Story Part 14

175 4 0
                                    

Nis akur dengan permintaan Kay yang meminta supaya dia tidak menghantarnya ke lapangan terbang.  Sementara Naim pula diminta ke pejabat untuk menguruskan beberapa projek.

Knock! Knock!

Karmila mengetuk pintu pejabat Naim sebelum masuk ke dalam. "Yes,  ada apa Karmila?" soal Naim. Karmila menunjukkan beberapa buah fail. "Ini adalah beberapa fail projek yang sedang dijalankan. Dan petang ni, tuan Faiq kena menghadiri meeting di Restoran Bayu Qaseh jam 2.00 dengan ahli syarikat yang terlibat dalam projek tersebut." terang Karmila.

Naim menganggukkan kepalanya. "Thanks Karmila." ucap Naim. Karmila mengangguk seraya keluar dari bilik tersebut.

2.00 p.m/ Restoran Bayu Qaseh

Naim menanti kehadiran ahli syarikat yang bakal bergabung tenaga dalam projek yang bakal diusahakan mereka nanti. Sementara menanti kehadiran tetamu tersebut, Naim sempat berbalas chat dengan isterinya. Sungguh dia benar benar rindu dengan Anis. Sehari tanpa Anis di sisinya benar benar membuat dirinya terasa kosong.

Naim mula teringatkan saat dia baru bertentang mata dengan isterinya. Peristiwa dia dimarahi Kay. Dugaan yang terjadi hingga dia bersatu dengan isteri kesayangannya itu. 'Sayang, you're really give me a big impact in my life.' getus hati Naim. Dia semakin rindukan Anis.

"Faiq.."

Naim mengangkat wajahnya memandang gerangan yang memanggil namanya. Terbuntang matanya melihat orang di hadapannya.

"Suprise? Hahaha.. You know what,  Faiq,  I'm your guest today." ujar 'dia'.  Naim menggenggam tangannya menahan marah. Kalau diikutkan hatinya yang sedang panas itu,  mahu sahaja dilepaskan penampar di wajah itu. Namun apabila difikirkan bahawa syarikat Kay sedang menjalankan urusniaga bersama orang di hadapannya itu, Naim cuba menyabarkan hatinya. Dia sedang membawa nama syarikat Kay.

"Effa." ujar Naim. Effa mula tersenyum sinis. 'You can't run again, Faiq.' gumam Effa. Mereka berjabat tangan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now