"Jinyoung, go" arah Mr.Park. Jinyoung masih berbelah-bahagi.
"But--"
"Now!"
Suara lantang ayahnya kedengaran kuat membuatkan dia terpaksa akur walaupun berat hati. Saat itu Mr.Park sudah pun mengeluarkan dua bilah pisaunya dan menyerang Rojin.
Jinyoung berlari pantas ke arah sebuah dinding diikuti Jaebun di belakangnya menarik Youngjae, dan Jinyoung mengeluarkan satu anak panah yang berbentuk sedikit unik. Dia menghala ke arah dinding itu sebelum melepaskan anak panah tadi dan anak panah tersebut meletup sejurus menyentuh dinding menyebabkan ada lubang yang agak besar terbentuk.
Jaebum mengeluarkan Youngjae dahulu daripada bilik itu diikuti dirinya. Pada masa itu, Jinyoung menoleh, melihat ayahnya yang gigih berlawan dengan Rojin yang tanpa henti menyerang. Air mata Jinyoung hampir sahaja terbentuk.
"Jinyoung, palli!" ajak Jaebum, kedengaran tergesa-gesa. Jinyoung menggenggam penumbuk, lantas dia menguatkan diri untuk keluar dari bilik itu, membiarkan Mr.Park bertempur seorang diri.
Mr.Park berjaya menolak Rojin hingga ke dinding dengan pisau di leher penjahat itu. Rojin tak mampu bergerak oleh kerana Mr.Park menahannya menggunakan hampir separuh badan. Mereka memandang mata satu sama lain penuh dendam dan amarah.
"It's over, Rojin. Face your death" kata Mr.Park menahan marah. Rojin tiba-tiba tersenyum sinis.
"It's 'Face OUR death', Seungdal-ah"
Mr.Park terkejut.
Satu letupan kuat kedengaran dari markas milik Rojin membuatkan Jinyoung, Youngjae dan Jaebum berhenti berlari kerana terkejut. Jinyoung yang lari di belakang sekali itu tersentak, jantungnya berdegup laju dan dengan perlahan dia menoleh ke belakang, melihat markas di mana terdapat ayahnya itu.
Bangunan tersebut terbakar dengan marak.
Youngjae terus menekup mulut, mereka bertiga betul-betul terkejut. Air mata Jinyoung terus gugur tanpa bertakung di tubir mata. Dia tak percaya. Air matanya semakin laju tanpa tanda-tanda untuk berhenti.
"A-Appa..." Jinyoung mula berjalan perlahan ke arah kebakaran itu dan Jaebum perasan tindakannya.
"Jinyoung, no--"
"Appa!!" raung Jinyoung dan dia terus lari ke arah bangunan yang hampir hangus itu. Jaebum lantas mengejarnya dan menahan kedua-dua lengannya dari belakang membuatkan dia tak mampu berlari lagi. Dia meronta kuat sambil menangis teruk.
"Andwae!! Appa tak boleh mati!! Appa!!! Jaebum, lepas!! Appa!!! Appa!!" raung Jinyoung kuat dalam tangisannya. Jaebum hanya mendiamkan diri, menahan sebak manakala Youngjae mula menangis perlahan. Jinyoung mula berasa dirinya lemah membuatkan dia jatuh melutut, tangisannya semakin teruk.
"Appa... andwae, jangan tinggalkan Jinyoung, appa jebal..." rayu Jinyoung antara sedu-sedannya.
"Appa, andwae..."
"Jinyoung dah tak ada sesiapa... Appa... Kajima..."
---
Tanah perkuburan itu kosong, hanya tinggal Jaebum dan Youngjae yang memandang ke arah kubur Mr.Park dengan pemakaian mereka sut penuh bewarna hitam. Youngjae masih tersedu-sedan kecil kerana dia amat menyayangi Mr.Park manakala Jaebum hanya mengeluh.
Jaebum kemudian menoleh, menampakkan Jinyoung berdiri di bawah sebatang pokok besar, memandang pemandangan dan posisinya membelakangi kubur ayahnya itu. Jaebum terdiam seketika sebelum bertindak untuk pergi ke arah Jinyoung.
Dia berdiri di sebelah Jinyoung, kedua-dua mereka memandang pemandangan daripada kawasan berbukit tempat mereka berada itu. Mereka kekal senyap untuk sementara sebelum Jaebum memandang Jinyoung, memulakan perbualan.
"I'm sorry, Jinyoung-ah" kata Jaebum, betul-betul bernada kesal. Jinyoung tidak memberi response untuk masa yang agak lama dan kemudian dia membalas.
"Kerja aku dah selesai, kan?" nadanya dingin. Jaebum terdiam seketika sebelum mengangguk kecil.
"Eoh" Jaebum memandang pemandangan. "The organization is over" kata Jaebum, memaksudkan yang tiada sesiapa lagi yang masih hidup dalam organisasi penjahat yang ayah mereka terlibat itu. Jinyoung masih tak beralih mata dari pemandangan di situ.
"Kalau macam tu jangan cari aku lagi" kata Jinyoung membuatkan Jaebum serta-merta memandangnya. Jinyoung bersedia memberi penjelasan.
"Let me breathe, Jaebum. Since I'm surviving alone, I don't need one place to stay forever" kata Jinyoung membuatkan Jaebum terdiam agak lama sebelum mengangguk.
"Suka hati kau. But baliklah bila kau rasa kau perlukan seseorang--"
"Korang bukan family aku" kata Jinyoung mencelah kata-kata Jaebum dan dia membalas pandangan Jaebum. Jaebum sekali lagi terdiam dan dia tahu Jinyoung masih sedih dengan kematian ayahnya. Jinyoung memandang ke dalam anak mata Jaebum.
"You are not my family. And apa yang aku perlukan ialah family aku" kata Jinyoung agak tegas. Jaebum bertindak untuk mendiamkan diri dan setelah seketika, Jinyoung kembali memandang hadapan.
"Just lived well. Mungkin aku akan balik nanti and masa tu aku tak nak kau sakit" kata Jinyoung tiba-tiba, membuatkan Jaebum terkejut. Jinyoung memandangnya. "Araseo?"
Jaebum tak sempat menjawab apabila Jinyoung mula melangkahkan kaki, meninggalkan tanah perkuburan itu. Jaebum melihat Jinyoung berlalu sehingga agak jauh sebelum tersenyum.
"You need to live well too, Park Jinyoung"
"Until we meet again"
To Be Continue |
YOU ARE READING
[C] Larynx | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfic"Hyung, Youngjae takut..." Length : 10 chapters (Completed) Genre : Angst, Action, Brotherhood Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start ; 2 May 2017 End ; 1 November 2017