Last

562 83 26
                                    

Youngjae sedang asyik bermain game di dalam komputer sebelum tiba-tiba dia terdengar suara seorang lelaki.

"Nak hyung ajarkan?" tanya lelaki itu kepada adiknya yang menggunakan komputer di sebelah Youngjae. Youngjae terdiam, memandang dua beradik itu sebelum tersenyum lemah.

Rindunya Jinyoung hyung. Getus Youngjae dan dia mengeluh lemah. Dia harus mengaku dia juga sudah mula merindui Jaebum kerana biasanya Jaebum akan sentiasa ada di sisinya. Firasatnya yang mengatakan seorang diri itu seronok nampaknya salah. Youngjae mengeluh.

Game yang terpampang di skrin komputer itu dibiarkan tidak bergerak. Youngjae memandang skrin komputer itu sebelum mengeluh lagi. Hilang semangatnya untuk bermain game lagi. Akhirnya dia menutup game tersebut.

Dia bersandar malas di penyandar kerusi itu. Dia melihat jam di tangannya dan dia tahu dia masih ada 34 minit sebelum masa tamat. Tetapi sekarang dia langsung tak tahu apa yang nak dibuat. Dia rindu Jaebum. Dia rindu Jinyoung. Dia nak balik.

Tiba-tiba dia mendapat idea.

Dia teringat Jinyoung dahulu pernah mengajarnya cctv hack. Dia lantas menggunakan ilmu itu untuk memecah masuk cctv di rumahnya. Dia teringin nak tahu apa yang Jaebum sedang lakukan.

Sejurus rakaman cctv di ruang tamunya terpampang, dia terkejut. Matanya dibesarkan, jantungnya berdegup laju dan tangannya yang berada di atas papan kekunci itu sedikit menggigil.

Tak mungkin.

Apa yang dia lihat bukan sesuatu yang dia harapkan.

---

Jaebum membuka mata perlahan, rasa sakit kepalanya yang luka semakin jelas membuatkan dia mengerut dahi menahan sakit. Dia hendak memegang kepalanya tetapi kemudian dia sedar tangannya tak mampu digerakkan.

Dia baru tersedar yang dia diikat di sebuah kerusi dengan tangannya diikat di belakang penyandar dan setiap satu kakinya diikat di satu kaki kerusi. Dia terkejut. Dia berada di ruang tamu dan dia diikat pada kerusi yang terletak di ruang makan.

Jaebum meronta sedikit dan dia tahu dia akan makan masa untuk membuka ikatan tangannya. Dia memandang sekeliling sebelum matanya terpaku pada tubuh yang duduk di sofa sebelah kiri dari tempat dia diikat. Jaebum terkejut, tangannya terus berhenti bergerak dan dia terkedu.

"Aku yakin kau dengan Youngjae nak jumpa aku" kata Jinyoung sambil dia membelek anak panah di tangannya dan kemudian dia mengalihkan pandangan memandang Jaebum.

"And aku yakin korang tak nak jumpa aku dengan keadaan macam ni" sambungnya dengan senyuman sinis. Jaebum masih terkedu, dan dia tak percaya Jinyoung yang membuatkan dia pengsan sebentar tadi dan diikat sekarang.

"Jinyoung-ah--"

"Jangan sebut nama aku. Mulut kau terlalu jijik untuk panggil aku dengan nama aku" Jinyoung memandang Jaebum tajam membuatkan Jaebum kembali terkedu. Jinyoung menyimpan semula anak panah yang dipegang tadi ke dalam beg anak panahnya dan dia berdiri untuk menghampiri Jaebum.

"Kenapa kau buat macam ni?" tanya Jaebum perlahan, oleh kerana dia tahu Jinyoung takkan buat sesuatu yang jahat tanpa sebab. Jinyoung menyimpan tangannya di dalam poket seluar.

"Sebab sebelum ni appa halang aku daripada attack korang. Dia suruh aku protect" kata Jinyoung kemudian dia tersenyum sinis. "Sekarang dia dah mati" jawabnya tenang. Jaebum tersentak terkejut.

"Selama ni kau protect kitorang sebab ayah kau--"

"Dah tu takkan lah aku bodoh sangat nak protect benda yang boleh menguntungkan aku?" Jinyoung mencelah tenang membuatkan Jaebum sekali lagi terdiam. Jinyoung mengambil langkah untuk menghampiri Jaebum dan dia cangkung betul-betul di hadapan kerusi tempat Jaebum diikat. Dia mendongak memandang Jaebum.

[C] Larynx | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now