Story Part 11

113 4 0
                                    

Setelah kesemua pekerja pekerja Kay keluar, Anisa terus menghampiri Kay. "Kau tak pernah cakap kat aku pun pasal ni. Hmm. Kau takut aku rampas harta kau ke?" soal Anisa takut takut. Selama ini, dia tidak pernah menyangka Kay sebegini kaya. Dia hanyalah orang yang biasa dan langsung tidak mempunyai apa apa.

Kay tersenyum. "Manusia ni ada 2 jenis. 1 yang mementingkan kebendaan, dan 1 lagi yang mengejar kebahagiaan. Aku tak pernah takut kau nak rampas harta aku atau tak, sebab aku dah anggap kau macam keluarga aku. Kau tengok hubby kau. Dia sanggup kena halau sebab nak bersama dengan kau. Dia sanggup tinggalkan semua kemewahan dia semata mata untuk bahagia dengan kau. Sama juga macam aku, kebahagiaan bukan datang dari wang ringgit, tapi dari kasih sayang. Lagipun, buat ape nak menunjuk harta yang tak seberapa ni pada orang. Tu riak namanya." ujar Kay dengan lembut.

Faiq tersenyum. Benar seperti yang Kay katakan. Dia hanya ingin mencari kebahagiaan dan ternyata benar apa yang dicari selama ini. Anisa adalah kebahagiaannya. "Cik Kayla, terima kasih sebab bagi peluang pada saya dan Anisa untuk bekerja di sini." ujar Faiq secara formal. Dia tahu, walaupun Kay adalah rakannya, dia tidak sepatutnya mencampurkan hal peribadi dan kerja. "Korang kawan aku. Orang yang aku kena lindungi. Lagipun, aku bukan saja saja bagi korang kerja ni sebab korang kawan aku. Aku tolong korang ni, sebab aku tau ni semua kerja Effa dengan mummy kau. Takkan aku nak biarkan keluarga kecil korang ni terumbang ambing. Selagi aku masih hidup, aku akan sentiasa tolong korang." ujar Kay mesra.

Faiq tersenyum. "Baiklah kalau boss dah cakap macam tu, kami akan bekerja bersungguh sungguh." ujar Faiq semangat. Anisa hanya tersenyum melihat sikap Faiq. Dia menurut langkah Faiq keluar dari bilik mesyuarat itu. Kay masuk ke ruang pejabatnya dan melihat ada sebuah fail di atas mejanya. Dia tersenyum membaca tajuk fail tersebut.

Data Lengkap Datin Ayna, Datuk Azri, Faiq Naim dan Effa Natasha.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now