Five

484 63 0
                                    

"Hyung..." Youngjae menangis perlahan ketika dia sedang duduk di tepi katil malam itu, di mana atas katil tersebut terdapat Jinyoung yang terlantar tak sedarkan diri. Tubuh Jinyoung berpeluh, pucat dan dia sudah beberapa hari berada dalam keadaan sedemikian.

Ayah Jinyoung, Mr Park cuba mencari puncanya dan mendapat tahu bahawa semua senjata Seok Oh dan konco-konconya mempunyai racun. Jadi tikaman yang diterima Jinyoung membuatkan tubuh Jinyoung terkesan dengan racun tersebut. Jaebum turut terkena serangan daripada senjata mereka, tetapi kesannya masih belum terjadi oleh kerana luka yang diterima hanya sedikit.

Sebentar kemudian, Youngjae terdengar sesuatu yang berat menghempas lantai.

Youngjae menoleh ke luar bilik, perasaan risau menular dalam dirinya. "J-Jaebum hyung?" panggil Youngjae tetapi tiada balasan dari Jaebum. Youngjae lebih risau membuatkan dia terus bangun dan berlari ke bilik Jaebum.

"Hyung!" jerit Youngjae apabila ternampak Jaebum terbaring lemah di atas lantai. Seperti Jinyoung, Jaebum juga berpeluh dan pucat, dan tidak lagi sedarkan diri.

Youngjae terus menuju ke arah Jaebum, baru sahaja dia duduk di sebelah Jaebum, dia terdengar bunyi dari bilik Jinyoung membuatkan dia menoleh pantas. Jantungnya berdegup pantas.

Dengan perlahan dia bangun, menuju ke bilik yang terdapat Jinyoung terlantar,

dan rumahnya blackout selepas beberapa tapak.

Youngjae menjerit sedikit, perasan takut menyelubungi diri membuatkan air matanya mengalir laju tanpa henti. Dia segera mengeluarkan telefon dari dalam poket dan membuka lampu suluh. Dia menyuluh sekeliling, memastikan tiada sesiapa di sekitarnya.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng yang menandakan security lock di pintu masuk rumahnya sudah terbuka.

Tiada sesiapa yang tahu password pintu rumah itu kecuali dia, Jaebum dan Jinyoung. Youngjae terkejut dan bertambah takut, lantas dia menutup lampu dari telefonnya, membiarkan suasana gelap dan senyap.

No one is going to save me. I need to save myself. Getus Youngjae dalam hati dan fikirannya bertindak laju, mula memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.

YOON RO JIN, 47, TECHNOLOGY EXPERT.

Rojin yang memakai night vision glasses memberi isyarat kepada pembantunya yang berada di atas bumbung rumah. Sebentar kemudian dia ternampak cahaya dari tingkat atas, diikuti nada dering pemanggil yang datang daripada telefon Youngjae. Rojin tersenyum sinis lantas dia menaiki tangga untuk pergi ke arah Youngjae.

Tetapi harapannya hambar apabila dia ternampak telefon itu di atas lantai, dibiar tanpa tuan. Rojin menjadi tercabar, tak sangka dia dipermainkan oleh budak mentah itu.

Dia lantas masuk ke bilik di mana Jinyoung berada, dan dia tak pedulikan Jinyoung di situ. Dia tahu Jinyoung dan Jaebum tidak dapat sedarkan diri selepas dia memerhati mereka dari CCTV, jadi sekarang dia hanya perlu mencari Youngjae.

"Checkmate, mana budak tu?" bisik Rojin kepada pembantunya melalui alat di telinga. Sebentar kemudian pembantunya menjawab.

"I'm sorry, sir. There's no sight of him anywhere"

Rojin menyumpah dalam nafasnya menandakan yang dia marah. Nak tak nak dia terpaksa cari sendiri. Dan dia tak perlu lagi menggunakan kemahirannya dalam cara ini.

"Nyalakan lampu balik" kata Rojin. Kemudian lampu semua menyala seperti biasa.

Youngjae yang menyorok di dalam tub mandi di dalam bilik air itu menjadi terkejut apabila lampu kembali seperti sedia kala. Dia mula memikirkan yang mereka sudah pergi sehinggalah tiba-tiba dia terdengar jeritan Rojin memanggilnya.

"Abang kau dekat tangan aku! Keluar atau dia akan mati!"

Youngjae terkejut, rasa takut dan risau menular dalam diri membuatkan dia tidak berfikir panjang dan terus keluar dari tempat persembunyiannya. Sejurus dia keluar, dia ternampak Jaebum yang tidak sedarkan diri itu berada di atas lantai, di hadapan Rojin.

"Jangan sentuh dia!" Youngjae menjadi panik. Rojin tersenyum sinis lalu ketawa melihat begitu mudah Youngjae menyerah diri.

"I won't" kata Rojin dan dia mengacukan pistol yang dipegang ke arah Youngjae. "If you follow me" sambungnya.

Youngjae menggenggam penumbuk, tak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia memandang Jaebum di lantai, memikirkan keputusan terakhir dengan penuh serious. Akhirnya dia memandang Rojin, riak yakinnya kelihatan.

"Okay, I will--"

"Youngjae-ah..."

Youngjae tersentak terkejut apabila namanya dipanggil Jaebum, bernada begitu lemah dan seakan berbisik. Mata Jaebum hampir tertutup, begitu lemah dan dia menguatkan diri memandang Youngjae.

"Hajima... Don't follow him..." kata Jaebum dalam nafasnya. Air mata Youngjae terbentuk. Dia mula berasa berbelah bahagi manakala Rojin sedikit marah. Dia mengacukan pistol ke arah Jaebum yang masih terbaring.

"Aku bagi kau tiga saat untuk buat keputusan. Kalau tak aku tembak dia" ugut Rojin. Youngjae semakin panik, tak tahu apa yang patut dia lakukan.

"Three"

"Youngie, andwae..."

"Two"

Picu hampir ditarik.

"O--"

"Youngjae ikut!" celah Youngjae, membuatkan Rojin tidak jadi menarik picu. Rojin tersenyum sinis melihat Youngjae kembali yakin.

"Youngjae ikut ahjussi"

"Tapi bagi Youngjae tolong Jaebum hyung kejap"

---

Youngjae membaringkan Jaebum dengan betul di dalam bilik yang sama dengan Jinyoung, di mana katilnya bersebelahan dengan Jinyoung. Baru sahaja Youngjae hendak berdiri, gerakkannya terhenti apabila Jaebum memegang tangannya.

"Jangan ikut dia. Youngie akan sakit..." rayu Jaebum di antara nafas beratnya. Youngjae terdiam sebelum tersenyum lemah.

"Hyung, gwenchana. Jangan risaukan Youngie, okay?" kata Youngjae lembut dan dia mengusap rambut Jaebum perlahan. Jaebum hampir menutup mata, tidak sedarkan diri. Air mata Youngjae terbentuk.

"Hyung, cepat sihat, tau?"

"Lepas tu selamatkan Youngjae, okay?" kata Youngjae seakan berbisik dan dia tersenyum manis walaupun air matanya mengalir. Tentu sekali dia berasa takut, tetapi tiada jalan lain.

"Yah, gerak sekarang" Rojin yang berada di muka pintu memberi arahan. Youngjae memandangnya seketika sebelum kembali memandang Jaebum sambil mengelap air matanya.

"I gotta go. I love you, hyung" bisik Youngjae lalu dia berdiri. Tangannya ditarik dari pegangan Jaebum dengan lembut, dan dengan rela hati, dia mengekori Rojin meninggalkan bilik itu saat Jaebum sudah pun menutup mata, tidak sedarkan diri.

Air mata Jaebum mengalir.

To be continue . . |

[C] Larynx | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now