Story Part 9

106 4 0
                                    

"Aku nak kau orang semua keluar dari rumah ni! Dahlah tak bayar sewa!" tuan rumah mencampakkan pakaian Faiq dan Anisa keluar dari rumah yang disewanya. Faiq dan Anisa akur. Faiq mengambil pakaiannya dan Anisa lalu pergi dari perkarangan rumah itu.

Pon! Pon! Pon!

Terhenti perjalanan Faiq dan Anisa. Kay membuka tingkap keretanya. "Eh Kay." Anisa terkejut. "Masuklah." ujar Kay. Anisa memandang suaminya. "Err, takpelah. Susahkan kau je." ujar Anisa. "Aku cakap masuk, masuk jelah. Kang kena serang dengan gangster, padan muka korang." ujar Kay serius. Faiq dan Anisa segera masuk ke kereta Kay.

Kay memandu menuju ke rumahnya. "Kay! Besarnya rumah ni. Rumah siapa ni?" soal Anisa teruja. "Rumah aku. Dah. Korang rest lah dulu. Mak Som, tolong hantarkan Anisa dengan Faiq ke bilik dorang. Lepas tu, tolong siapkan makanan." ujar Kay. "Baik cik Kayla." jawab Mak Som. Kay menuju ke bilik kerjanya.
-------------------------------------------------------------
Selesai makan, Kay menyuruh Anisa dan Faiq duduk di ruang tamu untuk membincangkan sesuatu. Kay menelefon seseorang. Selesai menelefon, Kay menyertai Anisa dan Faiq di ruang tamu. "So, kau kerja ape sekarang, Naim?" soal Kay. Faiq mengeluh. "Dah 3 bulan aku minta kerja kat semua syarikat, tapi dorang tak terima. Keluarga Effa dengan aku ada kabel besar antara rangkaian syarikat kat Malaysia ni. So, selagi aku tak kahwin dengan Effa, selagi tu aku tak boleh nak kerja kat syarikat. Hmm, bila minta kat tempat biasa, dorang kata aku ada master, so, dorang takut aku lari." ujar Faiq kesal.

Tok! Tok!

Perbualan mereka terganggu apabila seseorang mengetuk pintu. Mak Som segera membuka pintu. "Cik Kay, Encik Hashim dah sampai." ujar Mak Som. Encik Hashim masuk ke rumah Kay. Faiq terkejut apabila melihat Encik Hashim. Dia segera berdiri dan bersalaman dengan Encik Hashim.

"Eh, ni Encik Hashim, HR dari Syarikat KQ holding kan? Syarikat gergasi yang paling ketat syaratnya untuk menerima mana mana syarikat yang nak bergabung?" ujar Faiq teruja. Encik Hashim mengangguk dan tersenyum. "Tak silap saya, ni Encik Faiq Naim, CEO K-Love holding kan?" soal Encik Hashim. Faiq tersenyum hambar. "Tu dulu, sekarang saya cuma penganggur je." ujar Faiq pasrah. Kay mencelah. "So, untuk dua post kat tempat tu, masukkan Faiq Naim sebagai Projek Manager dan Anisa sebagai P.A dia." ujar Kay serius. Encik Hashim mengangguk akur dengan arahan Kay.

Faiq dan Anisa saling berpandangan. "Projek Manager? P.A? Post?" soal Faiq dan Anisa serentak. "Ap-apa maksudnya?" soal Anisa keliru. "Macam ni, kamu berdua ditawarkan untuk bekerja di Syarikat KQ holding." ujar Encik Hashim. Wajah Faiq berubah teruja. "Ta-tapi macammana? Saya tak hantar resume atau diinterview kat syarikat tu? Lagipun, syarat kemasukan ke Syarikat KQ tu ketat. Macammana saya boleh lepas? Jadi Projek Manager pulak tu." ujar Faiq. "Sebenarnya, semua ni bergantung kepada CEO syarikat kami. Siapa yang dipilih untuk bekerja di syarikat KQ holding adalah orang yang ditapis dan diberi pemerhatian yang tinggi." ujar Encik Hashim. "Siapa sebenarnya CEO syarikat tu?" soal Anisa dan Faiq serentak.

Anisa memandang Faiq pelik. "Eh, abang pun tak kenal siapa CEO syarikat tu?" soal Anisa pelik. Faiq menggeleng. "Abang tak kenal sebab abang tak pernah jumpa CEO syarikat tu, lagipun kata orang, CEO syarikat tu jarang berjumpa pelanggan syarikat dia. Semuanya diuruskan orang kanan dia." terang Faiq. Anisa mengangguk faham. "Sebenarnya CEO syarikat kami bukan tak nak jumpa client, tapi jadualnya yang padat menyebabkan dia jarang dapat berjumpa client. Walau apepun, dia dapat menguruskan perjalanan syarikat dengan baik." ujar Encik Hashim. Kay menguap perlahan. "Err, takpelah, saya balik dulu. Btw, tolong maklum diri di SYARIKAT KQ HOLDING tepat jam 8.00 pagi ye. Sebab korang kena jumpa CEO." ujar Encik Hashim. Faiq dan Anisa mengangguk. Encik Hashim keluar dari rumah tersebut.

Kay bangun dari duduknya. "Tahniah korang and selamat bekerja. Aku tido dulu. Korang jangan tidur lambat pulak. Good night, sweet dream." ujar Kay dan masuk ke biliknya. "Good night too, Kay." balas Anisa dan Faiq serentak. Mereka benar benar gembira. Akhirnya, setelah sekian lama mencari, bukan setakat Faiq, malahan Anisa juga diterima bekerja di syarikat yang gah dan popular. Moga hari dan nasib mereka bertambah baik.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now