Story Part 6

111 5 0
                                    

"Kay!!!!"

Laung Anisa apabila melihat Kay. Kay memandangnya sekilas dan berlalu dari situ apabila Anisa mendekatinya. Anisa berlari mengejar langkah Kay dan meraih tangannya. Kay terus menarik tangannya dari pegangan Anisa. "Kay-.." panggil Anisa. "Kay, tolong Laila kejap. Ada benda yang Laila tak fahamlah pasal business ni." ujar salah seorang rakan sekuliah mereka. Kay memandang Anisa sekilas dan memandang Laila. "Nantilah." ujar Kay dan menarik Laila ke tempat lain meninggalkan Anisa sendirian.

Anisa tahu Kay masih marahkannya. Dia berjalan menuju ke kelasnya. Dia memang tidak mempunyai rakan lain selain Kay.

"Wei! Aku dengar kan perempuan miskin ni bercinta dengan CEO K-LOVE tu, Faiq Naim."

"Eee, pisau cukur ar perempuan tu."

"Sebab dia, Tuan Faiq tu kena halau dari rumah."

"Dialah orang ketiga dalam hubungan Effa dengan Tuan Faiq Naim."

"Perampas"

"Dasar miskin."

Dan berbagai lagi kata kata hinaan yang diberikan pada Anisa. Kay memerhatikan dari jauh rakannya itu. Dia tahu, betapa kecewanya Anisa. Dia nampak air mata Anisa yang luruh. Dia terus masuk ke dalam kelasnya dan menarik Anisa agar mengikutinya.

"Kay, kau nak bawa aku pergi mana?" soal Anisa. Kay hanya mendiamkan diri. Dia memandu kereta dan membawa Anisa pulang kerumah. Dia terserempak dengan Faiq yang kebetulan baru pulang dari mencari kerja. "Eh, sayang dah habis kelas?" soal Faiq lembut. Anisa menggelengkan kepalanya. Dia menyalam tangan Faiq, manakala Faiq mengucup dahi Anisa. "Untuk dua tiga hari ni, kau tak payahlah datang kelas. Tunggu semuanya reda dulu. Aku balik dulu." ujar Kay dingin.

"Sayang, kenapa? Ape dah jadi? Ape yang reda ni?" soal Faiq risau. "Err, takde apelah abang. Nisa okay." ujar Anisa. Dia tidak mahu merisaukan suaminya. Faiq mengalihkan pandangannya pada Kay. "Kay, kenapa? Ape dah jadi?" soal Faiq. "Perempuan ni kena bash tadi kat kelas. Biasa ar. Siapa suruh bercinta dengan CEO K-LOVE kan? Lagipun, Effa dah sebar cerita pasal semalam. Tu yang aku bawa wife kau balik." ujar Kay dingin. Anisa memegang tangan Kay. "Kay, aku minta maaf. Aku tau aku salah. Please, maafkan aku. A-aku tau niat kau baik masa tu. Aku betul betul minta maaf. Aku takde kawan lain selain kau. Please, Kay." pinta Anisa.

"Aku tolong kau tadi pun sebab tu tanggungjawab aku untuk tolong orang dalam kesusahan. Bukan sebab kawan. Lagipun kau kan dah ada Naim. Buat ape nak kawan dengan aku lagi. Kawan je lah dengan Naim. Aku balik dulu." ujar Kay dingin. Dia melangkah keluar dari rumah, namun Faiq pantas mengejar langkah Kay. Dia berdiri di hadapan Kay. "Kau nak ape?!" marah Kay. "Aku sanggup buat ape je, asalkan kau sanggup maafkan Nisa dan kawan dengan dia semula, please Kay." pinta Faiq sambil melutut di hadapan Kay. Anisa memandang Kay dengan wajah yang sayu.

"Betul, kau sanggup buat ape je?" soal Kay pada Faiq. Pantas Faiq mengangguk. "Aku nak Nisa tampar kau sebanyak 2 kali macammana dia tampar aku sebab bela mak kau tu." ujar Kay. "Kay, dia suami aku. A-aku tak boleh." ujar Anisa. "Then, I go." ujar Kay dan menuju ks keretanya. "Kay tunggu." ujar Faiq. Kay berhenti melangkah. Faiq memandang Anisa. "Abang rela sayang tampar abang. Asalkan Kay jadi kawan sayang semula. Abang tak nak, sebab abang, sayang dengan Kay bermasam muka." ujar Faiq. "Tapi abang-" "Eh, dahlah, malas aku nak layan drama korang ni." ujar Kay.

Pang!

Anisa menampar wajah Faiq. Sekali lagi dia ingin melayangkan tamparan, namun dihalang Kay. Kay memegang tangan Anisa dan memeluknya. "Aku tak suka tengok kawan baik aku ni kena hina dengan orang lain. Aku tak suka adik aku ni disakitkan orang lain. Dan aku juga tak suka kembar aku ni menangis sebab orang lain. Sekali aku nampak, memang buruk nasib orang tu." ujar Kay. "Thanks Kay." ucap Anisa. Kay hanya tersenyum. "Naim, jaga Nisa elok elok. Aku pergi dulu." ujar Kay dan masuk ke perut keretanya dam berlalu pergi.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now