Six

446 51 4
                                    

Youngjae merengek kecil selepas kepalanya diserang rasa sedikit sakit apabila dia tersedar. Mukanya sedikit berkerut menahan sakit dan baru sahaja dia hendak memegang kepalanya yang sakit, dia sedar yang dia tak mampu menggerakkan tangannya.

Youngjae sedikit keliru, lantas dia memandang tubuhnya dan terperasan yang dia diikat baring pada satu bongkah besi yang besar. Dia terkejut dan agak panik, lantas dia cuba meronta melepaskan diri. Sedar bahawa dia tidak mampu lepaskan diri, perasaan takutnya mula menular dan dia meronta lebih kuat dengan air matanya mula terbentuk.

"Oh? Dah bangun?"

Youngjae menoleh, dan dia ternampak Rojin menghampirinya dengan dua lelaki lain. Youngjae semakin takut, dia mula menangis kecil dan meronta lagi sehingga Rojin betul-betul berdiri di sebelah bongkah besi tempat Youngjae berbaring itu.

"Let's not wasting time. Aku tahu kau pegang kunci bilik kebal tu. Beritahu aku apa dan mana kunci tu" kata Rojin tegas. Youngjae menangis sedikit teruk dan dia menggeleng pantas.

"Youngie tak tahu! Please lepaskan Youngie please..." rayu Youngjae dan tangisannya semakin teruk. Rojin memandang jejaka itu tanpa reaksi sebelum mengeluh. Dia berlalu sambil tangannya membuat isyarat.

"Cut him. Begin with eyes" kata Rojin dan dia berlalu pergi. Dua pembantunya tadi terus bergerak melakukan kerja manakala Youngjae menjadi semakin takut. Dia menggeleng pantas.

"Andwae! Andwae! Jangan please!" Youngjae cuba merayu tetapi tidak berjaya apabila seorang pembantu mula memegang kepala Youngjae daripada bergerak, dan seorang lagi memasang satu alat pada mata Youngjae membuatkan Youngjae tak mampu menutup mata.

Nafas Youngjae tidak stabil, tubuhnya mula menggigil takut apabila satu mesin laser betul-betul berada di atas kepalanya, disasar tepat pada mata hitam Youngjae. Tangan Youngjae menggenggam penumbuk dengan kuat sejurus lelaki pembantu itu menekan button yang menghidupkan mesin itu.

Satu laser merah mula keluar perlahan daripada mesin itu dan bergerak tegak ke mata kiri hitam Youngjae seperti yang disasarkan. Youngjae cuba meronta lagi melepaskan diri walaupun dia tahu tiada gunanya.

No.

Jaebum hyung.

Jaebum hyung, tolong Youngie.

"Nobody touch my brother!"

Tiba-tiba satu bilah gergaji bulat terbang ke arah mereka dan sekelip mata, kedua-dua kepala pembantu Rojin bersama batang yang menampung mesin laser tadi terbelah. Dua pembantu itu tumbang manakala mesin itu tidak sempat jatuh ke atas Youngjae apabila Jinyoung terlebih dahulu memanah mesin itu membuatkannya terpaku pada dinding.

"Jaebum hyung!" jerit Youngjae ketakutan apabila Jaebum dan Jinyoung berlari ke arah Youngjae. Jaebum terus membuka alat yang dipasang pada mata Youngjae tadi manakala Jinyoung membuka ikatan pada tubuh Youngjae. Sejurus Youngjae dapat melepaskan diri, dia terus memeluk Jaebum dengan erat dan menangis teruk. Tubuhnya menggigil takut.

"Hyung, Youngjae takut..." kata Youngjae dalam sedu-sedannya manakala Jaebum dengan pantas membalas dakapan Youngjae.

"Shh, it's okay, I got you" pujuk Jaebum manakala Youngjae memeluknya lagi erat seakan tidak mahu melepaskan abangnya itu kerana terlalu takut. Tiba-tiba kedengaran bunyi kecoh dari luar bilik itu membuatkan Jinyoung dan Jaebum memandang ke arah pintu dan ternampak berpuluh robot masuk dengan pelbagai senjata di tangan. Jinyoung dan Jaebum terkejut.

"Get down!" arah Jinyoung apabila beberapa robot mula menembak ke seluruh arah dan mereka terus berlindung di sebalik bongkah besi itu.

"Youngie, Youngie kena tunggu sini. Hyung kena lawan diorang" kata Jaebum, cuba melepaskan diri dari pelukan Youngjae menggeleng pantas.

"Anni! Jangan tinggalkan Youngjae!" rayu Youngjae panik. Jaebum menolak tubuh Youngjae membuatkan pelukan terlepas dan dia memandang mata Youngjae.

"Hyung kena buat kalau tak kita semua akan mati! Just tunggu sini sampai keadaan selamat. Hyung janji semuanya akan okay" kata Jaebum agak tegas.

"Jaebum, we better move right now" kata Jinyoung apabila dia menjengah dan terperasan bahawa robot-robot itu semakin menghampiri. Dia terus mengeluarkan bow dari belakang badannya manakala Jaebum mengeluarkan dua pistol dari jaketnya. Mereka terus keluar serentak, mula membuat serangan balas.

Jinyoung berlawan dengan lima robot sekali sehingga dia tidak perasan bahawa ada satu robot lain menghampirinya. Robot itu terus mengacukan pistol pada kepala Jinyoung dan baru sahaja picu hendak ditekan, ada satu pisau terbang dan menembusi kepala robot itu membuatkannya tumbang serta-merta.

Saat itu baru Jinyoung perasan robot itu hampir membunuhnya. Dia menoleh untuk melihat siapa yang menyelamatkannya dan dia ternampak seorang lelaki yang sangat dia kenal sedang berlawan dengan robot lain.

"A-Appa.." sebut Jinyoung perlahan sambil dia melihat Mr.Park berlawan dan dia tidak sempat terharu apabila ada robot menyerangnya membuatkan dia terpaksa sambung berlawan.

Hampir satu jam berlalu, dan mereka bertiga dapat mengalahkan semua robot yang ada. Mereka tercungap-cungap kepenatan melihat semua robot terbaring di atas lantai dan tanpa berlengah Jaebum pergi ke belakang bongkah untuk melihat keadaan adiknya.

"Youngie!"

"Hyung!"

Youngjae terus berpelukan dengan Jaebum selepas Jaebum duduk di sebelahnya dan Jaebum mengucup kepala Youngjae beberapa kali, meluahkan betapa leganya bahawa Youngjae selamat.

"It's over, angel. It's over now thank god" kata Jaebum dan dia memeluk Youngjae makin erat.

"Appa. Gumawo" kata Jinyoung, terasa tak sangka Mr.Park akan datang selepas lelaki tua itu yang memberi penawar kepada mereka berdua sebentar tadi.

"Only this time, my big hero" kata Mr.Park, membuatkan Jinyoung tersenyum malu dan dia memeluk ayahnya itu. Mr.Park ketawa kecil.

"Aigoo, tengoklah penceritaan manis ni"

Jinyoung dan Mr.Park terus melepaskan pelukan dan menoleh, menampakkan Rojin di muka pintu bilik itu. Jaebum yang terdengar suara Rojin itu pula terus menekup mulut Youngjae, menghalang Youngjae melakukan bunyi dan masih menyorok di belakang bongkah besi itu.

"Rojin" panggil Mr.Park, dia berdiri berhadapan dengan Rojin. Rojin tersenyum sinis melihat rakan sekerjanya yang sudah lama tidak munculkan diri itu.

"Park Seungdal. Wow, kali terakhir aku nampak kau ialah waktu anak kau baru 2 tahun" kata Rojin dengan nada sinis. Mr.Park mengenggam penumbuk, memandang Rojin dengan tajam.

"Jinyoung, bawa Jaebum dan Youngjae keluar dari sini" Mr. Park memberi arahan tanpa memandang Jinyoung. Jinyoung sedikit terkejut, lantas memandang ayahnya.

"Appa.."

"Just go" kata Mr. Park.

"Ini pertarungan antara appa dengan Rojin"

Rojin tersenyum sinis.

To be continue . |

[C] Larynx | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now