Story Part 10

109 4 0
                                    

Keesokkan harinya, Anisa dan Faiq sudah pun lengkap berpakaian hendak ke pejabat. Mereka turun untuk bersarapan. "Err, Mak Som. Kay mana?" soal Anisa. "Cik Kay? Owh. Dia keluar. Memang time ni biasa dia keluar." ujar Mak Som. "Hmm, takpelah. Terima kasih Mak Som. Kitaorang pergi dulu." ujar Faiq dan menarik tangan Anisa keluar dari rumah tersebut.

"Eh, encik Faiq dengan puan Anisa nak ke mana?" soal Pak Mat. "Kami nak pergi kerja, Pak Mat. Tapi nak tahan teksi dulu." ujar Faiq sambil tersenyum. "Kerja dekat mana?" soal Pak Mat. "Kat KQ HOLDING, Pak Mat." jawab Faiq. "Owh, KQ HOLDING. Haa?? KQ HOLDING?" Soal Pak Mat semula. Faiq dan Anisa mengangguk. "Eh, Pak Mat lupa. Tadi Cik Kay suruh Pak Mat hantar kamu berdua. Hihi. Maafkan Pak Mat. Dah, cepat masuk. Dah pukul 7.30 ni." ujar Pak Mat tergesa gesa. Faiq dan Anisa pantas masuk ke dalam kereta.

Sesampainya mereka di KQ HOLDING, mereka disambut oleh Encik Hashim. Mereka dibawa ke pejabat mereka. "Ok, so encik Faiq dan puan Anisa. Kat sini adalah pejabat kamu berdua. Waktu pejabat macam biasa. Start 8.00-5.00. Cuti pada hari jumaat dan sabtu. Paling lambat stay up kat pejabat sampai pukul 6.00 petang sahaja sebab big boss amat pentingkan masa bersama keluarga. Jadi, pada waktu malam tiada siapa dibenarkan berada di pejabat." terang Encik Hashim. Faiq dan Anisa mengangguk faham.

Knock! Knock!

Seorang gadis masuk ke dalam ruang pejabat Faiq. "Maaf mengganggu encik encik dan puan. Pesanan dari P.A boss besar. Dia minta semua pekerja berkumpul di bilik mesyuarat sekarang." ujar gadis itu. Encik Hashim menilik jam tangannya. "Baiklah, terima kasih Karmila. Nanti kami menyusul." ujar Encik Hashim. Karmila keluar dari ruangan pejabat itu.

"Hmm, oklah. Jom ke bilik mesyuarat." kata Encik Hashim. Dia menunjukkan di mana ruang bilik mesyuarat. Ternyata bangunan syarikat tersebut sangatlah besar. 3kali ganda lebih besar dari syarikat K-Love. Faiq dan Anisa masuk ke bilik mesyuarat itu. Mereka semua menunggu kehadiran CEO syarikat tersebut dengan sabar dan tenang, namun tidak bagi Faiq dan Anisa. Mereka berasa amat gelisah.

"Assalamualaikum, maaf sebab saya terlambat. Ada beberapa hal yang perlu saya uruskan." ujar seseorang. Ternyata dia adalah CEO syarikat itu. Diikuti P.A nya iaitu Adam. "Waalaikumsalam Cik Kayla." ujar pekerja pekerja itu. Kay tersenyum. Dia dapat melihat riak kebingungan di wajah Faiq dan Anisa. "Okay, so hari ni kita ada 2 orang pekerja yang sama sama berganding bahu dalam membangunkan syarikat kita iaitu encik Faiq Naim dan isterinya, Puan Anisa. Seperti yang kita sedia maklum, Encik Faiq Naim akan bertugas sebagai Projek Manager manakala Puan Anisa sebagai pembantu peribadi beliau. Jadi, apa apa berkaitan projek, sila maklumkan pada beliau." terang Kay serius. Faiq dan Anisa seolah tidak percaya bahawa Kay adalah CEO syarikat tersebut. Ini kerana, selama ini Kay hanya bersifat seperti orang biasa sahaja. Langsung tidak menunjukkan siapa dirinya.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now