yang membuatkan dia teruja.

"Ah, hyung. Macam mana hyung tipu mata orang jahat dengan mata Youngjae hari tu?" tanya Youngjae semangat, dan Jinyoung terpinga-pinga seketika sebelum dia tersedar yang Youngjae berkata tentang pukauan. Dia tersenyum manis.

"Senang je. Nak hyung ajar?"

---

Jaebum menolak almari biliknya ke tepi sehingga memaparkan satu carta organisasi yang terlekat di dinding. Ianya carta organisasi kumpulan ayahnya dulu. Kebanyakkan gambar yang terdapat di carta itu sudah di pangkah.

Jaebum memandang carta itu sekali imbas sebelum dia membuka penutup marker pen menggunakan mulut. Dia memangkah gambar lelaki yang dibawahnya tertulis 'Boo Seok Oh'.

Dia kemudian memandang semua gambar di carta itu lagi dan akhirnya dia terpandang gambar ayahnya bersama ayah Jinyoung. Dia menatapnya seketika dan tersenyum lemah.

To Be Continue . . . .|

[C] Larynx | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now