Story Part 4

115 5 0
                                    

Faiq membawa Nisa dan Kay ke rumahnya. Kelihatannya keluarga Faiq sudah pun menunggu di muka pintu bersama seorang gadis. Faiq membukakan pintu buat Anisa. Terlakar riak nervous di wajah itu. Anisa memandang Kay. Kay menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Anisa hanya mengikuti perbuatan Kay dan ternyata perlakuan itu membuatkan dia lebih tenang.

Faiq masuk ke rumahnya dan menyalam kedua orang tuanya diikuti Anisa. Kay hanya memerhatikan perlakuan mereka. Dan seperti yang dijangka, ibu Faiq hanya melayan Anisa acuh tak acuh. Gadis yang berada di sisi ibu Faiq hanya tersenyum sinis, manakala ayah Faiq hanya beriak biasa.

"Mummy, Daddy, inilah Anisa, bakal isteri Faiq." ujar Faiq ceria. "Owh, Anisa. Hmm, dah berapa lama kenal Faiq?" soal daddy Faiq. "Dalam 5-6 bulan, datuk." jawab Anisa dengan lembut. "So, Anisa anak siapa? Datuk or tan sri?" soal mummy Faiq. "Mummy! Ape ni?!" Faiq bersuara sedikit marah. Dia tidak suka dengan soalan mummynya. "What? Betullah ape yang mummy tanya." Datin Ayna membela dirinya. "Sa-saya anak yatim piatu je datin. Mak ayah saya dah lama meninggal." ujar Anisa.

Gadis yang berada di sisi mummy Faiq memeluk tubuhnya. "Owh, so kau nak kahwin dengan Faiq ni sebab harta je lah ea?! Dasar orang kampung tak sedar diri!" ujar gadis itu sinis. "Effa!!!!" marah Faiq. "Faiq jangan nak marah Effa ea. Cuba Faiq tengok perempuan yang Faiq bawa balik ni, disgusting. Entah entah, dia ni cuma nak rampas harta Faiq je." Datin Ayna menghina Anisa.

"Ayna! Ape ni?! Kenapa awak cakap macam ni?!" marah daddy Faiq. Wajah Datuk Azri merah menahan marah. Anisa menahan tangisnya. Hatinya sakit. Kay memandang wajah Anisa. Dia turut sakit melihat rakan baiknya iti diperlakukan sedemikian. "Aik! Abang pun dah tergoda dengan perempuan kampung ni haa?!! Sampai saya pun abang tengking!" marah Datin Ayna pula. Effa memandang Anisa dengan tajam. Dia bangun dan menolak tubuh Anisa. "Wei perempuan!!! Kau tengok, sebab kau keluarga ni bergaduh! Kau memang bawa sial ar!!" tengking Effa.

Pang!!!!

"Kau?!!! Berani kau tampar aku!!!" marah Effa. Kay tersenyum. Dia menyapu perlahan tangannya. "Patutlah putih semacam je, muka tumpah bedak rupanya. Hahahahaha." gelak Kay. "Berani kau!!!!!" Effa ingin menarik rambut Kay namun pantas Kay menepis dan menolak tubuh Effa hingga terduduk di sofa. "Woi tomboy!!!! Berani kau buat bakal menantu aku macam tu!!! Dasar budak kampung!!!!" mummy Kay terus menampar Kay.

Pang!!!
Pang!!!
Pang!!!!

2 tamparan hinggap di wajah Kay, manakala satu tamparan hinggap di wajah mummy Faiq. Kay memandang Anisa sayu. "Sebab orang tua ni, kau tampar aku, Nisa?" soal Kay kesal. Anisa tergamam. Dia juga tak menyangka dia menampar Kay. "Dia orang tua, Kay!" marah Anisa. "Dia hina kau! Dia hina keluarga kau! Kau masih berdiam diri?! Dan kau tampar aku sebab dia?!" marah Kay pula. "Ma-maafkan aku, Kay." ujar Anisa. Datin Ayna dan Effa tersenyum sinis.

Faiq terus menenangkan Anisa. "Sayang, dia kawan baik Nisa. Nisa tak patut buat dia macam tu. Betul tindakan Kay, dia pertahankan sayang. Naim tak marah pun. Mummy dengan Effa memang melampau." ujar Faiq. Kay memandang Datin Ayna dan Effa. Dia tersenyum sinis. "Korang masih belum kenal aku siapa. Sebab harta, korang bermegah, dan aku akan pastikan, sebab harta juga korang jatuh." ujar Kay. "Heh, apa kau boleh buat haa? Hahahaha.. Kau tu cuma orang miskin je. Sedarlah diri." ujar Datin Ayna angkuh. "We will see." ujar Kay dan berlalu keluar dari rumah tersebut.

"Kay! Tunggu aku!!!" jerit Anisa. Kay memandang Faiq. "Aku harap, kau kotakan janji kau untuk jaga Anisa sebaik mungkin, sebab aku rasa, dah sampai masa untuk aku berhenti. Dia pun dah jumpa orang yang dia akan pertahankan." ujar Kay sinis dan keluar dari rumah tersebut. Anisa jatuh terduduk. 'Kay, maafkan Nisa.' getus hati Anisa. Datin Ayna memandang Faiq dan Anisa dengan tajam.

"Sekarang, mama nak Faiq buat pilihan, samada Effa or perempuan kampung tu?" soal Datin Ayna. Faiq memandang Anisa dan Datuk Azri. Dia yakin dengan pilihannya. "Faiq pilih Anisa, ma." ujar Faiq.

"Okay, kalau macam tu, Faiq keluar dari rumah mama."

"Ayna!!!!"

"Baik ma, Faiq akur." ujar Faiq dan menarik tangan Anisa keluar dari rumah tersebut. "Tapi sebelum tu, tinggalkan semua barang barang Faiq kat sini. Handphone, kad kredit, kunci kereta. Dan Faiq takkan jadi CEO di syarikat K-Love. Struggle yourself." arah mamanya. Faiq akur. Dia memegang tangan Anisa dan keluar dari rumah tersebut. Dia benar benar kecewa dengan mamanya yang hanya memikirkan kebendaan sahaja.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now