Story Part 2

136 6 0
                                    

Bedebuk!!

"Aduh!!!! Siapa yang tolak aku ni?!!!" getus hati Faiq. Dia berpaling ke sebelahnya dan melihat Anisa sedang berdiri melihatnya. "Kau ea yang tolak aku?!" marah Faiq. Nisa mengangguk. "Kau ni!!!" Faiq mula ingin memarahi Nisa, namun terhalang apabila Kay berdiri di hadapan Nisa. "Kau pahal nak marah kawan aku?!" marah Kay.

"Kau boleh tanya aku kenapa? Kau tak nampak yang kawan kau tu tolak aku?!" marah Faiq. "Kau tu yang tak nampak kenapa kawan aku tolak kau. Kau pusing belakang." arah Kay. Faiq memusingkan tububnya dan melihat sebuah baldi bersama cecair sabun di lantai. Faiq terkedu. "Kalau tak sebab kawan aku ni tolak kau tadi, aku rasa atas kepala kau tu dah ada telur ayam dah." ujar Kay sinis. Dia menarik tangan Anisa dan berlalu pergi. Faiq mengeluh. 'Yang aku ni pun satu, asyik nak marah orang je. Haih. Aku kena minta maaf kat perempuan tu. Tak pasal pasal kena marah dengan aku. Kesian dia.' desis hati Faiq. Dia menilik jamnya. 'Adumak, dah lambat.' dia berlari menuju ke dewan graduasi universiti tersebut.

Faiq melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. "Assalamualaikum, maafkan saya kerana terlambat kerana ada sedikit kemalangan sebentar tadi. Saya, Faiq Naim, CEO K-LOVE HOLDING." ujar Faiq sambil meliarkan pandangannya di serata dewan tersebut. Matanya tertancap pada dua susuk tubuh yang sedang duduk di dewan tersebut. Kay dan Anisa. Faiq tersenyum. 'Tak sangka dia pun ambik jurusan perniagaan juga.' desis hati Faiq. Anisa perasan senyuman itu dan membalasnya. Tidak tahu mengapa, jantungnya berdegup laju melihat senyuman itu.

Anisa mengejutkan Kay yang nyenyak tidur. "Kay bangunlah. Tengoklah siapa yang bagi ceramah ni." ujar Anisa. Kay mengeluh. Dia akur dengan kehendak rakan baiknya itu dan membuka matanya. Dia melihat Faiq di hadapannya. Langsung tak terkejut. "Kay, lelaki ni tadi kan yang aku tolak tu? Tak sangkalah dia ni CEO. Kau tak terkejut ke? Dahlah tadi kau marah dia." ujar Anisa. Kay memandang Anisa. "Orang kaya rupanya. Patutlah sesuka hati mak bapak dia je nak marah orang. Dahlah, aku nak tido. Jangan kacau aku." ujar Kay malas. Dia menyambung tidurnya semula.

2 jam kemudian...

Sesi motivasi tersebut tamat. Kesemua pelajar mula keluar dari dewan tersebut. Hanya tinggal Faiq, Anisa dan Kay. Anisa sibuk mengejutkan Kay yang lena di buai mimpi. "Kay! Bangunlah! Ceramah dah abis!" marah Anisa. Dia mencubit cubit badan Kay. Kay bangun. "Aduh! Sakitlah mak cik! Kau ni kalau sehari tak cubit orang, tak sah kan hidup kau!" marah Kay pula. Anisa tersengih. Anisa dan Kay mengemaskan barangan mereka dan keluar dari dewan tersebut, namun Faiq segera menghampiri mereka.

Dia memandang Anisa. "Err, awak. Maafkan saya ye sebab marah awak tadi. Dan terima kasih sebab tolong saya." ujar Faiq. "Sama sama. Sokay, saya tak marahkan tuan Faiq pun." ujar Anisa. Kay hanya mendiamkan diri. Dia malas mahu masuk campur. "Eh, tak payahlah panggil saya tuan Faiq. Panggil je saya Faiq or Naim. Dah cukup. Btw, siapa nama awak?" soal Faiq. "Owh, kalau macam tu saya panggil awak Naimlah. Saya Nisa, kawan saya ni pula Kay." Anisa memperkenalkan dirinya dan Kay. "Err  Nisa, Kay, sebagai tanda minta maaf saya pada korang, ape kata kalau saya belanja korang makan, macammana? Boleh?" soal Faiq. Anisa memandang Kay meminta jawapan. Kay mengeluh.

"Kau kalau kau nak pergi makan dengan lelaki ni, kau pergi je sorang. Aku malas. Nak balik rumah, nak tidur." balas Kay tegas. Dia berlalu meninggalkan Anisa dan Faiq. Anisa memandang Faiq semula. "Err, takpelah. Saya tak biasa berduaan dengan lelaki. Satu lagi, maafkan Kay ye. Dia memang macam tu. Dingin dengan semua orang. Err, saya pergi dulu." ujar Anisa serba salah. "Eh takpe, apepun, boleh bagi saya no telefon awak? Mana tau kita boleh berkenalan dan jadi kawan." ujar Faiq. Anisa tersenyum dan mengangguk. Dia memberikan no telefonnya pada Faiq dan berlalu pergi mengejar langkah Kay yang makin menjauh. 'I think, I've meet my soulmate.' getus hati Faiq. Dia memakai kaca matanya dan berlalu ke keretanya. Terasa harinya benar benar indah.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now