Story Part 12

129 5 0
                                    

Kay membuka fail data tersebut. Dia tersenyum lebar apabila melihat semua maklumat yang diperlukan berada di situ. 'Good job Riz.' getus hati Kay.

Datin Ayna Arnia
Kokdiang, Kedah
Mempunyai seorang ibu
Ibunya seorang penjual bedak sejuk
Tahap pelajaran sehingga ting5
Berkahwin pada umur 18
Hidup di rumah sewa sebelum menjadi datin

Datuk Azri Aziz
Kokdang, Kedah.
Anak yatim.
Pernah bekerja sebagai cleaner di K-Love holdings.
Berkahwin pada umur 20
Hidup di rumah sewa sebelum menjadi datuk

Faiq Naim
Anak kepada Datuk Azri dan Datin Ayna.
CEO K-LOVE HOLDING
Berumur 25 tahun
Baru berkahwin
Tahap pendidikan, Master in business

Effa Natasha Datuk Kabir
Anak Manja Datuk Kabir
Anak saudara kesayangan Datin Ayna.
Tahap pendidikan ting 5
Tidak bekerja
Gila shopping

Kay tergelak membaca segala maklumat yang diperolehi. 'Ni kalau aku sebar kat media, sure malu tutup muka pakai tudung saji. Hahahahaha.' gelak Kay dalam hati. Tak sabar rasanya mahu membalas apa yang dilakukan oleh Datin Ayna dan Effa terhadap Anisa. Kay melihat jam tangannya. Tepat 1.00 p.m. Lantas Kay mengemas barangannya dan fail yang didapatinya ke dalam laci yang berkunci. Dia menuju ke meja P.A nya.

"Adam, saya nak awak kumpulkan semua yang terlibat mengenai Syarikat K-Love holding. Saya nak buat meeting esok." ujar Kay serius. "Err cik Kayla. Encik Faiq Naim pun terlibat?" soal Adam. Kay menggeleng. "Hanya ahli lembaga syarikat ni sahaja. Esok, tepat jam 10.00 pagi kat bilik mesyuarat." tegas Kay. Adam mengangguk faham. "Baik cik Kayla." ujar Adam.

Kay tersenyum sinis. 'Siapa suruh bermain dengan api?' getus hati Kay. Tak sabar dia mahu melihat kehancuran keluarga kaya itu.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now